Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Wednesday, August 29, 2012

Mengenali Felda



KUALA LUMPUR: Peneroka Felda seluruh negara terus-menerus menerima durian runtuh apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengisytiharkan dividen interim 5.5 sen seunit dengan semua mereka akan dibayar RM400 seorang.

Beliau berkata, lebih daripada itu, Felda juga memperuntukkan RM360.7 juta bagi membiayai 800 unit saham milik peneroka dan mereka hanya perlu membayar RM50 sebulan sehingga pinjaman tanpa faedah itu selesai selama lima tahun. “Walaupun baru dua bulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) disenaraikan, mereka sudah dapat dua dividen iaitu daripada pegangan 800 unit saham dan dana amanah 20 peratus bernilai RM730 juta.

“Dividen saham peneroka berjumlah RM44 dan dana amanah pula RM356 menjadikan dividen interim RM400 yang akan mereka terima secepat mungkin.

“Manakala dengan keputusan membiayai unit saham itu pula, peneroka tidak perlu keluar wang sendiri atau membuat pinjaman bank,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Raya Kumpulan Felda di sini. Turut hadir pada majlis itu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

FGV disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu. Pengumuman itu sekali gus menolak tohmahan pembangkang yang mendakwa peneroka Felda akan rugi berikutan penyenaraian terbabit. Pembayaran dividen itu adalah tambahan buat 112,635 keluarga peneroka yang baru-baru ini menerima durian runtuh RM15,000.

Najib berkata, keputusan pembiayaan itu dibuat selepas Felda disenaraikan kerana kumpulan itu memperoleh dana besar hasil penyenaraian terbabit.

Mengenai prestasi FGV sepanjang tahun ini, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, prestasi syarikat itu dijangka memberi keuntungan mengikut sasaran ditetapkan.

“FGV berada pada landasan yang betul. Sudah tentu ia bergantung kepada harga minyak sawit, tetapi setakat mengikut sasaran,” katanya.

Terdahulu sewaktu berucap pada majlis itu, beliau berkata, generasi kedua Felda bakal memperoleh imbuhan durian runtuh RM5,000 pada Oktober ini.

“Dengan itu pemberian durian runtuh sehingga fasa tiga selesai, kita tepati janji,” katanya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan durian runtuh RM15,000 kepada 112,635 peneroka, isteri dan anak masing-masing membabitkan peruntukan RM1.689 bilion.


Sumber : my Metro

******************************************************************************

raya kalini saya berpeluang mengenali kawasan penempatan felda. sebelum ni xpenah jejak kot kawasan felda (seingat sayalah..) bukan berlagak tp kenyataan. kawan2 saya yg asal dari felda tu ramai tp xpenah pulak saya sampai ke umah dorg. dorg pun xpenah ajak, hehehe...

tp raya baru ni asben dapat jemputan dari kawan sekolah teknik dia, nak buat reunion katanya. dia buat di rumah dia, felda gunung bongsu. jadinya asben pun angkutlah anak bini dia skali, nak kenalkan kat kawan2 =) saya pun teruja jgk sebab pes time nak kenal felda..

pertama kali jejak ke felda, tanggapan pertama saya....

wahhh...kaya2nya orang felda ni. rumah sebijik sorg, besar2 pulak tu. laman rumah luas boleh buat court badminton lagi. pastu deco2 depan umah, fulamak! terbaikk lahh!! siap ada nombor umah, nama pemilik umah lagi..ko hado??? hahahaha....felda yg saya pegi ni, ala2 macam masuk kawasan taman perumahan jgk la, dia ada blok-blok, blok 1, blok 2, blok 3 sampai blok bape saya xtau..pastu diikuti nombor umah di depan umah, dideco mengikut kreativiti pemilik umah, ada guna tayar, ada hias cantik2 mcm pagar batu tu, ada siap pintu gerbang, pergghhh, mmg mengkagumkan lahh!! bezanya cuma suasananya mmg suasana kampung tp umah terancang dan tersusun elok je..sama mcm kawasan taman perumahan.

untung orang felda ni, kerajaan banyak bantu. skrg DSN mmg jaga kebajikan warga felda, bertambah2lah beruntung. xberenti2 dapat saguhati dari kerajaan. tp yg saya sedikit pelik, ada lagi golongan yg xbersyukur. dok bising sana sini, entah apa yg dia cuba nak tegakkan pun xtau la..tp duit yg kerajaan bagi, dia amik! hahaha...mmg dasarrr...

cubalah bersyukurlah dengan apa yg ada...bagi kami2 yg bukan datang dari felda ni, hanya mampu memandang dari jauh. sekurang2nya saguhati yg diberi bolehlah ringankan beban keluarga, paling tidak pun untuk pelaburan masa depan.


PINTU GERBANG MENYAMBUT KETIBAAN PARA TETAMU YANG DATANG

Minggu santai

masuk harini, dah 3 hari saya bersantai2 kat ofis. xbuat keje apa pun melainkan yang diarahkan boss :) asik2 belek fb, henpon, blog, layan lagu raya, blog walking etc...haha, syorga! bukan apa, saya tgk org lain pon lebey kurang jek, mood raya blom habis lagi, apa boleh buat...

tp kan, bos saya semalam mmg amat2 lah menjengkelkan saya. kebetulan harini dia cuti (lega!) so sebabtu agaknya dia asik kejan saya buat itu ini. naik tensi saya dibuatnya. dahla kena sound sedas, ciss!! kata dia 

" nik, dah emel dah yg saya suruh emel tu?" - blum, jawap saya
" dah cakap dah kat semua" - blum, jawap saya
" dah booking bilik mesyuarat dah?" - blum, jawap saya

"haa..abis, bila nak buat tu? taun depan??" - grrrrrr!!

saya mmg bermalas-malasanla 2,3 harini..dahla mmg malas nak kesana kemari dgn perut besar mcm ni, dia pulak suruh buat itu ini, mcm xfaham2 pulak keadaan saya. sampaikan ada kawan tegur, senangla nik bersalin nanti, asik ke hulu ke hilir je..emm, tau xpe!mintak2 masinla mulut dia..amin.

sekarang ni saya kerap ditanya bila due bersalin. kenapa agaknya ekk?? agaknya sebab perut saya ketara nampak besar kot??ntahla..tp mmg terasa kemengahannya. dan mmg diakui, saya banyak berjalan masa peknen kalini kalau nak banding dgn peknen dulu. selain peknen dulu banyak duduk je kt opis, parking pon dekat dgn opis. mcm skrg, parking pon menapak jauh, apatah lagi opis besar, tempat duduk belakang, nak ke kafe masyaAllah jauh ya hamat, pendek kata mmg banyak eksesais la. moga2 dipermudahkanla saya bersalin nanti..amin, amin ya robb..

kalau blog walking, sana sini orang dok ralit bercerita pasal kisah raya masing2. yela, mood raya masih bersisa tebal, baik diterjemahkan ke dalam blog awal2, kang kalau dah ujung2 xde nya nak semangat cerita pasal raya..kisah raya saya?? biasa2 je tp nantilah saya ceritakan kalau ada kelapangan. alah, bukan ada peminat setia pun dok tunggu entry saya hari2..so santai2 jela, take time..

saya tgh dok tanya2 cik gugel ni, resepi apa yg paling ringkas utk disediakan sempena syawal ni. mana tau kut2 ada kenalan nak dtg kenal umah. bolehla saya buat yg ringkas2. nak masak yg berat2 mmg xlarat dek non! disamping xhebat di dapur (pengakuan ikhlas), saya mmg xlarat nak masak bnyk2. kalau org dtg barang, 3,4 orang tu boleh la gagah lagi. tp kalau sampai 7,8 orang tu, aduhaiiii..seram sejuk dibuatnya. nak import pembantu, masing2 nun jauh di kampung halaman. kesian pulak nak suruh dtg semata2 nak suruh tolong masak. lainla kalau buat open house, haaa..yg tu mmg kena import khas dari kampungla..kalau buat house warming ke, jamuan kecil2an ke, bolehla, tp kalau takat kawan nk dtg sorg dua ni, xpayah kot. masak jela apa ada...ehh..terbebel plak :)

jumaat ni cuti sempena merdeka, horray! blehla rehat2 kat umah. kemas apa2 yg patut. mana tau, ada yg nak bertandang nantikan..=) so sempena cuti merdeka nanti, saya nak ucapkan



sapa bijak, sila teka apakah tema sambutan kemerdekaan tahun ni??

Aqel n Friends


Makan-makan @ Lake Club


Majlis Berbuka Puasa @ D'Saji


Tuesday, August 28, 2012

Salam Aidilfitri



Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir dan Batin pada semua yang mengenali. Mohon halal segalanya, andai ada silap dan salah, harap dimaafkan ;)


Wednesday, August 15, 2012

Senyum Kambing


TUAN PUNYA FB DIRAHSIAKAN 
Menu berbuka : mee goreng pekak dgn air jagung je...
 ·  · 14 jam yang lalu berhampiran Kampong Simpang Tiga · 

Thursday, August 9, 2012

Bonus

alhamdulillah!

dapat jugak bonus tahun ni. sikit pun xpela, kurang2 dapat ringankan beban...walaupun hanya rm500. duit bonus tu dah selamat saya gunakan tadi untuk bayar bil2 tertunggak. selebihnya bolehla buat topup beli barang kelengkapan raya.

bestnya dapat bonus ribu riban kan..rezeki tuh. tp kan saya agak sedih bila ada orang yang xhargai pon duit bonus yg dorg dapat tu. sikitla, nak amik ati la, takat setengah bulan baik xpayah bagila, kesian sangat dengan mentaliti orang macam ni. hidup xpernah bersyukur. kalau bersyukur pun, ucap dimulut je, di hati tu, segala macam sumpah seranah dia bagi..sangat xfaham!

tapi xpe, lupakan orang2 jenis macam ni..xpenting pon..

bila saya dengar adik saya mengeluh company dia x bagi bonus, saya bersyukur dengan apa yg saya dapat. walaupun keje saya lagi rendah dari dia tp saya berpeluang utk dapat bonus. ada jugak walaupun sikit. masalahnya kita ni selalu membandingkan diri kita dengan orang yg lebih dari kita, lepas tu xpuas hati bagai..kutuk sana sini. sedih! 

so lepas ni kena sentiasa cuba bersyukur dengan apa yang kita ada. nasihat pada diri saya sendiri juga =)

Wednesday, August 8, 2012

Persiapan

Meriah x u'ols??saya xbiasa join2 benda mcm ni..merasala jgk..cuma keadaan saya yg xmengizinkan saya aktif sana sini..buat keje sikit dah semput.nasiblahkan..asik duduk je.silap org bleh kata saya ni pemalas!

Esok majlis penyampaian sumbangan hari raya utk warga kdn akan berlangsung.awal2 lagi kami dah kena warning dgn bos saya suruh dtg awal pagi sok..

Ok.will update later.nk sambung keje.



Sahur

kalau berpuasa, seelok2nya kita bersahur. selain dapat menahan lapar dan dahaga, dapat la topup pahala. sapa xnak kan? tp tula, cabaran bersahur ni bukan sedikit, nak lawan rasa mengantuk utk bangun bersahur tu pun mcm nak pegi perang, punyala liat tambah2 kalau tgh ujan...

masa awal2 puasa dulu, saya cukup semangat bangun sahur. semangat nak bangun sahur, nak bangun masak, nak makan sama2 ngn asben..mmg semangatlah! tp semangat tu semakin lama, semakin hilang..daripada semangat nak sahur makan nasik, sekarang dah xde. rasa nak makan benda selain nasik pulak contoh mcm kuih raya ke, mcD ke, pizza ke..wahahaha, over sangat. tp mmg betul, saya dah xrasa mcm nak makan nasik sedangkan saya patutnya kenala amik nasik utk tenaga. kata 2 orang kan? tp nak muntah jgk kalau hari2 makan nasik kan? eh, korang sahur makan apa ekk? mmg makan nasik ke atau seteguk air je. xpela seteguk air pun, dapat jgk pahala tu :)

nak telan kurma pun dah xlalu dah..kurma aje pon dah cukup utk tenaga kan tp nak buat mcm mana, nak telan pun rasa kelat2 je lidah ni..last2 terpaksa jgk telan nasik. huhu...

dan biasanya korang akan tdo balik ke x lepas sahur? saya kan, niat jela xnak tido balik tp selalunya mmg akan tdo balik esp time cuti. huhu...xtaula kenapa mata ni mengantuk sangat lepas sahur. agaknya makan banyak sangat kott. tp yg seksanya time saya nak tido balik tu pulak, time anak saya baru bangun, xpun time tgh sahur tu dia bangun. haaa...mmg xdapatla kan nak tdo nyenyak. tdo2 ayam je..selalunya dia kejut "mama, angun..mama..ohh, mama...angun.." sambil tepuk2 belakang saya. saya buat dekkk je, ngantok kot! ko main la sendiri, janji jgn buat benda bukan2 sudah..kesian jgk kadang2..saya xlayan dia. selagi dia xmenangis melalak, xde nya saya nak bangun layan dia. cuma xdpt tido nyenyak, risau jgk bagi dia main sorang2...

lagi bapa hari je ni nak bersahur...kena fikir makanan yg xmeloyakan tekak utk bersahur nanti. pening!

Shopping raya

salam sahabat semua,

kalau dihitung2, lagi 10hari kita nak sambut raya. sekejap je masa berlalu. raya, raya jugak tp apa amalan yg kita dah buat sepanjang ramadhan ni? bila fikir2 balik, rasa rugi kalau kita xsempat nak rebut peluang buat ibadah dalam bulan mulia ni, ibadah solat, ibadah sedekah, ibadah mengaji, semua ibadah yg berlipat kali ganda dari bulan2 lain..

tp biasala kan, kalau dah namanya nak raya tu, mesti sibuk jugak nak buat persiapan raya. kalau xstart membeli, mmg xkan terasa bahang raya tu tp bila dah stat membeli, emm, mmg habis sume benda rasa nak beli baru, hahahaha. melampau pulak mak buyung nih kan..

last week ktorang ke nilai 3. bkn selalu berkunjung ke tempat2 mcm ni, hanya2 waktu2 tertentu je ktorang akan pegi. cadangnya biasalah, nak cari baju raya anak beranak yg entah bila nak jumpa..bukan apa, banyak sangat tapisannya, hehehe, nak yg kain mcm ni, corak mcm ni, harga pulak sekian2..haaa..mmg jenuhla nak mencarik kan..tp xpe, demi memuaskan hati, kita usahakan jugak utk cari warna biru yg diimpikan..harap2 pencarian akan berakhir pada minggu ni sbb minggu lagi satu nun dah nak balik raya. pe barang nak cari baju raya lagik, bikin sesak je..

tp yg paling magiknya, saya dah pun selamat beli baju raya saya, alhamdulillah..tu pun jenuh mencari, nak kata berkenan sangat2 ngn baju yg dibeli ni, xde la sangat, biasa je tp bolehla dari xde langsung kan...so sekarang tinggal nak cari baju melayu anak beranak tu je..xtaula nak cari mana, rasanya ktorang xkan sampai ke masjid india yg sesak tu. sanggup lagi pegi ke nilai 3 daripada bersesak2 kat masjid india. kalau tahun ni beraya di kulim dulu, bolehla jgk kami pusing parit buntar cari baju raya, kat sana harga masih berpatutan lagi. tp masalahnya tahun ni turn beraya di kelantan so mmg xdapatla nak cari2 baju raya di kelantan. faham2lah kelantan ni mcm mana time2 raya ni, perjalanan 30minit boleh jadi sampai 2jam hanya disebabkan jam..huhu. so better cari siap2 kat sini..

oh, kebetulan bos saya terlibat dengan hiasan dewan sempena penyampaian duit raya kepada warga kdn esok. so dah kata bos kita kan, mestilah kita selaku anak buah pon xmemasal kena terlibat sama, haha. saya xreti sangat bab2 deko2 ni, saya serahkan pada yg pakar je. tolong gitu2 je. tp kan, lepas tgk lampu2 hiasan raya tu, ketupat bergantungan, raya teringin plak nak deko umah sendiri nanti, mampukah?? hahaha..mesti kena bahan ngn asben saya, xpayah nak beraya sangatla..sapa je nak datang umah nanti..hias bagai nak rak tp xramai tetamu, hihihi, biasa mesti asben saya cakap cmtu. tp saya bg alasan, kawan2 abang kan ramai nak datang, kawan2 kita mmg la xramai mana in fact xde kot kalau xdi jemput..hihihi...tp mungkin saya akan beli jgk (entah2 dah ada pun) lampu liplap2 nak kasi meriah, hahaha, kalau ada bajet lebih..

minggu ni nak shopping lagi, siapla kau wahai duit bonus..;)

Friday, August 3, 2012

Saya nak ini..




cantiknya kalau umah ada karpet..

Salam Ramadhan

*nasib baik tengahari ni boleh bukak blogspot, kalau x kompem sangap dok opis..

haii, lama saya xjenguk blog ni. harap2 semua ok la ye..puasa ok ke? ke ada yg dah ko? hahaha..kalau dah ko tu, sama gengla ngn saya tp saya baru tinggal 1 hari je..semuanya gara2 hampir nak pitam *rujuk entry sebelumnya

amacam persiapan nak raya? sudah mula bershoppingkah anda2 semua??? kata dapat bonus..yg gaji lebat tu, bonus komfem lebat jgk kannn..saya ni bonus seadanya aje tp tetap bersyukur..alhamdulillah, ringan sikit beban nak dekat2 raya ni. tq pada PM :)

saya dah plan nak laburkan duit bonus ke mana..ofkos la sesuatu utk kelengkapan raya tahun ni, insyaAllah..selebihnya utk topup mana2 yg patutla, huhu..baju raya pon blom cari lagi ni. kami laki bini dok pening nak cari baju raya kat mana esp saya la kan..bunyi senang, nak cari jubah tp ingat senang ke nak jumpa jubah yg bersesuaian dgn keadaan saya sekarang. almaklumlah, dah nak masuk 7 bulan sudah kandungan saya ni, alhamdulillah. sedar xsedar kan..so bukan sembarangan jubah boleh masuk dgn badan saya ni. masuk kot atas, ok, kot bawah pon ok skali sangkut tang perut pulak dahhh..terpaksa cancel mana2 baju yg dah berkenan di hati tu..

tahun ni warna tema baju raya kami sekeluarga insyaAllah, biru/turqoise atau sewaktu dengannya lah. setelah puas memikirkan pelbagai cadangan warna yg dikemukakan, akhirnya kami sepakat memilih warna biru. apa2 la yg berunsurkan biru, biru laut ke, biru gelap ke, biru hijau aka turqoise ke, janji biruu..yg dua beranak lagi tu xde masalah, shopping last minit pon xpe. tp mak buyung ni xboleh last minit, last minit..nanti xde baju raya ahkak tau..so bila agak2 cadangnya nak stat shopping ye??mungkin lepas dpt bonus kot..wahh, menempah jem tu namanya. tp kalau nk shopping sekarang, mana nak cekau duitnya??

puasa tahun ni mcm tahun sebelum2nya, kami sekeluarga lebih selesa (wahh, selesa ke??) membeli di param. bukan apa, kalau nak masak tu, mmg xdapatla. setakat balik masak nasik tu, sempatla. saya n asben balik mcm biasa, xtukar waktu bekerja. so dgn tmpt keje saya yg mmg sinonim dgn jem tambah2 lagi time puasa ni, dgn asben pulak tmpt keje jauh, lebih senang ktorang membeli juadah sahaja. saya hanya masak nasi. lauk tu pulak ktorang akan buat makan sahur sekali so xde pembaziran berlaku. standard 3 jenis lauk yg akan kami pilih so cukuplah utk bersahur nanti, alah, setakat makan berdua apalah sangat. xsalah kalau nak memasak, yg rajin tu masak la, yg malas/xsempat mcm saya tu prefer beli je kt param. cuma kena pandai2 pilih. kadang2 ada yg xsedap. nasibla kan..nak buat mcm mana...so kalau dah tau gerai yg masak sedap, better korg stick je ngn gerai tu. xpayah pening kepala nak pusing tmpt lain, ok?

panjang pulak celoteh kalini. hehe..so utk yg berpuasa, selamat berpuasa dan berbuka bersama keluarga tercinta. utk yg xpose, sila bersiap sedia untuk ganti puasa ye! hehehe..