seperti yang sume tau, org2 gomen dpt durian runtuh bulan ni. ikut pada gaji la kan, lagi tinggi gaji, lagi banyakla durian akan runtuh. kalau takat2 saya ni, xberapa nak runtuh sangat la...cukup setakat lepas bayar duit pengasuh aqel je..sikit je kan? tp xpela, rezeki jugak tuh..alhamdulillah...
dan dengan rezeki yg xseberapa tu jugak, saya dah niatkan untuk kongsikan sikit dengan mak n adik2 saya kat kampung. walaupun xseberapa tp saya harap dapatla menampung sedikit sebanyak belanja harian dorg yg kadang2 xcukup. T___T
p/s : Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
1 comment:
syukur Alhamdulillah.. sikit atau banyak bukan persoalannya.. yg penting, macam mana cara kita nak gunakan duit tu & cara kita bersyukur dgn apa yg kita terima..
kak nik, pesanan kak nik tu buat diri zana tersentuh.. mmg kadang2 kita x tau apa yg tersembunyi di sebalik apa yg yang telah ditetapkan Allah kan..
Post a Comment