Kopi susu dari blog budiey.com
Budiey baru sahaja pulang dari Istana Budaya bagi menghadiri Maxis Gala Night: “Konsert Eksklusif Satu” Featuring Dato’ Siti Nurhaliza. Satu malam untuk Maxis dan pelanggannya. Berita yang baru diterima, Maxis telah menderma hasil kutipan Malam Gala Maxis mencecah RM120,000 kepada Yayasan Nurjiwa. Syabas!
Persembahan Siti memang superb! Vokalnya masih lagi power seperti dulunya. Selain Maxis sebagai penaja utama, Siti juga mendapat penajaan kain untuk busananya dari Jakel. Memang banyak juga baju Siti pakai. Adala dekat 8 pasang busana. Pergh… semuanya lawa-lawa. Siti ada pakai baju Kimono dan busana tradisional kontemporari.
Ibu Siti juga turut hadir pada malam tadi. Masa mencari dan menyebut nama ibunya, Siti sebak seketika dan Siti kelihatan menahan airmatanya dari terus jatuh ke pipi.
Kat luar lobi Istana Budaya dipamerkan 12 pasang busana yang pernah dipakai oleh Datuk Siti Nurhaliza sebelum ini. Budiey sempat ambil gambar untuk tatapan peminat yang tak dapat datang.
Siapa pun tak lupa dengan baju ni… Siti pakai masa persembahannya di Konsert Untukmu Sudir tahun 2002.
Siti pakai gaun ni masa menyertai pertandingan Voice of Asia kat Kazaskhtan dan pembikinan video klip Untuk Selamanya.
Budiey paling suka tengok Siti pakai baju ni. Hijau. Ingat lagi, pernah ambilk gambar Siti dengan Kak Ning di satu anugerah kat Puncak Genting. Diinspirasikan dari tema Puteri Gunung Ledang.
Ni lak, kalau korang masih ingat, Siti pernah pakai untuk Konsert Mega kat Bt Jalil tahun 2001. Siti main gendang dengan baju nih yang ada lampu kecil2 warna merah.tgk patung2 ni pakai, ada yg nmpk cantik...ada yg buruk gile...tp nasib baik tuan badan lawa, so baju yg tah pape pn still nmpk maveless...tp yg gaun kawin dia tu mmg lawo, sy pn suke gk..tringin nk pakai tp apakan daya...huhu...pape pn, baju2 sume mavelesss!











No comments:
Post a Comment