salam sahabat semua,
kalau dihitung2, lagi 10hari kita nak sambut raya. sekejap je masa berlalu. raya, raya jugak tp apa amalan yg kita dah buat sepanjang ramadhan ni? bila fikir2 balik, rasa rugi kalau kita xsempat nak rebut peluang buat ibadah dalam bulan mulia ni, ibadah solat, ibadah sedekah, ibadah mengaji, semua ibadah yg berlipat kali ganda dari bulan2 lain..
tp biasala kan, kalau dah namanya nak raya tu, mesti sibuk jugak nak buat persiapan raya. kalau xstart membeli, mmg xkan terasa bahang raya tu tp bila dah stat membeli, emm, mmg habis sume benda rasa nak beli baru, hahahaha. melampau pulak mak buyung nih kan..
last week ktorang ke nilai 3. bkn selalu berkunjung ke tempat2 mcm ni, hanya2 waktu2 tertentu je ktorang akan pegi. cadangnya biasalah, nak cari baju raya anak beranak yg entah bila nak jumpa..bukan apa, banyak sangat tapisannya, hehehe, nak yg kain mcm ni, corak mcm ni, harga pulak sekian2..haaa..mmg jenuhla nak mencarik kan..tp xpe, demi memuaskan hati, kita usahakan jugak utk cari warna biru yg diimpikan..harap2 pencarian akan berakhir pada minggu ni sbb minggu lagi satu nun dah nak balik raya. pe barang nak cari baju raya lagik, bikin sesak je..
tp yg paling magiknya, saya dah pun selamat beli baju raya saya, alhamdulillah..tu pun jenuh mencari, nak kata berkenan sangat2 ngn baju yg dibeli ni, xde la sangat, biasa je tp bolehla dari xde langsung kan...so sekarang tinggal nak cari baju melayu anak beranak tu je..xtaula nak cari mana, rasanya ktorang xkan sampai ke masjid india yg sesak tu. sanggup lagi pegi ke nilai 3 daripada bersesak2 kat masjid india. kalau tahun ni beraya di kulim dulu, bolehla jgk kami pusing parit buntar cari baju raya, kat sana harga masih berpatutan lagi. tp masalahnya tahun ni turn beraya di kelantan so mmg xdapatla nak cari2 baju raya di kelantan. faham2lah kelantan ni mcm mana time2 raya ni, perjalanan 30minit boleh jadi sampai 2jam hanya disebabkan jam..huhu. so better cari siap2 kat sini..
oh, kebetulan bos saya terlibat dengan hiasan dewan sempena penyampaian duit raya kepada warga kdn esok. so dah kata bos kita kan, mestilah kita selaku anak buah pon xmemasal kena terlibat sama, haha. saya xreti sangat bab2 deko2 ni, saya serahkan pada yg pakar je. tolong gitu2 je. tp kan, lepas tgk lampu2 hiasan raya tu, ketupat bergantungan, raya teringin plak nak deko umah sendiri nanti, mampukah?? hahaha..mesti kena bahan ngn asben saya, xpayah nak beraya sangatla..sapa je nak datang umah nanti..hias bagai nak rak tp xramai tetamu, hihihi, biasa mesti asben saya cakap cmtu. tp saya bg alasan, kawan2 abang kan ramai nak datang, kawan2 kita mmg la xramai mana in fact xde kot kalau xdi jemput..hihihi...tp mungkin saya akan beli jgk (entah2 dah ada pun) lampu liplap2 nak kasi meriah, hahaha, kalau ada bajet lebih..
minggu ni nak shopping lagi, siapla kau wahai duit bonus..;)
No comments:
Post a Comment