Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Thursday, July 30, 2009

Musim Mengawan

muahahahaha....tajuk agak2 tteeeeettttt!!! hahaha...btol la korg..skg musin org mengawan. tetiba rasa nk fengsan..haha..xdela, sj je. nape ekk?? dorg ni plan sesama ke? nape dorg xkasi tau sama sy? haha...boleyyy gituuu??

yeesss!! kwn2 umah sewa sy (kat p11 dl) sudah disahkan preggie their 1st child!!! omggg!!! dua-dua skali??? yee, tawan2...dua-dua skalik preggie!! dua-dua sudah 1month/lebih...wahhh!!tahniahla kan...rezeki depa..ohh, aritu pn sy gtau, kwn blogger sy, mrs. zila pn sdg preggie...ohhhh!! indahnyaaa....sume kwn2 ku bakal menerima kahadiran org baru..to zila, i'm sure she pray for a boy! am i right, mrs. M??hahaha...dia panggil laki dia Mr.M. so betulla kan sy panggil dia Mrs. M..fyi, dia dh ada 2 gils yg very da cute...yg sulung tu bnyk nau ckp, mcm ibu nyer..hehehe..yg si kecik, yg blom berkesempatan lg jumpa. myb nx time kot..hope soo

yg 2 girls umah lama, congratulations to both of u (i know, they didn't even read my blog but never mind!) sangat seronok okeyyy, dgr korg dua-dua serentak preggie...tetiba sy pn rasa nk join d club, tmbhn plak stlh diajak oleh cik siti yg sdg bunting pelamin. emmm, murah rezeki dorg kan...korg doa2 kan la plak utk sy n asben.

ada kalanya, sy rasa nk test skang jgk! tp sy xberani nk berdepan kenyataan. bkn kenyataan apa..kenyataan yg saya masih blom lg ada rezeki!!! ohhh...perasaan itu sgt mengecewakan...sy xsuka. bilamana sy berani utk test (menggunakan pregnancy test), sy spt menaruh harapan...dan bila ianya xde pape...perasaan mcm kecewa sesangat!! sy pasti bg mereka2 yg pernah alaminya, faham maksud sy!

okla...tahniah skali lg pd mereka2 yg bakal bergelar ibu. moga2 rezeki korg makin bertambah tahun ni...aminnn!

Wednesday, July 29, 2009

Gossip: Personaliti Sukan Kena Serang

KACAK, bergaya dan banyak duit, tetapi ia lesen untuk berbuat apa saja sehingga merosakkan masa depan anak orang. Apa yang Kak Pora nak cerita ini boleh dijadikan pengajaran bukan saja pada si empunya diri, tetapi kepada sesiapa saja yang bergelar insan popular lain.


Ia mengenai seorang personaliti sukan yang ada kaitan kekeluargaan dengan seorang artis. Kak Pora tak mahu membuka aib orang walaupun Kak Pora mendapat berita ini daripada sumber sahih dan orang kuat media juga, tetapi bukan wartawan hiburan, sebaliknya kawan-kawan di Meja Sukan yang kebetulan berada di tempat kejadian.


Kak Pora mendapat tahu seorang personaliti sukan yang digilai ramai gadis jelita diserang bekas kekasihnya, beberapa minggu lalu. Mungkin wajah kacaknya membuatkan dirinya digilai ramai gadis, tetapi jangan sesekali ambil kesempatan sehingga mempermainkan cinta dan perasaan anak dara orang.


Natijahnya, Kak Pora dengar personaliti muda itu diserang bekas kekasihnya di tempat latihan selepas tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Tak tahulah tanggungjawab yang macam mana tu. Macam orang tua-tua cakap, habis manis sepah dibuang. Ishhh…. takkan sampa ke situ pulak, kan? Tapi benda macam tu, tak mustahil berlaku. Selepas mendapat kekasih baru yang cantik, si personaliti sukan itu khabarnya meninggalkan kekasihnya terkontang-kanting, maklumlah kekasih dulu orang biasa dan tidak popular Kekasih baru ni, khabarnya selebriti dalam dunia hiburan.


“Masalahnya ialah bekas kekasihnya itu banyak berkorban untuk kehidupan si personaliti sukan, tetapi dalam sekelip mata si gadis ditinggalkan tanpa sebab munasabah. Si personaliti tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan sehingga merosakkan masa depan gadis itu.


“Tup tup si personaliti `bermain cinta’ dengan seorang selebriti dan dalam masa sama, mengabaikan bekas kekasih yang banyak berkorban. Itu yang membuatkan bekas kekasihnya tidak tahan sabar dan membuat keputusan nekad `menyerang’ si personaliti di padang sewaktu membuat latihan. Si personaliti khabarnya sempat melarikan diri,” kata sumber Kak Pora.


Kepada personaliti itu, sudah-sudahlah tu. Jangan ingat dengan wang, ketampanan dan nama, anda boleh membeli segala-galanya. Menyampah Kak Pora pada lelaki jenis macam ini…

p/s : sape dpt teka, mmg terer...hahahaha...senang je...mmg masa awal2 kemunculan dorg, sy dh agak dh...jenis yg gila glamor. pehal lak kan, dh elok2 main kt padang, sibuk2 nk amik2 gmbo cm artis??? mmg dasar teeetttttt!!!hahahaha...pepandai la korg isi sendiri.

Isteri Radhi OAG Minta Cerai Kerana Ditiduri Lelaki Lain

PETALING JAYA: Kes cerai penyanyi Radhi OAG dengan isteri, Shazlin Sharif pagi ini berlangsung dalam suasana agak ‘panas’ apabila Radhi berkata isterinya mahu bercerai kerana telah meniduri lelaki lain.


Jelas Radhi, dia mempunyai bukti untuk menunjukkan Shazlin curang dengannya.


“Saya ada bukti SMS cinta dia dengan lelaki itu berbunyi ‘Baby, I miss you’ dan dia pun sudah mengaku tadi. Dia minta maaf kerana seksa saya setahun lebih dan nak saya ceraikan dia,” luah Radhi dalam nada kesal di luar mahkamah. Saya sudah tahu lama tentang hal ini dari telefon bimbit dia, tapi saya boleh maafkan sebab ia mungkin SMS saja.”

Kata Radhi lagi, dia baru mendapat tahu nama lelaki itu beberapa hari lepas yang merupakan bekas suami seorang pelakon. Radhi turut menambah, “Saya tak puas hati. Macamana saya nak lepaskan dia sebab dia tak berterus-terang dan baru hari ini dia cakap. Kenapa dia buang masa saya? Saya rasa tertipu.”

Pada bulan Jun, Radhi OAG selaku defendan berdepan dengan waran tangkap buat kali kedua kerana gagal menghadiri prosiding permohonan lafaz cerai oleh isterinya Shazlin Shariff (plaintif) di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Semenjak kes difailkan isterinya tahun lalu, Radhi cuma hadir sekali sahaja perbicaraan. Shazlin yang juga pelakon drama dan bekas anggota kumpulan Girls In Music (GIM) telah melangsungkan perkahwinan dengan Mohd. Radhi pada 1 Januari 2005 setelah 12 tahun berkenalan.


Plaintif memfailkan permohonan untuk mengesahkan lafaz cerai yang didakwa dibuat oleh suaminya pada 15 September tahun lalu. Bagaimanapun pada prosiding 21 April lalu, Shazlin melalui peguamnya memberitahu mahkamah bahawa dia telah diceraikan sekali lagi oleh Mohd. Radhi dengan talak tiga melalui panggilan telefon.


p/s : sayangnya...dorg ni dua2 comel jek..anak pn comelest tp apa jadahkan mak pak comel tp pangai cm kehapa...sian anak dorg. radhi...radhi...bila la nk berubah. lau xkerana pangai ko yg cmtu, mst aku minat lg ngn OAG. tp skg...hmmmppp..no komen...

Pagi yang Gelapppp

guruh berdentum..kilat sabung menyabung. lebat btol ujan pagi td. masa sy tgh nk mandi pagi td pon, kilat memancar2 chy masuk dlm bilik air. rasa mcm nk kena panah petir je..huhu...mandi cecepat, trus bersiap!

ingat kan ujan dh renyai time nk kua, upe nye still lebat lg..basah jgk la masuk dlm kete..

so, pagi2 ni sy pn ala2 ngntuk...otak pn berkarat nk bercerita. ikutkan bnyk gk ni nk menulis tp mood plak spoil. so, kena tangguh dl...

Tuesday, July 28, 2009

Kelibat hitam mengekori bot

Sehingga hari ini, tidak pernah berlaku sebarang insiden kecederaan serius disebabkan ikan besar arapaima di Tasik Kenyir. Isu yang lebih membimbangkan adalah tentang ancaman keseimbangan populasi ikan tempatan.


MADZIAH MOHD. LADA, 39, tidak sekali-kali berdendam kepada ‘naga’ yang dikaitkan dengan insiden suaminya, Allahyarham Aladi Hassan, anggota bomba yang mati lemas semasa operasi mencari dan menyelamat di Tasik Kenyir, Terengganu baru-baru ini.

Dia yakin pada ketentuan takdir dan juga hasil siasatan mengenai punca kematian suaminya itu. Laporan menunjukkan bahawa tangki oksigen yang digunakan suaminya tercabut apabila tali pengikat pada badan tersangkut pada tunggul kayu di dalam tasik tersebut.


ARAPAIMA ini boleh disaksikan di Aquaria KLCC, Kuala Lumpur.

Namun, peristiwa itu sedikit sebanyak membuka mata terhadap ‘yang tertuduh’ iaitu ikan naga atau arapaima. Spesies ikan air tawar terbesar yang berasal dari Sungai Amazon itu dilabelkan sebagai ‘pendatang’ yang memberi ancaman.


MEREKA yang sering berurusan di Tasik Kenyir percaya bahawa terdapat ikan sepanjang saiz bot yang sudah lama menghuni dasarnya.

Bukan sahaja ditakuti mengancam keselamatan manusia, malah ikan yang boleh membesar sehingga 4.5 meter panjang dan 200 kilogram berat itu mampu menjejaskan rantaian ekologi dan pembiakan spesies ikan tempatan di Tasik Kenyir.

“Kita bimbang kehadiran arapaima memberi kesan terhadap keseimbangan populasi spesies ikan lain. Mungkin ia belum mula membiak buat masa ini.



“Namun, kalau ada seekor dua yang semakin membesar, keperluan pemakanannya juga bertambah,” kata Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Munir Mohd. Nawi.

Menurut Munir, semua usaha jabatannya bermula daripada aduan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai khususnya pengusaha-pengusaha calet di Tasik Kenyir yang mendakwa ada ternampak kelibat arapaima.

“Berikutan aduan itu, kami telah menjalankan usaha memantau keadaan dan memikirkan kaedah ideal untuk menangkap ikan itu.

“Bagaimanapun, selepas hari kesembilan pemantauan (sehingga Rabu lalu), masih belum ada sebarang petanda mengenai kewujudan arapaima. Alat-alat tangkapan seperti pukat dan kail juga belum berhasil,” jelasnya sambil menambah, walaupun usaha itu menemui jalan buntu, operasi pemantauan tetap diteruskan.


RUMAH bot seperti ini menjadi kegemaran para pemancing tegar.

Habuan RM10,000

Munir juga ditanya sama ada terdapat kemungkinan kelibat ikan besar seperti yang didakwa pengusaha calet itu spesies ikan lain.


ANTARA pemancing tegar yang mencuba nasib di Tasik Kenyir pada 5 Julai lalu.

“Kalau bukan arapaima, kemungkinan ikan tempatan terbesar di Tasik Kenyir yang menghampiri saiznya adalah ikan tapah. Ia juga mempunyai ciri pemangsa karnivor yang suka menyambar makanannya.

“Toman pula, walaupun mempunyai reputasi ikan ganas di kalangan pengail, ia tidak sampai ke saiz itu,” terang Munir.


IKAN tapah (Wallago attu) yang juga bersifat karnivor dikatakan mempunyai saiz yang menyaingi arapaima yang berusia dua tahun. - Gambar hiasan

Sejak kerajaan negeri mengumumkan hadiah bernilai RM10,000 bagi sesiapa yang dapat menangkap hidup-hidup arapaima di Tasik Kenyir, ia telah mencetus semangat pemburu di kalangan mereka yang tertarik dengan ganjaran tersebut.


KETENANGAN permukaan air di Tasik Kenyir menyimpan pelbagai rahsia yang belum berjaya dibongkar.



Misalnya, pada 5 Julai lalu, sekumpulan pengail tegar telah ke tasik buatan terbesar Asia Tenggara itu untuk mencuba nasib. Namun, sehingga lewat petang, pencarian itu tidak membuahkan hasil.

Kekecewaan itu turut dirasakan seorang pemandu bot pelancong, Azman Mohd, 30, yang mendakwa sebelum ini pernah melihat kelibat ikan sebesar pemeluk dan sepanjang kira-kira 2.4 meter ketika memancing di Sungai Beruas.

“Saya menggunakan tali setebal 22 milimeter dan dawai elektrik sebagai mata kail serta anak ikan haruan sebagai umpan bagi menangkap dan mengikatnya di sebatang pokok. Tapi ikan itu berjaya melepaskan diri selepas pokok itu patah,” katanya.

Entah benar atau tidak tentang kewujudannya. Namun, bagi sejumlah penduduk kampung dan pengunjung yang sering berulang-alik ke tiga kuala sungai di Tasik Kenyir, iaitu Sungai Petuang, Sungai Tembat dan Lata Terap, mereka bertegas ikan naga yang disebut-sebut itu memang wujud.

“Ia aktif kelihatan sejak dua hingga tiga tahun lalu. Ia timbul di permukaan di satu-satu tempat untuk beberapa tempoh,” kata seorang lagi pemancing, Sabri, yang nyata tertarik dengan tawaran itu.


Boleh sentuh dengan kayu

Dia mendakwa pernah ternampak kelibat arapaima beberapa kali di kuala Sungai Petuang.

“Dari jauh nampak hitam saja. Tapi dari dekat nampak sisiknya yang hijau keemasan itu. Beratnya kira-kira 50 kilogram,” katanya.

Tambah Sabri, kawannya pernah terserempak dengan ikan itu di Lata Terap. Dalam sebulan juga dia timbul di situ. Beratnya di antara 100 hingga 180 kilogram!

“Walaupun saiznya begitu, tak mungkin ia makan atau bunuh orang. Ia jinak. Kawan saya cuba sentuh dengan kayu, ia diam saja. Yang kami nampak, ikan itu bermain-main dengan ikan kecil yang lain. Macam ikan lumba-lumba.

Sabri mengaku bahawa keterujaan terhadap ikan naga itu bermula dengan rujukan melalui pembacaan, penceritaan orang kampung dan sumber daripada Universiti Terengganu Malaysia.

Tambahnya, dia dan teman-teman kini dalam usaha untuk merakam kelibat ikan itu.

“Tak ramai berani bawa kamera di atas bot. Mereka bimbang terjatuh ke dalam air. Jadi kami sekarang sedang bekerja keras untuk mendapatkan rakaman itu untuk membuktikan ikan itu benar-benar wujud di tasik ini. Cuma sehingga sekarang, rezeki belum menyebelahi kami,” kata Sabri.

Kru Jurnal yang mengunjungi Tasik Kenyir minggu lalu turut diberitahu seorang pemandu bot tentang khabar kelibat hitam dalam air yang suka mengekori bot.

“Mungkin itulah arapaima yang ‘mesra’. Saya sudah lama mengendali bot di sini, tetapi belum berpeluang terserempak dengan pengalaman seperti itu.

“Baik dipantau dari atas bot atau tanah tinggi pada waktu pagi atau petang, ia langsung tidak kelihatan,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad.

Ahmad berpendapat, kalau pun benar arapaima dilepaskan ke Tasik Kenyir oleh pemilik asal yang tidak mampu lagi menampung saiznya di akuarium, ikan itu tentu tidak liar kerana sudah biasa didampingi manusia yang memberikannya makanan selain sifat semula jadi ikan itu yang lembut.

“Sepanjang saya bertugas di sini, belum ada lagi kes ikan besar yang menyerang, mencederakan atau membunuh manusia.

“Bomba itu (Aladi) pun kita sudah tahu tentang punca kematiannya. Arapaima bukan penyebabnya,” kata Ahmad.


Sebuah rahsia

Kedatangan Jurnal ke Tasik Kenyir disedari seorang pemuda yang kemudiannya mendekati dan mahu memberitahu sesuatu. Enggan mendedahkan namanya, dia membisikkan sebuah rahsia.

“Beberapa tahun lalu terdapat pengusaha resort di tasik ini yang memelihara ikan naga di dalam sangkar untuk dijadikan hiasan dan tarikan penginapan.

“Tetapi, apabila resort itu tidak lagi beroperasi dan ikan itu pula semakin membesar, ia dilepaskan saja ke tasik ini,” ujarnya.

Kalau kata-kata pemuda itu bukan suatu pembohongan, mungkin itulah antara sedikit penjelasan yang logik tentang bagaimana spesies asing itu boleh berada dalam Tasik Kenyir.

Sama ada kewujudannya diragui, atau memang terdapat arapaima yang sedang ‘gembira’ berenang-renang di dasar Tasik Kenyir, banyak pihak kini memerhatikan perkembangannya.

Walau apa pun keburukan yang dikaitkan dengannya, cerita ikan naga tidak akan menjauhkan para pelancong daripada mengunjungi tasik tersebut seperti yang dikhuatiri sesetengah pihak.

Hakikatnya cerita tentang arapaima, tapah mahupun naga, akan menjadi sebahagian daripada nilai misteri dan tarikan kejadian alam di Tasik Kenyir.

Sehingga kisah ini disiarkan, tawaran ganjaran RM10,000 itu masih menunggu pemenangnya.

Lengan Madonna cetus kejutan

LONDON - Amalan senaman ketat oleh penyanyi terkenal, Madonna akhirnya memakan diri apabila orang ramai tergamam apabila melihat lengan penyanyi itu yang berotot ketika dia muncul di sini kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.


Lengan penyanyi berusia setengah abad itu tak ubah seperti seorang ahli sukan bina badan.


Ketika gambar itu dirakamkan, Madonna memakai baju lengan pendek.


Penyanyi yang popular dengan lagu seperti Like A Virgin, La Isla Bonita dan You Must Love Me itu bersenam enam hari setiap minggu.


Selain itu, dia dipercayai menjalani pelbagai pembedahan plastik bagi mengekalkan wajah keremajaannya termasuk prosedur membuang kedutan pada pipi.


Namun, pembedahan itu turut tidak menjadi buat Madonna apabila wajahnya kini kelihatan gemuk berbanding dahulu.


Madonna kembali ke sini untuk berada bersama empat anaknya selepas mengadakan konsert di Eropah baru-baru ini. - Agensi


GAMBAR menunjukkan lengan Madonna penuh dengan otot dan berkedut ketika dia berjalan di London kelmarin.

p/s : eeee.........takutttnyaaaa.....cm tengkorak idup, okeyyyy...tp tgk dia cm relek je jln, x kaver langsung...mcm bangga je dpt tgn cmtu...

Ibu cantik lahir anak perempuan menawan

HELSINKI - Satu kaji selidik mendapati wanita cantik cenderung untuk melahirkan anak perempuan lebih cantik berbanding ibunya manakala kitaran itu berterusan daripada satu generasi kepada satu generasi, lapor sebuah akhbar semalam.


Kajian oleh seorang penyelidik dari Universiti Helsinki iaitu Markus Jokela menyatakan wanita cantik melahirkan lebih ramai anak terutamanya anak perempuan berbanding wanita yang kurang cantik.


Dalam kajiannya, Jokela menggunakan data melibatkan 1,244 wanita dan 997 lelaki dari Amerika Syarikat selama empat dekad.


Sepanjang kaji selidik itu dilakukan, gambar setiap responden dirakamkan bagi menilai kecantikan fizikal mereka manakala jumlah anak yang mereka miliki turut direkodkan.


Beliau mendapati wanita cantik memiliki 16 peratus lebih ramai anak berbanding wanita yang kurang cantik.


Contoh-contoh jelas kaji selidik itu termasuk selebriti wanita yang memiliki anak perempuan yang cantik.


Model terkenal, Jerry Hall memiliki dua anak perempuan yang cantik iaitu Elizabeth dan Georgia Jagger.


Anak perempuan model terkenal, Yasmin Le Bon iaitu Amber turut memiliki wajah yang cantik.


Bagaimanapun, kaji selidik yang sama mendapati perubahan tersebut tidak berlaku kepada kaum lelaki. - Agensi

p/s: yeke artikel ni??mcm xleh caya je??? xsemestinya kan...ramai je pompuan yg kurang cantik (bkn xcantik ye! jahat artikel ni), melahirkan anak2 yg cantik, comel dan tampan...x dinafikan gen memainkan peranan ttp apa anda mahu katakan jika pompuan cantik, boleh melahirkan anak2 yg cantik juga tampan??? tidakkah dia juga tergolong dalam golongan cantik juga??hahaha...lu pikirrr la sendiri!!!

Monday, July 27, 2009

It's Saturday...

ini kisah di hari sabtu...sy bgn awal, 4.30am dh bgn...tatau nape. sejak sy start pose aritu, senang pulok jaga kul 4.30am. tp mslh nya, everyday la plaks dok jaga 4.30am sokmo..cuti2 pong, terjaga 4.30am gaks..ape ke heeeaa nye??? yg asben sy laks, jenis senang jaga gak. asal sy pusing kiri kanan lelebih skik, mula la dgr dia pong gerak2 gk..adoyaiiii!! terpaksa purak2 tdo, kang xpasal kena sekeh sbb kasi gegar2 katil!!huhuhu...

ok, sy kan purak2 tdo..hehehe..dlm 6.30 tu, bgn dah. mandi2, solat n trus sinsing lengan nak masak nasik lemak. semangat nihh!! telur dh rebus sesiap b4 solat so lps solat, telur udah masak! beresss 1 bnd...now, kena goreng kacang n ikan bilis marr...kasi uppp skitt!! lps setel bnd tu, baru la masak nasik n buat sambal. sy ni masak ape pn, mst nk makan (amik masa) 2 jam..tatau la nape lama sgt bersilat kt dapur tu..org lain, zasss zusss je masak. sy kedek2 br nk masak nasik. y hah?? taper, taper...akan ku cuba pantas kan diri nanti...lau siap masak dlm tempoh kurg sejam, kira terer dh tuu...

asben sy bgn awal gaks tp dia p jog. jog ktne, sy xtny...blk2 je sy tgk, baju dh lencun..muka dh feluh2..ok, lps dh bekfes2 sume, ktorg lepak2 jap tgk tb. lps tu asben sy ajak g warisan. ada pesta buah katanya..so, since kami mmg xde plan pape program, sy ikut jela..bayangkan ktorg kuo kol 12tghari. smpi sana, mmg masak la...matahari tgh dok btol2 atas pala..smpi2 sana, alahaiiii....xdela bnyk nau gerainya...adala 10 buah gerai jual buah2 yg pelbagai jenis. gmbr sy malas nk amik sbb malu...=)

sy n asben adala beli buah skik. buah mangga ijau n kuning. sedap tau buah mangga ijau tu, lemak2 masam...yg kuning tu pn sedap gk, manis jek..mengikut perbualan asben sy ngn penjual buah, dorg dtg dr perak..wuii, jauh tu...okla, lau dorg nk letak mahal2 skit...duit minyak pn dh bape...emm, sy lak, rembat tomato cherry (yg kecik2, comei2 tu) rm2 - 1 plastik. oklah...kan. ekceli sy ada kenan ngn 1 anak pokok cili tau. hampir2 dh sy nk amik. tp asben sy ckp "relek..relek..jgn tamak..jgn tamak" hehehe...abg! u know what i'm talking about, right? it's our secret! shhhyyyyyyy... last2, sy xjadik amik. rm7 - 1 pokok pasu kecik. ok ke? sy xsure la mahal ke x sbb xpenah buat perbandingan. tp..mmg sy dh lama teringin nk bela pokok2 cenggitu. senang lau nk masak...petikk je kt balkoni.

lps setel soping2 buah sume, ktorg trus ke alamanda. tujuannya?? xde tujuan..sesaja je g jenjalan sana...tu pn asben sy tanak masuk carrefour. tp sy bangkang! cewah! sy ckp, masuk jela, leh claim parking free..lgpun mmg sy ada bnd nk d beli pun..tp xbnyk la. kira lau takat nk claim parking tu, bleh sgt...cuma kena menapak sket la..maklumla, carrefour kan ujung dunia. lau takdek kepentingan, mmg malas nk heret kaki ke sana...

sy xingt brg apa yg ktorg soping tp bila asben sy tny mlm ni nk mkn apa je...truuussss sy tringat sstu! sy dh plan nk masak spaghetti. so, trus ajak asben ronda2 cari spaghetti ngn sos prego. ekceli sy penah wt skalik je kt kg...xjadik sgt, mcm masam je tp adik2 sy sume suka. siap hirup2 kuah pinggan kasi licin...over! blasah je amik spaghetti memana n sos prego traditional. beli udang skit, nk wt bahan n trus mem'belah'kan diri dr alamanda!

ptg tu, asben sy g tgk match bola sbb blok sy masuk suku akhir. blok sy aktif tau, skit2 masuk game, skit2 masuk game...pastu siap menang2 lak tu. wpun xslalunya 1st, tp lau dpt kedudukan tu, kira orait la kan...boleh tahan ek dorg...

dlm kul 6 stat masak spaghetti. alamak!!! sy xreti bkk tin sos la...cane ni?? aissshhh, tpaksa smsasben tny bila dia blk, dia ckp maghrib. ok la. tgu jela...skalik nk dkt kul 8 pn xblk2 lg...grrrrr!!! mana ni!!! sy pn blasah bukak ngn pisau, kasi hentak2 punggung pisau ngn lesung. hancur!! sib baik xkena tgn..uishhh, dh xsabar2 dh ni nk masak. lapau den!

elok jw sy berjaya bkk tin, asben smpi! ciscake!!! mcm plan2 plak. pny la dia bising sy bkk pakai pisau...sowi la, bang..tpaksa...nnt abg jgk nk mkn..siap2 sume, ktorg mkn ngn bselera nya (lapau almaklum)...skali tgk cm mee kuah pn ada (hahahaha..mari gelakkan saya) tp sedap tau! rasanya ttp spt mkn speghetti wpun rupamu tidak ku kenal!hahaha..

ohh...ok! itu la saja kisah sy n asben dihari sabtu...nnt sy cite pasal kisah ahad lak ek...daaa!

BEZA RM1 & RM50

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit
dan bertanya:

"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M'sian Idol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama…………'SURAU…., MASJID……., SURAU………"

p/s: renung2kan………dan selamat beramal………

NiCkNu@R memBeBeL :

kdg2 kita terlepas pandang benda2 cmni...btol. kalau g sunway lagoon, zoo negara, genting, bayar mahal pn sanggup! nk seronok pny pasal...tppiiii, bila smpi bab nk menderma..nk gb singgit pn berkira...dunia...dunia....

lu pikirrrr la sendriiiiiii!!!!!!!!!!!

Nokia N97


ada sesapa yg dh pakai henpon ni??? bleh kasi info skit x?? n sapa bleh kasi price lower than 2ribu, kasi tau sama sy, yak? hahaha...bkn sy yg mau pakai marr...sy takdak duit nk pakai henfon memahal nih...ada la sorg hamba Allah ni, agak2 menggeletis nk tukar henfon ni..tp sy tgk harganya, mak aiiiii, mahai nya!! xdak hak lg mahai kaaa??? hehehe...sy ni bkn apa...lau ada kepentingan nk pakai henfon jenis cmni, its ok...mmg worth it lau pakai sbb membantu dlm organize korg nye schedule kan? tp lau nak tiru org, its no good, mann...better u save that money..kan?? btol x??

haiiyaaaa...payah jgk kan nk memenuhi tuntutan lifestyle dok kt bandar ni? dok kg senang...xpyh pk nk bergaya cmne...pakai smart cmne pon, org ttp xheran...booo layan!

Friday, July 24, 2009

Anak Kembar Ziana Zain

PETALING JAYA: Penyanyi Ziana Zain selamat melahirkan sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, sekitar pukul 10 pagi tadi. Pengurus Ziana, Lisa Aryanti Tahir memberitahu mStar Online yang Ziana Zain telah melahirkan anak kembarnya secara pembedahan (caesarian).

Kata Lisa, “Menurut kata doktor, Ziana sepatutnya melahirkan anaknya pada pertengahan Ogos tetapi terpaksa diawalkan kerana Ziana mengalami tekanan darah tinggi. Walau bagaimanapun, kedua-dua anak Ziana sihat. Anak pertama adalah bayi lelaki yang beratnya 2.1kg dan yang kedua perempuan, 1.7 kg.”

Lisa berkata, suami dan keluarga Ziana berada di sampingnya ketika pembedahan itu. Kebetulan suaminya, Armin sedang bercuti. Ketika ditanya, adakah Ziana bersedia menunjukkan wajah bayinya kepada umum, Lisa berkata:

“Ziana seorang yang cukup berdisiplin. Gambar baby tidak akan ditunjukkan bawa masa ini. Hanya apabila dia sudah bersedia, barulah dia akan tunjukkan babynya. Dan Ziana akan berpantang 100 hari. Selagi dia belum habis pantang, dia tidak akan tunjuk muka pada media.”

Kata Lisa, Kak Ziana kemungkinan besar tidak akan mengandung lagi memandangkan usianya sudah 41 tahun.

“Ziana juga belum memikirkan nama anak kedua kembarnya.” [sumber]

Gambar anak kembar Ziana Zain tidak dapat disiarkan lagi sebab tidak mendapat keizinan daripada Ziana Zain. Agak-agak, apakah nama sesuai untuk anak kembar Ziana Zain ini?

p/s : best kan dapat anak kembar lelaki pompuan...sblm ni dia dh ada 2 boys kan? kira ok la, dpt jgk anak pompuan...untung ZZ...=) tahniah!

Macam tu punya husband pun ada ka....

Sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramat lah kedekut, bukan setakat taik idung masin, Taik mata pun masin gak. Salah satu xtvt tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.

Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu. "Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?" tanya sisuami "Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan" jawab pilot tu.

"Uuiishh..mahalnya,tak jadi la saya nak naik" jawab si suami lalu menarik tangan Isterinya berlalu dari situ. "Alaa... abang ni, RM50 pun nak berkira, Setahun sekali je bang, dah lama saya nak naik
pesawat cam tu" rayu si isteri dengan nada manja dengan harapan si suami akan ubah fikiran.

"Jgn nak ngada2, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli" Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak mampu,dlm bank melambak lagi duit dia.

Tahun kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekalilagi memujuk suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpa lah mereka dengan pilot tu, pilot yg sama tahun lepas. Tapi kali ni, bayaranya dah jadi
RM80... Apa lagi sekali lagi kecewa lah si isteri tadi.

Tahun ketiga, mereka Pergi lagi... Si isteri tadi awal2 lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu. "Baiklah, kalau bayaranya kurang dr RM30, kita naiklah"kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam krn dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni. Mereka menuju ke pesawat yang sama cam tahun lepas dan jumpa ngan pilot yang sama juga. Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100. Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu dr situ.

Si pilot td yang kesiankan si
isteri yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula. "Encik, berapa yang encik sanggup bayar?" "Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer"jawab si suami.

Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi "Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn satu syarat" Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer "tapi apa syaratnya" "Semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh Mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik" jawab pilot td sambil tersenyum.

"Baiklah saya setuju" jawab si suami dengan yakin bolehnya.

Maka, naiklah mereka akan pesawat tu. Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang kedekut tadi.Dia pun buat lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya. Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sbb suami isteri yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun.

Dia cuba lagi buat aksi2 yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia.

Rasa rugi pulak sbb cuma boleh dpt RM20 ajer. Bila dah mendarat, cuma si suami yang turun dari pesawat tu."Ehh? mana isteri encik?"tanya pilot tu terkejut. "Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi" "Hahh apasal tak cakap"

"Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak" jwb si suami sambil menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus berlalu...

Moralnyer..: Carilah suami yang mengasihi isterinya

p/s : wuuuiiii, kedekut nak mamposss nye lelaki ini!!! kawin la ngn duit lau syg sgt ngn duit...p kawin ngn pompuan wtpe??? kan?? wahai kaum adam, sayangi la isteri anda...jgn la jadi mcm lelaki kt atas ni, sanggup buang isteri semata2 kerana duit...jimat, jimat jgk...tp jgn la smpi seksa isteri. kesian...= (

Thursday, July 23, 2009

Anak-anak Comel

sy br dpt brita gumbira td...kwn sy, zila yg intake sama dgn sy, bakal dpt bb!! wahhhh!! pantas btolll...mentang2 expert. kemain laju je produce ye...nway, tahniah la! im happy for u. rezeki anak jgn ditolak, Allah nak bagi terima je dgn redha & ikhlas...anak2 ni permata. bila Allah bagi anak tu maksudnya, Allah nak bagi rezeki kt kita...btol x?

sy jgk yg xlekat2...taperr...sabau bnyk2. ada rezeki adalah...usaha tangga kejayaan, bak kata pak nil. hihihi...ingt lg masa awal2 kawin dl, smpi mimpi2 pasal bb lg...tatau naper. myb takut/xbersedia lg nk dpt bb. isau smpi termimpi2...atau mungkin terlalu nak sangat. ntahla...tapaham sy ngn diri sendiri...

bila org tny, dh ada ke? sy ckp je blom...dorg akan ckp, taperr. enjoy dulu...sy ekceli xkisah. kekadang sy pk, sy xbersedia lg nk anak tp....bilanya sy nk bersedia? dulu nk kawin pn ckp cmtu gk...xready la, apala...bila dh kawin, okey je...perasaan je sumer tu...bnd2 1st time ni, mg kita cuak skit nk lalui...bila dh lalui..makin lama, makin kita blaja bnyk benda...hehehehe..kasi motivasi skit!

sy surf gmbr2 budak2 kecik kt tenet td. comel2 dorg ek...geram sgt bila tgk. rasa nk geget2 je muka dorg yg super kiut tu. mcm xpuas tgk...kalau boleh, nk soh dorg ckp ngn sy time2 tu jgk...hehehe...mampuihh la xboleh,kan...gilo sy ni...

so, layankan jela pics yg sy cilok kt tenet td...

anak sape la yg comel gilerrr ni!!! siap pakai skarf tuuu!!!comellest sgt...
bb ni buat sy nk terkam dia je...


alahai muka....suciiiii je....mcm terpaksa rela je kena amik gmbor...

ni pn comel gk...main ciku chak lagi!!! eh, pasan x?? nape sume gmbr yg sy cilok ni gmbr bb girl ek??? adakah??? =)


p/s: kalau ada brite gumbira, nnt sy announce kt sini ye...buat masa skg, kosong! k, peace n chioowww!!

Seharian ke Melaka - Majlis Pertunangan

weken aritu, sy n asben diundang ke majlis pertunangan bestfren asben di sungai rambai, melaka. bertolak dlm pukul 10 sbb asben sy sibuk nk p cuci kete yg dh 3bln xcuci (korg byg kan kete kami cmne ghupenye) rim tu smpi tuka jadik kaler coklat la senang cite...betapa shanteekkk kete kami!huhu...g la cuci kt bangi. bagus sbb kami smpi awal so xpyh susah2 Q pnjg. tu pn dh ada 2 kete tgh cuci. mayb org2 dekat situ je kot. tu yg bleh dtg awal...mcm kami ni kira awal la..kol 10 dh kuar,kan..lps cuci luar dlm sume, byr 8 hengget, trus pecut ke melaka sbb mmb asben sy tu, tgu kt hentian air keroh. jmp sana la..

so otw tu, xde pape yg berlaku. tp ada 1 kemalangan kt mana tah. baru je blaku. fresh lagik time ktorg nmpk tu. tp alhamdulillah xjadi pape, xde kemalangan jiwa. penunggang tu pn still boleh bangun. nasib baik ada budak2 konvoi moto besar sudi benti tolg dia. moto dia sy tgk dh relai sana sini. n kete yg melanggar dia tu, benti jgk but jauuuuuhhhhh sgt. bdk2 india. takott sy tgk. gengster semcam jek. badan dh la mcm ahli gusti sumo sume...ada gak bbrp kete lain yg benti bg pertolongan, maklumla, org kita kan prihatin. yg slow kete pn ramai gk, termasuk la kami =) tp xde la sampai jammed highway

ok, kita teruskan cite kita. sbnrnya masa kami brenti kt hentian seremban, ada 1 konvoi myvi besar2an. berderet2 myvi brenti tepi jln kuar dr petrol pump tu. myb ada perarakan kot. jakun la kejap sy nih siap amik gmbor lg tp lupa lak nk upload dlm pendrive. nnt2 la ye...

lps tu ktorg terus kan perjalanan ktorg ke hentian air keroh. smpi sana awal dlm kol 12 kot. tgu xlama, mmb asben sy plak smpi skali ngn rombongan dia lah. masuk kami jadik 4 bijik kete sumenye. salam2 ngn ahli2 rombongan sume dorg ajak minum2 dl sbb awal lg..sy siap tertukar mak pengantin ye!hahaha...ingt kan mak nya, rupanya tu ialah mak sedara yg dok seromban. depa tumpg tido sana la semalaman. hahaha...tp sy steady jek wpun dh malu! wakakaka...

lps minum n sembg2 (time ni xleh blah sbb sy xreti sembg, main blasah jek!) trus ktorg gerak. dlm kol 1 lebih. dh nk dekat smpi tu singgah solat zuhur kt masjid. masa siap2 nk gerak tu jmp plak ngn mmb pengantin lelaki. rupanya dia ajak budak tu sbb bdk tu dok melaka. dia lak dtg ngn wife dia yg tgh peknen n parents dia. dia just dtg kejap je sbb ekceli dia nk g anta parents dia ke umah kak dia kt putrajaya. sy dh isau dh, kot2 dia soh kami hangguk parents dia blk. hihihihi...sbb ktorg nk p ronda bandar melaka b4 blk plannya..tp xde la, sy je yg bpikir jauuuuhh. xkan la dia nk soh parents dia g ngn ktorg lak kan. kejam nya anak...

smpi2 umah pompuan, waahhhh!! besarnya....fyi, pak pompuan ni dolu2 adun kwsn. dato' tu.....untungla mmb asben sy kan? dapat kawin ngn anak dato'. humble je orgnya. mak pompuan pon very d humble. mcm makcik2 yg biasa kita tgk tu. xde pon vogue2 ala2 mak datin ke hape...baguss gitu!! sy 1st time ikut rombongan meminang ni. lps2 ni lau nk ajak sy meramaikan majlis, bolehlaaaa!!!hahaha...promote plak. ok2, then lps dh bincang2 sume, acara sarung cincin la plak. lps tu baru mkn2. ok la..sy xnak membebel pnjg2,kang korg mls baca..sila layan pics ya!


sesi sarung cincin...apesal gmbo ni lain macam ek?? mcm amik dr tb jek??

sesi salam2 plak...ewaahhhh, makcik...riang je yeeaaa...

dah selesai....yg byg2 pakai songkok tu adik pantin lelaki...emcem gaks.hihihi...

amboiiiii!!!ghenyehhh kemain lagi makcik yeaaa...mentang2 dpt menantu comel..

mak pak kedua2 belah...dgn hantaran2...shaaannnnteeekkkk gilooshhh hantaran belah pompuan...sukeeerrrr sgt2. rugi btol xwt time kawin aritu...very maveles!


bersama rombongan cik kiah...eh! bkn...ahli pompuan rombongan belah lelaki

haaaa...ni yg di nanti2kan ni!!sesi bergambar dgn pantin!! si baju kuning...feluh2 pn ttp menten amik gmbo...asben sy tanak! org ajak pn tanak!cittt!!

lps dh abis sume...sy ingt kan trus blk sbb mmb asben sy ckp mak pak dia nk blk trus ke kedah. ghupenye ajak kami ke tangkak. soping2! waahhhh, sonot tuh...sib baik sy dh kua kan duit awal2 masa benti kt petrol pump...cm tau2 jek.hihihihi...org tua ajak, kita ikut jela...asben sy pn segan nk menolak...nnt la sy cite pasal tu. skeping je gmbr yg ada pon...gmbr kain yg sy beli pn sy lupa nk amik gmbr..nnt2 la ye!

itu la serba sikit cite pasal majlis tunang kt melaka aritu...xlarat dh nak taip. pnjg gila sy membebel...k la, see ya!! nnt2 sy update lg, kay!

Wednesday, July 22, 2009

Addicted

sy tatau naper...lately nih sy kemaruk dok main bendalah game nih. its my favourite. lau ada leisure jek, mesti nk main...bkk hi5 jek, wajib main...nape ntah. tp mungkin sy suka sbb konon mencabar minda la...cea..hahahaha...boley x gitu??? ni la game nya...

seee!!! ada lg 7mins, markah sy dh 2ribu lebih...terror kan??hahaha...

okla, memasing ada favo game memasing,kan? sy layan je game2 cenggini eventho org ckp, game bebudak. xkisah la...janji sy happy. sonot gk main benda ni, lau dpt main tu, khusyuk jek. kemain lg berpikir..markah plg tggi sy penah dpt 9ribu lebih. nak celen blom dpt lg...tu yg gigih dok main tu. owh, sy jgk suka main chess online. penah bbrp kali gk main kt tenet n lawan pc. n i won!! wohooo!! terror gak, wpun dh lama xmain. nk lawan org takut...hehehe...bkn apa, dh lama tgl...skill pn dh tumpul. ada plan gk ngn asben nk beli chess set, ntah taun bila la dpt beli. asik, nnt dl, nnt dl..cano tu??? nway, lau korg rasa nk try main, g je kt hi5...belambak game kt situ. main la korg sampai muntah!

adiosss!

Emosi plak

hehe...sorry la pd sesapa yg baca n3 yg b4 dis. agak emo di situ...sobb,sobb...sedih gk tp now sy dh ok. myb td agak mengikut perasaan,kan...but skg dh kembali normal paras darah sy..hihi..

ok, mari kita bercerita ttg bnd2 gumbira. sy br dapat memo dr bhgn psm. ttg taklimat penjumudan skim. alhamdulillah...sy mungkin akan di'naikkan' skim ke skim tinggi skit. mari kita amin beramai2, amiiiiiiinnnnnnnnnn.....hehehe..ahah!, lg satu mungkin b4 pose ni akan ada 'sesuatu' dari kerajaan..mari la kita sekali lg berdoa bersama2 (kpd yg keje gomen la) spy apa yg kita harapkan, menjadi kenyataan....=) (ala, korg mesti tau pny pebenda nya)

esok gaji, yahuuuuu!!! bln ni sy dpt menyimpan. maklumla, 2 bln lps, duit gaji kopem abis! tgl puluh2 hengget je dlm bank. y??? coz bln 5 blk kg sy, bln 6 plak blk kg asben. ate, camne nk nyimpan??? so bln ni pukul abis, saving kaw2 (hehe...tipu je!) seboleh mungkin menyimpan la...tp xdela smpi ikat perut ke hape,kan. gilo! just xshopping bnd bukan2. korg yg slalu shooping pn, try la berjimat. kesian asben korg. hihi...sy pn kesian gk kt asben tp kekdang 'terpaksa' xkesian kt dia. yelah, nk nmpk cantik, kena kuar duit skit. tu adalah fact! yg isteri2 ni plak, nk nmpk cantik, mestilah utk somi,kan??kan??kan?? so, xsalah la lau 'paksa' asben kuar duit sesen dua (yeke sesen dua? muaahahaahaha) coz utk dia jgk. btol x???

k la, chioowww!!(tetiba)

Saya si cari pasal

sy sbnrnya dh taip siap pn dialog td, tp sy padam blk...xsampai hati plak nk cite detail kt sini. rasa bersalah ngn asben. tp mmg padah la soklan sy pagi td...menyesal je tny asben soklan cepumas tuh. xtny pn xpe...huhu...benda yg sekecil itu, trus dijadikan starting utk gaduh. pasal nk kunjung mengunjung pn jadi masalah...tp sy mmg terasa la bila dikata xpandai bergaul, xpandai bersosial. ok fine!!! lau sy bersosial kang, jgn kata sy ni SO sial plak...yg plg sy xpaham, knp stp kali pkr2 berkaitan ****, asben sy akan beria2 benarrrrr nk buat. cuba kalau kwn2 sy yg lain ajak, gerenti, dia buat endah xendah jek!! sbb apa ekk?? sy mmg jeles pong! sy ngaku jek...

mungkin sabtu ni sy akan berkunjung ke umah *****. memenuhi undangan. biarla lps ni sesapa pn nk dtg. sy dh xkisah dh...lantak la!!! saya akan kemas mcm biasa, cuma yela..dorg tpaksa la dok kt lantai, mkn bersila sume. bak kata asben, mcm la org dulu xleh hidup ngn cara gitu. finee!! dh dia yg cakap cmtu, kan...dia yg tentukan mcm tu...biarla...ikutkan saja.

sy dh malas la nk taip. chioww

Tuesday, July 21, 2009

Faizal Tahir Bayar PTPTN

Penyanyi Faizal Tahir yang gagal menaiki pesawat untuk menghadiri Anugerah Planet Muzik (APM) di Jakarta, Indonesia kelmarin akhirnya akur dengan membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semalam.


Menurut sumber, penyanyi yang merupakan Naib Juara program One In A Million itu menghantar pengurusnya, Haryadi Rusli bagi mewakili dirinya untuk menyelesaikan tunggakan pinjaman tersebut.


Wakil penyanyi itu hadir seorang diri dan menemui Ketua Eksekutif PTPTN, Yunos Abd. Ghani dan berunding mengenainya kira-kira 15 minit.


Terdahulu, difahamkan beliau bersama-sama penyanyi itu hadir ke One Stop Centre PTPTN di KL Sentral di sini untuk menyemak dan menjelaskan baki pinjamannya.


Faizal sudah membayar tunggakan pinjaman pelajaran itu yang bernilai puluhan ribu sebelum berlepas ke Jakarta, malam tadi.

NiCkNu@R meMBeBeL :

tula...duit bnyk pn tanak byr...kan dh kena block g obersi..sy ni lain la..nk mkn pn cukup2 je. sesapa yg mampu tu, byr la. sy nk byr jgk tp nnt la...tgu dh stabil dl..sbb lau sy byr skg, sama je mcm sy dok byr interestnya shj. rugi2..ptptn kata nk caj 1% je tp xde pon. sy dgr cite, kite kena langsaikan dl hutang dr start lps abis blaja smpi skg (kira bp totalnya), langsai sume, byrn seterusnya br ptptn akan kira caj 1% je...mana nk cekau duit??

Kongsi2 Idea

sy pose lg!!hihihi..ajin x minah ni pose??? memula tu, xnak pose. surrender la kunun smlm, xlarat dh nk pose arini. tp sy paksa kan jgk diri ni, slalu dok manjakan je, asik ikut je feel perasaan yg malas tu...arini sy gagahkan jgk utk berpose. so, pg td bgn kul 5am, panaskan lauk berbuka smlm, bancuh milo panas anddd makannnnn!!! sambil menonton jozan show kt prima. asben cm biase, layan tdo baeeekkkk pny!

blk keje smlm singgah kedai kt flat ijau, bli perkakas nk masak. teka sy masak pe??? hahaha...sy masak sup ayam je. sedap jgkla...sorry, puji diri lg!=) pny la kelam kabut bersilat ngn asben kt dapur. dapur ktorg dh la comel jek. memasing berebut nk siapkan lauk memasing. lps sy rebuskan ayam n taruk sikit2 pape yg ptt, sy mintk asben take over. sy nk siapkan kangkung belacan lak. sy soh dia goreng telor dadar jgk. finally, sume beress b4 berbuka. alhamdulillah...

lps sy md n siap pakai baju sume, sy dok bilik. sy ada bwk blk keje skit. urgent kena diperbetulkan. so, terpaksa la bawak blk jgk. smbil2 dok buat keje, smbil2 kepala hotak sy ligat pk, itu ini. pasal sistem surat kt bahagian sy. last2 sy amik kptusan kua kt hall n soh asben sy dgr luahan hati sy, smbil2 mintk pendapat dia. pok pek pok pek sy cite. sy isau gk kot2 asben malas nk layan. alhamdulillah...dia ok. dia pn bg pendapat dia jgk. sy bkn apa, kalau boleh sy mmg nk ada org yg boleh bertukar2 pendapat dgn sy. xde la kita rasa kptusan yg kita buat tu dh tentu2 betul...mungkin pandangan org lain m'bantu perbaiki kptusan sy...

ok, cukup cite pasal tu. emmm...esok sy xpasti lg nk pose ke x. myb xkot. sy nk pose khamis plak la...bleh pose sunat skali. untung. btol x???

p/s : tinggal sehari je lg...jumaat ni bleh dh la beraya....hihihi

Monday, July 20, 2009

Kunjungan Ipar

smlm pny cite...panas, panas lg..so, bleh bercerita dgn laju. smlm tgh sy siap2 nk g mandi (dh nk pukul 11am...hihihi, xsnonoh) setelah dihambat oleh asben, skali asben sy jerit "kak na ada kt putrajaya laaaa!!!" kuat lak tu...dgn eksaitet nye...mentang2 kakak dia nk dtg, pny la happy..yg sy lak gelabah...ahhh sudahhh...nk masak pe ni??? dh kul bp ni??? sempat ke??? adoyaiii, kak na ni pn satu, nape xckp dr smlm...ligat otak sy ni dok pk...trus sy zasss amik penyapu, sapu2 umah..asben sy lak sibuk dok senarai nk makan apa..makan apa...yg xleh blah tu soh masak!!! "abg ni!, apa pn xde kt umah tau..nk soh masak lak. beli jela...lgpon skg dh kul bapa..mana sempat!" sy buat muka...rasa nak marah pn ada..lau sy jadi dia, sy xsuruh bini sy masak saat2 genting ni...beli sudah lahh!! bkn ramai pung!

last2 asben soh sy perangat tomyam yg ktorg bwk dr melaka ngn goreng ayam je. dia ckp, dia nk ajak kak na n family singgah pasar beli ayam sbb ayam dlm simpanan ktorg ada 2 ketul je. mana cukup. smbil2 tu dia nk cari ulam, nk soh kak na tolg buatkan sambal belacan. asben jgk soh sy belajar (fyi, sy xmkn sambal belacan. sbb tu ala2 malas je nk blaja) kelam kabut jgk la smlm kt dapur...berfeluh2 wpun hny goreng ayam...ngehh. biasa la...org br blaja...owh, time asben g amek dorg kt masjid putra, sy tgl kt umah, prepare pape yg ptt!!

sy xnk ckp sy xreti. tp sy mmg tgh blaja, even layan tetamu pn sy still blaja. lau b4 dis, layan tetamu kt kg, mak pak pn ada skali, skg ni dh kawin..kena pepandai layan la...nk sembang apa pn xtau...hehe, dh la sy ni non-peramah. lau org galak, sy bleh la layan. lau org sonyap yo...den xroti nk galakkan diri...ngan den2 skali sonyap! hahaha...

kak na xde la senyap. sy yg xreti nk sembang. still blajau lg katanya, kan...i have too, mcm asben sonang la. adik badik sy sumer kocik2 lg...xpyh nk blaja sembg bagai...sy ni, kena la pepandai bwk diri...xnak la nmpk sgt cm sy ni bodoh sgt,kn..stakat nk layan tetamu pn xreti but mungkin cara sy layan tetamu sblm kawin lain. skg dh kawin kan..so, cara layan kena ada ciri2 kematangan la...sesuai ngn umo.

lps dh mkn segala..lepak2 jap, trus abg ipar ajak balik sbb ptg tu dia kena keje. lps blk je, trus sy kemas2 mana yg ptt. asben sy lak, tgh sy dok kemas2 kt dapur, kua kt hall tgk dia dh tlelap. kesian....penat sgt kot kejar ayam! hahahaha...trus sy kejut soh tdo bilik. n melampau ok! dia bantai smpi kol 530. cisss!!! lelebih lak...sy pong tdo gk. tertido dpn tb, atas tikar. bgn2 je, trus lenguh2 badan...

dlm kol 6 tu, asben sy ajak g mydin. ada misi memburu sesuatu...huishhh, bahaya ni lau didedahkan kpd umum. huahuahua...xpela, xpyh cite. soping cm ribut pastu trus blk. (asben sy nk kejar tgk brita) lepak2 tgk tb, mata sy pn asik main katup bukak, katup bukak, asben ajak tdo. sy dh nk lelap pong, dia doh chot chet chot chet. galak lg atas katil, maklumla...org tdo lama siang td...tp sy mmg xlayan! mata trus tutup rapat, dia soh seh sblh pn dh xdgr apa dh...lenaaa!

Berpuasa & Ganti PA

arini sy puasa lg...pny la liat nk bgn tp akhirnya, berjaya jgk sahur. hahaha..tgk asben sikit pny syok je tdo..memanggil2 je sy sambung tdo. tp sy kuatkan semangat. bgn jgk wpun digoda syaitan. hehehe...mujur bersahur, lau x time2 gini sy dh start nk lembik.

arini jgk sy kena ganti pa. mcm biasa la...kali ni direct 3ari. pa boss amik kesempatan bercuti sbb boss kami g paris. ada cenference kt sana. arini pn ramai yg xdtg. pandai btol dorg ni amik kesempatan...sy xnk lah. sy nk simpan cuti utk pose n raya nnt. pepaham la time2 tu nnt, mesti berebut nk cuti.

sy xde mood la nk update. mood mengantuk lg nih...malashhh je rasa. dok pulak dlm bilik pa, sensorang je...lg la rasa nk tdo.

nnt la sy update lg...bye

Friday, July 17, 2009

Khairil Khamis Meninggal Dunia

Penyanyi Khairil Khamis meninggal dunia kerana sesak nafas

KUALA LUMPUR: Penyanyi Khairil Khamis meninggal dunia pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur ekoran sesak nafas. Berita itu disampaikan kepada mStar oleh penyanyi, Nash sebentar tadi.


“Saya mengetahui berita sedih ini melalui pelakon Liza Abdullah pagi tadi. Jenazah allahyarham masih berada di Hospital Kuala Lumpur. Saya mengucapkan takziah atas pemergian allahyarham Khairil Khamis. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.” - Nash


NiCkNu@R memBeBeL :

ada sesapa yg kenal penyanyi ni x?? sy kenal tp xingat lagu dia yg mana. tp rasanya suara dia sedap gk cuma kurang glamour....takziah pada family arwah. sorg2 org lama meninggal. lumrah dunia, yg hidup pasti mati. kita sedekahkan al-fatihah pada arwah...




Thursday, July 16, 2009

Gossip Isteri Penyanyi Larang Suaminya Pegang Tangan

PENYANYI lelaki ini memang popular. Kalau sebut namanya, ramai yang kenal, tetapi SS perhatikan akhir-akhir ini namanya kurang menjadi sebutan. SS tidak pasti sebab apa kerana tiada produk baru atau peminat sudah bosan dengannya.


Kalau dulu, memang menjadi perhatian. Bukan hanya mempunyai ramai peminat, malah rezeki juga murah hingga kata orang, tak menang tangan. Aura penyanyi ini memang kuat ketika itu hingga kebanyakan persembahan pasti ada mukanya.


Tapi SS percaya hidup umpama roda. Tidak selamanya kita berada di kedudukan teratas. Begitu juga nasib menimpa artis ini apabila populariti yang pernah dikecapi makin hari makin hilang.


Namanya seakan dilupakan hinggakan tawaran diterima juga tidak banyak. Selain menyanyi, artis ini juga ditawarkan berlakon. SS dengar, artis ini akan muncul dengan filem baru tidak lama lagi. Biarpun mutu lakonannya belum diketahui bagus atau tidak, tetapi apa yang lebih menarik perhatian SS ialah cerita menarik di lokasi penggambaran filem itu.


Khabarnya, penyanyi ini yang memainkan watak utama tidak dibenarkan berpegang tangan dengan pelakon wanita yang menjadi kekasih dalam filem itu. Terkejut pula SS apabila dengar cerita begitu ialah kalau namanya sudah artis, mengapa pula memberi syarat seperti itu. Tapi SS tabik dengan artis itu kerana tetap mempraktikkan ajaran agama dalam kerjaya seni.


Bersentuh tangah antara bukan mahram hukumnya haram. SS teringat pula kontroversi yang pernah dicetuskan artis wanita tidak lama dulu yang memberi syarat saya apabila berlakon satu filem.


Kecoh juga dibuatnya, tetapi artis itu berbuat demikian sesuai dengan penampilannya. Tapi dalam kes artis lelaki ini, SS hanya terkejut apabila mendengar sebab berbuat demikian. Rupa-rupanya, penyanyi itu dikenakan syarat oleh isterinya yang dikatakan cemburu dengan pelakon wanitanya. Bagi SS, isteri artis itu perlu profesional ketika bekerja. Kalau mahu mempertahankan prinsip agama, mungkin satu hal juga, tetapi ini kerana cemburu.


Kalau berlakon, sudah jadi lumrah pasangan kekasih dalam filem atau drama, pasti ada adegan romantis seperti berpegang tangan. SS sendiri faham lakonan seperti itu hanyalah mengikut kehendak plot agar penonton lebih menjiwai ketika menonton.


SS harap artis ini dan isterinya berfikir dengan serius kalau mahu terus membabitkan diri dalam seni. Jangan sampai nanti peminat bosan dengan sikap macam-macam artis kesayangan mereka. Secara peribadi, SS rasa penyanyi ini perlu pandai buat keputusan sendiri dengan lebih rasional agar jangan sampai peminat cop dia kena ‘queen control.’


NiCkNu@R mEmBeBeL :

teka teki teku..cepat2 teka, sapa kah artis tersebut???? kalau korg dpt teka, mmg korg terror...sy bg adiah...cepat2. hehehe...ala, senang je jwpn nya. rasanya sume org dpt agak,kan? bila reporter ni sebut je bab 'aura', mesti korg dpt tangkap nye...sy malas nak komen lelebih la..kang doce..hihi

Hutang Tag

syabbbbas betea...time2 aku blank xtau nk update ap dlm blog, tetiba nama aku naik kt blog ko soh jwp tag...cm tau2 je aku xde idea...hehehe..thanx zila! so, apa lg?? mari2 jawap tag beramai2...

1) Bila last kena marah?
Ahad lepas lau xsilap. sbb sy xtau nak masak apa aritu...so, apalg!!! mengamuk la asben!!! bertekak tue...sy ni slalunya lau gado, mesti senyap jek. tp aritu mood nk melawan sy kuat! so, sy melawan la. bila pk2 blk, lawak jek sy rasa. mana xnye..korg bayang kan..sy tgh iron baju tau, masuk dapo, gadoh2 ngn asben (sbb dia xnk mkn bekfes sy buat, dia nk buat sendrik, gediks), pastu cm biasala..sy kan ratu air mata..bila start air mata nk leleh, sy masuk bilik, sambung iron baju..tppppp xpuas ati pny pasal...sy cecepat iron baju, nk p sambung gado ngn asben blk!!! hahaha...boley x gituuu???

2) Kena marah dengan siapa? Letakkan nama penuh beliau.
Anuar anak Ayah Bakar (sbb dh jadik pak mentua,kan. ahakss!!)

3) Apa tindakan anda bila kena marah?
huishhh, spt yg diceritakan diatas, sy melawan yee!!! sbb bengang sgt kot...sorry abg,. i lap u!!hehe...

4) Apakah perkataan pertama yang keluar selepas anda dimarahi?
xingt la...tp lebih kurg la kot gini - "ayg tgu abg blk br nk bakar roti, slalunya abg blk jog, mandi2 dl.." sbb dia trus masuk dapur lps blk jogg...

5) Antara bentes kaki dengan pijak kaki, mana pilihan anda jika anda dapati anda tidak bersalah?
bentes tu apa?? ntah la..xnak la dua2, sakitttt tau. siannn my asben...hehehe

6) Rasanya, bila anda kena marah, anda akan lepaskan pada orang sekeliling kah? Atau siput tepi pasu? Atau pokok daun semalu?
sy jenis suka luah tau. dolu2 sy slalu share ngn kengkawan. tp sejak kawin ni, xtau nk share kt sape. asben sy lak jenis xsuka nk dgr2 luahan perasaan nih..hampess btol. lg la lau ktorg gado, gerenti muka sy monyok jek. muka xceria g opis. owh..nk tau?? sy ni jenis manusia yg xreti nk sorok air muka. dr riak wajah sy sj, anda boleh tau perasaan sy ketika itu!!! trust me!!

7) Apakah ucapan anda kepada orang yang suka marah2?
xbaik la nk marah2 org...kena la hormat org gk. lau xpuas hati, tegur bebaik. sy prefer tegur cr 'slow talk'. lg sy senang nk berubah. lau ko trus sound mcm bagus, sy akan tgk dl ko cmne...lau ko pn 2x5 cm aku, bo layannn!!

8) Senaraikan beberapa orang yang anda rasa boleh jawab tag ini.
owhh..nk tag sape ye...jap ye..urrmmm..lau depa ni ada baca blog sy, sudila kiranya jwp tag ni ye...
1. bulanlima
2. Kak Amizah
3. Kak psnow
4. Kak Applique Tee Shoppe
5. Saharol
6. Honey Apple

ok, selesai sudah jawap tag...kojap jek. ko jwp pendek2 je zila, aku....kemain panjang lg!semangat!!!hahaha...k,la..harap berpuas hati

Wednesday, July 15, 2009

Akhirnya

lamanya sy xupdate...ni sume gara2 internet! kt opis sy ni, internet prob. dr smlm lau xsilap. isnin ok lg...so, boring sesgt. sib baik keje jln mcm biasa. lau x mmg ktrog hu ha hu ha...hehehe...kami diberitahu, ada mslh teknikal kt line utama yg masuk ke mof. so, sume email, webpage n others xleh bukak....officer pn xleh nk send keje2 dorg ke boss. sume org tenss!!!

pepagi td sy kena ganti pa timb kejap gara2 pa gantian nya ke klinik utk checkup kandungan. so, sy gantila kejap. xde keje pon...bc mjlh je since pa sbnr kpd timbln tu ada bbrp mag yg menarik hati sy. sy suka baca2 mjlh ni tp nk membelinya...urrmmm, pk pat ploh kali dl nk beli ke x...mahal wooo, satu mag rm8hinggit, 9hinggit, 10hinggit!!! mak aiiiii, kopak la den lau nk beli tetiap bln...alangkah baiknya kalau duit tu disimpan....kann??

esok sy kena ganti pa boss plak. adoyaiiii, takutt nyeee....mulala kepala lutut nk gegel...huhuhu...harap2 sy bolehla buat keje dgn baik. jgn la kena marah lg...owhh, nak tau? hujung minggu ni kan, sy kena attend majlis tunang mmb baik asben sy di melaka. so, alang2 dh dpt p melaka tu, bolehla sy kenang kembali saat sy belajar di mrsm dl...rindunyaaaaa!!! (padahal dl masa blaja, rasa nk cecepat abis alam skolah). sy plan nk ajak asben round2 melaka la. yela,kan, bkn senang nk g. so alang2 dh sampai sana, boleh la jenjalan. sy dl pn bkn tau sgt pon jln kt melaka tu. balik2 jln g bandar je dok hapal (maklumla, dulu asik outing naik bas g bandar jekkk..hihihih). rindu nk tgk bandar melaka. mesti dh bnyk membangun...

so, zila...tunggguuuuuu!!! (macam la ko dok kt sana!!!ahaks)

Friday, July 10, 2009

Sinar Pagi

ni bkn nk cite psl pagi yg bersinar2 yee, kwn2. ni nk cite psl radio sinar fm. sj la nk share di hari jumaat yg mulia ni. fyi, sy n asben suka dgr radio sinar dlm kete. esp sinar pagi bersama K.E, S.Y & Krill...xtau nape tp sonot lau dgr celoteh dorg pepagi otw nk g keje. kekadang ktorg gelak gk dgr lawak sengal dorg..mgkin bg korg, kami ni berjiwa retro. never mind...xkisah pn...mmg ktorg layan pn dgr lagu2 kt radio ni. better kami layan lagu2 yg rock leleh (zaman2 rock kapak dulu), drpd layan lagu2 skrg yg kdg2 ala2 je suaranya. lau bdk2 skg tu, mmg la kena ngn jiwa dorg...tp bg sy, tidak sepenuhnya. kdg sy terpikir, pejadahla depa ni wt lagu cmni??? ada ke org nk dgr lagu cenggini...ishh,ishhh,ishhh...

skrg pn sy tgh layan sinar bersama abby. yg tu sorg lg penyampai yg sy minat. dh la suka gelak. suka wt lawak. lau ada sesapa yg rajin dgr sinar, ada iklan dia dok putar skg...ayat xleh blah "macam makcik-makcik je..." hihihi...sy suke dgr. cara dia ckp tu. sy plg suka lau dia digandingkan dgn fitri mhi tu. lau dorg yg dok celoteh pepagi kt mhi, mmg sy nk gelak...xbuat lawak pn mmg sy gelak (gilokah???!!)

dl sy layan hot fm b4 g keje. pasang pakai walkman tu, smbg kt speaker. murah je speaker tu,rm8 je. jadik la. leh dgr kuat skit. lau pakai earphone pn boleh dgr gk tp ala2 jela..volume mmg max la, lau letak kt tlinge gerenti pokak! sy suka dgr fafau ngn fbi. dh lama sy xlayan hot fm. dorg mmg bagus pn, lau sy xdgr, xjejas pn stesen dorg...hehehe..

asben sy lak, minat si S.Y...konon idola la! jalan dahhh!! bkn idola apa tau ,korg...idola kawin bnyk! cis cake x??? emmm...kena ikat ni asben sy nih..gatai nooo...heheh..dia suka je usik2 sy. sy xde la take serious ke apa tp naluri sy ni kdg2 jahat jgk...slalu je ckp, lau slalu ckp, akan jadi 1 doa. korg pn mst penah dgr jgk,kn??? nway, forget bout it

yibaaaa!!!datuk br je blk!!! br la sy boleh g meronda sana sini. korg tau x, sy xmkn lg tau. now 2.12pm n i still not eat yet. pity kan sy?? xpelah, hopefully datuk akan pandang pengorbanan sy ni n give me some creditss!!haahha...ada niat tuee...xde la, xkisah, janji dia tau sy pekerja yg patuh pd arahan...kan?

i wanna eat. jommm!!

Kena Malah!!!

haiyyyaaaa...pagi2 sulah kene malahhh...apa macam mau buattt??? nasib baik sy asyik sengih saja...hehehe...kalau tidak, sy akan nangis woooo...

tu la, memula je dh kena marah. ala, marah sikit je..mmg sy ngaku, salah sy..xprihatin dgn boss. huhu..xbiase mar..lau korg pn, mst korg xreti gk,kan..situasinya gini td. ada call from other div n i took d call. she ask me to transfer d call coz her boss need to talk wit datuk. i asked her, about wat?? but she dunno. my fault is...i transfer that call eventho i already knew dat datuk was on leave today!!! oh myyy!!! n u know wat i got!! datuk scolded me of course 4 dat stupid action. hehe...i forgot lahhh. bkn sengaja pn...tp sy xkisah. i still can sengih2 like kerang busuk...hahaha

so bored la dok bilik ni coz i hv to dok sorg2...org lain huha huha kt luar..maklumla, boss xder...hehehe..kasi can la, arini kan jumaat. jumaat yg berkat...aminnnnn!!

Panggilan Mencemaskan

fuhhh...bila tringat blk mlm td, cemas je rasa...lawak pn ada. btoll tau! (sila ikut nada iklan nescafe) mlm td sy dpt call dr seseorang...bikin gue cemas dong! siapa?? haaa..org tu adalah, Datuk, my big boss mar...omg! apa dia nk memalam nih? jgn suruh aku dtg opis sudah...=D

me : err...helo, assalamulaikum datuk!
her : helo, nik. aaaa...esok (xde mukaddimah yeee...,trus bg arahan!hihi) awak ganti sarimah lah. dia cuti esok. bla..bla..bla (i cant remember what she said, it too long explaination i think...urrmmm)
me : ooo...okey,okeyy..boleh!
her : esok, awak tolong kuar kan skali surat atas meja sy tu.
me : (what surat?? k.sarimah never told me nthing. belasaha jela!!) mel ye, datuk?
her : aa...mel. u tolg kuar kn esok.
me : okey..okeyy..(harus ok sajerkkk). esok datuk ada ke x?
her : (laughing) ada dan xde...takde, sy cuti sbnrnya. but i have to attend 1 meeting tomorrow with bac.
me : ooo...ok.
her : so..oklah. jgn lupa kuar kan surat.
me : ok, datuk.
her : k, bye...
me : byeee....

fuhhhhh...what a loooonggg conversation eventho its just take around 1 minutes. sy ni dh naik cuak xtentu pasal dapat panggilan dr datuk. helooooo, mlm2 ok. ok fine! bkn mlm2 buta,kan but its still mlm whattt??? sy ni xpenah la dpt call di malam2 hari slps berkahwin ni. lau dpt call pn, mestila asben dh awal2 menggagau2 henfon sy tuhhh...blom sempat sy tgk sapa caller, dia dh rembat dulu! ciscake btolll!! tp mlm td, dia pn menggelabah lebah, tgk caller....sy ni lg la!!! "alamak!! datuk call la, bang! cane ni???" "slow tb,slow tb!!"...seriessss, muka cuak gilerrr. yg dia plak..."angkat la fon tu"...hihihi...wt2 relek padahal dia pn nk tekentut!

lps2 tu br la lega...suruh replace je rupanya. btw, sy dh tau dh...pa dh gtau sy awal2 cuma pa dia lupa nk inform kt dia. so mlm td call la datuk, inform kata cuti arini. trus datuk call sy yeee!!! terkejut beruk sy! ekceli sy ni dh biasa kena ganti pa boss. yg pa tu plak suka nau suruh sy yg ganti. katanya, dia nk org yg dh biasa gnti pa boss, lau soh org lain pyh skit. e ehh, sy dl pn dr xtau pape jgk...then slow2 sy blaja. ni pon bnyk yg sy xtau n lupa...lau time kena ganti je mesti menggeletar lutut sbb dh lama xganti...hihihi(pecah rahsia!).

hopefully today, xde pape yg membawa mslh d kendian hari. kang esok lusa xpsl lak sy kena explain satu2.

c ya!