Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Monday, April 9, 2012

Kisah Rumahtangga

saya suka baca topik-topik berkenaan perkahwinan di sini... antara yg saya suka ialah topik semakin lama berkahwin, semakin bahagia... tersenyum saya seketika bila tgk topik shj.. belum baca isi nya lagi...

senyum saya bukan krn apa, tp krn mengingatkan perkahwinan saya.. saya dh lama berkahwin, mungkin tak lama sgt tp hampir mencecah usia 5 tahun. kami ada 2 org chy mata..

tp pd saya, topik yg saya suka tu, tak menepati dgn situasi perkahwinan saya skrg... saya ibaratkan perkahwinan saya spt.. semakin lama berkahwin, semakin parah perasaan ni...

saya bleh kategorikan pasangan saya sbg tak sekufu.. saya lebih dr pelbagai segi dgn suami saya.. dr segi pendidikan, kerjaya, ilmu agama.. semua saya lebih dr dia... saya andaikan perkahwinan saya ni bukan atas rasa cinta yg kukuh... saya berkahwin dgn dia sb saya termakan pujukan dia utk menutup malu keluarga dia..

bukan niat nk membuka pekung di dada, tp saya dh tak terbendung lagi di hati ni utk menyimpan segalanya.. saya perlukan teman-teman utk berkongsi... saat ini saya rasa hidup saya sepi.. sb tu saya nekad luahkan disini...

suami saya pernah putus tunang sbl kahwin dgn saya.. tp tak sampai sebulan putus tunang, dia kenal saya dan terus ajak kahwin.. sepnj kawan dgn dia, saya rs mcm terdesak je kawen dgn dia. Dia byk paksa² saya buat keputusan. Akhirnya saya termakan pujukan dia. Tapi saya redha, mungkin tu jodoh saya yg tuhan dh tentukan.

Masalahnya disini, suami saya suka menyalahkan saya. Setiap ape yg terjadi, ibarat semua salah saya. Dulu lps kawen, kami lambat dpt anak, dia tuduh saya mandul.Bila saya pregnant, saya lambat bersalin, saya syorkan suruh jumpa ustaz buat air selusuh, tp dia kata saya tk redha terima ketentuan Tuhan. Walhal waktu tu saya menanggung sakit nk melahirkan. Skrg, bila anak dh besar².. anak sakit pun dia salahkan saya. Apa dosa saya sehingga dikurniakan suami begini?

Sejak 2 menjak ni kami sering bergaduh. Paling teruk masa bulan puasa lalu. Saya lari ke rumah mak saya. Tapi saya dh bg tahu dia. Dia diam je.. dia sms saya, dia cakap "suka hati".... sb saya tak sanggup nk tgk muka dia, saya lari ke rumah mak saya. Kecoh 1 rumah bila tgk saya balik berseorangan. Pada keluarga saya ceritakan segalanya. Berlarutan kami bergaduh smpai hampir seminggu. Pastu dia yg dtg jemput saya. Sangka saya dia akan berubah bila saya suruh family campur tgn hal kami.

Rupa² nya saya silap. Kami tetap bergaduh jugak. Kalini dia dh takde segan silu dgn keluarga saya. Bg dia, biar parents saya tahu kami bergaduh. Pd saya, sebolehnya saya tk nk parents saya tahu kami bergaduh. Sb ianya akan mengaibkan saya dan dia. Malah beri kesan pd anak-anak.

Kami kerap bergaduh skrg. Ada je perkara saya yg dipersalahkan. Sampai skrg, saya rasa tahap kesabaran saya dh takde. Saya redha je ape nk jadi, jadi lah.... Skrg kami bergaduh lg. Puncanya, hanya krn 1 perkara yg remeh. Dia sms saya ckp macam-macam. Maki hamun saya ibarat saya tak punya perasaan. Saya dh redha. Saya tk balas 1 pun sms dia. Saya nekad nk diamkan diri. Dan kalini saya takmo libatkan keluarga saya lg. Dlm hati saya dh nekad, kalau berpisah pun.. mungkin tu yg terbaik buat saya.

Dlm hati kecil saya begitu menyesali perkahwinan ini. Salah kami kahwin atau apa? entah lah.. yg pasti saya tak dpt bayangkan hidup akan dtg bersama dia. Walaupun anak-anak masih kecil, saya redha dan sanggup jg mereka drp saya terus menjeruk rasa dgn suami.

Apa perlu saya buat? mcm mana nk dpt kan kaunseling di pej agama? Suami saya dh tak bleh ditegur. Dia dh tak takutkan parents saya. Malah dh tak hormatkan mereka. Nk rujuk pd keluarga dia, parents dia dh lama meninggal. Dia yatim piatu. Takde sape yg bleh bg nasihat pd dia. Lagipun dia keras kepala. Mmg pd dia, semua org salah, dia je betul

Saya tertekan hidup mcm ni... saya pasrah... dan saya mula membenci lelaki. Andai begini sikap semua lelaki, saya rela tak kawen sejak dulu lg. Andai saya bleh undurkan masa, saya akan ulang saat dan ketika saya berkenalan dgn dia. Krn saat itu lah titik bermula nya kesilapan dlm hidup saya. Sampai skrg saya tk dpt maafkan diri saya krn mengahwini dia.. saya menyesal.....................................

2 comments:

Mince4AM said...

Salam puan,
macamana pulak saya tetiba boleh jump kat sini. Saya rasa puan salah medium dengan meluahkan perasaan di khalayak macam ni. Di khuatiri akan mendapat pelbagai nasihat yang bukan-bukan yang pd pandangan puan is seperti bernas dan memihak kepada puan tetapi mungkin disebaliknya. Ada baiknya Puan pergi ke Jabatan Hal Ehwal Agama di tempat puan dan tanya di manakah boleh dirujuk masalah ini. Atau pergi ke biro bantuan guaman minta dirujuk ke khidmat nasihat syariah. Jangan terus berjumpa dan menceritkan masalah dengan peguam kerana perlu diingat bahawa peguam dibayar, walaupun peguam syariah..setiap kes adalah satu perniagaan. Semoga berjaya.. jgn lupa minta Petunjuk dari Tuhan kerana kadang-kadang kita sendiri ada salah silapnya tanpa kita sedari :)

anuar said...

salam mince4AM,

terlebih dahulu, berbanyak terima kasih di atas keprihatinan puan terhadap diri saya ;) dan jutaan terima kasih jgk sbb sudi layan baca entry yg panjang berjela ni.

sebenarnya semua kisah yg saya paparkan, bukan kisah rumah tangga saya. semuanya saya ambil dr source yg telah saya paparkan, puan boleh check balik entry tu, saya ada nyatakan..niat saya hanya mahu berkongsi, moga2 ada yg terbaca entry saya dan boleh berfikir balik tentang keputusan yg telah mereka ambil..

nway puan, thank u sbb sudi bagi pandangan. sangat2 bernas dan saya sgt2 setuju jika sebarang masalah rumahtangga, boleh rujuk dgn mereka yg arif, bukan jaja di blog atau fb dsb.