Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Thursday, March 29, 2012

Alahai Pengasuh

petang semalam masa amik anak, dapat satu berita dari pengasuh yang bikin hati saya panas menggelegak sampai ke umah..masa mula2 pengasuh nak buka mulut, saya agak dia nak bagitau nak cuti lagi (dalam hati je la..) sekali benda lain rupanya yg keluar..sungguh xdisangka..

pengasuh bagitau, lepas ni kalau amik anak lambat dari biasa, dia akan cas 1/2jam = RM5! kalau anta awal pun sama jugak! erkk..saya rasa mcm saya tgh buat urusniaga apa je masa tu...remuk hati tu xpayah cakap la, sampai bertukar jadi api kemarahan yg lambat padam..sisa2nya masih terasa sampai sekarang. lepas tu dia cakap, orang lain lagi la..cas lagi mahal, 1/2jam=RM10, tp kononnya dia xsampai hati nak amik semahal tu so dia just amik half je..but still saya rasa sangat, sangat, sangat xmasuk dek akal!

first, saya dah lama kot ngn dia, sejak aqel kecik, sejak dia mula2 duduk umah tu, asben saya la yg susah payah pegi kt dia tanya boleh x tolong jaga anak, padahal masa tu saya lom bersalin pun lagi..then dia sendiri kata, family dia ngn anak saya mmg rapat. melalui pemerhatian saya sendiri, anak2 dia mcm sayang lebih sikit (esp kakak yg sulung) dgn anak saya. kalau iye pun nak naikkan harga ke, cas itu ini ke, bagi masa sikit xboleh ke?? tengah thn ke, thn depan ke..ini x, xde tanya apa pun, trus bagitau mcm tu..mentang2 la bln depan gaji gomen dah naik, dia pon nak amik kesempatan jugak..

sudahla dia dh remind awal2, katanya sekarang dia amik baby rm300, and mcm biasa la, dia akan up diri dia sendiri, katanya rate dia dh kira murah kalau nak banding dgn orang lain..xpayah or xperlu kot nak susah2 cakap, nampak nau xikhlas. for surela kalau kami2 yg hantar ni rasa rate dia mahal, kami akan pegi survey tmpt lain n bandingkan sendiri. xperlu nak jaja diri sangat, cheap sale!!

kami yang hantar anak ni pon xbodoh okey, kami tau apa yg kami nak untuk anak kami. ada la kriteria dia - dekat ngn umah ke, bulanan murah ke, umah bersih ke, xjaga ramai ke..so kalau ko cakap, rate ko murah pun, tp service biasa2 je, baik xpayah...

tp satu yg saya pasti, ni sume hasil tinjauan dia jugak dgn pengasuh2 lain. sbb masa dia cakap kt saya tu, dia asik refer pada pengasuh lain, so mmg sah la kan..boleh x nak fikir lg -ve? kata la ada orang dengki ngn saya, then dia cucuk pengasuh saya suruh upkan harga, =) boleh jadi jugakkan? dia dengki sebab dia anta tmpt lain mahal, xdpt anta kt pengasuh saya yg amik murah ni, pastu dia cucuk la pengasuh saya suruh naikkan harga. yg merana nya kami2 ni la..=(

dek kerana meroyan malam tadi, saya pon post la statement yg ala2 menjurus kepada insiden petang semalam tu, skali dapat feedback baeekkk punya dari pengasuh. cekidaud -

post saya : "money is everything or everything is money??
komen dia : no money, don't talk2...hihihi! (motif gelak dihujung??)

saya kata, ya rabbi..berlagaknya ko! ooo..dah banyak duit la sekarang eyhh?? ngasuh anak orang masyukk tau x, lagi2 yg tamak haloba nak jaga ramai2..1 kepala dh berapa, kalau ada beberapa kepala, darab la sendiri..tu pun ditambah dengan makanan sampingan dari ibubapa budak2, kononnya xnak la menyusahkan si pengasuh ni...xhabis pun beras pengasuh kalau takat mulut budak2 kecik tu makan sebenarnya..tp mmg kalau boleh xnak susahkan pengasuh. anak saya mmg semangat tp makannya ala kadar..xde la smpi habis sepinggan nasi pun..agak2 la..kalau tiap kali balik kg, mesti ada ingatan utk dia, sampai dh xada duit nk beli ole2 utk kwn2 opis, punyala nak dahulukan si pengasuh. kalau asben outstation, pun ada bahagian utk dia..masih nak berkira lagi?? kalau cuti raya full seminggu, cuti anak nak masuk sekolah, cuti la nak berjalan2 ke hape benda, full payment okeyyy!! lagi mau berkira???

saya berkira2 nak hantar anak ke taska. dah lama saya pendam hasrat ni sebenarnya. cuma saya takut anak pulak xserasi..tp rasanya kalau awal2 tu, biasala kot..cuma kita yg makbapak je over perasaan lebih2..=) nanti kalau ada baby pun, nak hantar je ke taska. mcm serik je nak hantar ke pengasuh walaupun pengasuh saya ni sebenarnya ok je..mungkin kalau org lain lagi berkira kan? tp saya kesal, sbb saya dah lama ngn dia, xkan dia xboleh lebih kurang dgn saya...

kadang2 saya fikir saya ni je yg over emo lebih2..entah2 orang lain lagi beban dari saya, kena bayar mahal..kena cas itu ini lagi, tp tetap redha. mesti ada orang cakap, ala, anak baru sorg pun nak berkira..untuk anak sendiri pun nak berkira. tp saya rasa bkn pasal berkira sebenarnya yg saya nak luahkan..mungkin ada yg faham, mungkin ada yg tidak..terpulanglah.


Tuesday, March 27, 2012

Hasrat bertukar pasangan musnah

KAHERAH: Sepasang suami isteri yang mewujudkan laman Facebook bertukar isteri menghadapi hukuman penjara selepas polis menghantar anggota lelaki dan wanitanya untuk menyamar sebagai pasangan yang berminat untuk menyertai kumpulan itu.

Polis menerima maklumat bahawa beberapa pasangan yang menjadi ahli laman Facebook itu menganjurkan majlis seks dengan bertukar pasangan untuk mereka yang sudah berkahwin. Pegawai polis yang menyamar bertemu pasangan itu di Giza tetapi selepas mereka bersetuju untuk berjumpa di sebuah tempat kemudian, polis melakukan serbuan dan menahan pasangan berkenaan. Si suami, akauntan dan isterinya, pengetua pusat asuhan kanak-kanak mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun. Mereka sudah berkahwin selama lima tahun.

Menurut pihak berkuasa Mesir, lelaki itu mendakwa dia mendapat idea berkenaan selepas melihat laman sama yang diwujudkan oleh seorang lelaki warga Qatar enam bulan lalu.

Dia menyarankan idea itu kepada isterinya yang kemudian bersetuju dengan cadangan itu. - DM 
 
sumber : mymetro

p/s : xde keje!

Monday, March 26, 2012

Minggu makan-makan

bermula dengan harini, perut akan penuh dengan makanan sentiasa.alhamdulillah, murah rezeki..(walaupun sbnrnya kena kua duit jgk). jamuan birthday, jamuan perpisahan, jamuan org belanja dan jamuan pertemuan, eh pertemuan pun nak kena ada jamuan gk ke? harusss, kalau pertemuan tu dengan BIG bos baru ;)

kalau ada yg sedang berdiet tu, musnahlah la harapan nak berdiet..makanan sume sedap2 dan menyelerakan. semua dok ulang makan 3,4 kali sorang..pun xhabis2 jgk makanan..punyala banyak. meeting bersama BIG bos buat kali terakhir sangat2 santai. muka masing2 ceria sebab xkena tembak, huahuahua..BIG bos pulak buat ucapan yg agak menyentuh perasaan, anak2 buah dah banjir..esp pegawai la kan..saya rasa dorg yg paling close dgn BIG bos sbb kerap jmp utk berbincang..

harap2 BIG bos baru membawa dasar toleransi dalam kepimpinan beliau. garang kurang digemari, tegas lebih dihormati ;)

Wednesday, March 21, 2012

Hubby's Birthday

today is the day. wishing him a bless and warmth birthday. and thanks for being such a wonderful hubby and abah for us!

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


happy birthday, abah Aqel! mama ngn Aqel cayang kamu

Monday, March 19, 2012

Mood, mood, mood

terbang melayang mood saya, masih lagi tertinggal di kampung. walau balik awal ke sini (sabtu) tp tetap xde mood. ntah bila nak jumpa balik mood saya tuh pon, xtau la..

alhamdulillah, aqel xmeragam bila dihantar ke umah pengasuh. xmacam sebelum2 ni, kalau 1st day lepas dah cuti lama, siapla meragam xmao p umah pengasuh. yg jadi mangsanya saya la..xpepasal datang opis lambat. tp harini syukran ya Allah, dia siap berlari lagi pegi umah pengasuh..good boy. makin cerdik sekarang ni ;) berkat kata2 pujukan saya n asben jugak sejak semalam..xhabis2 asben saya sebut pasal umah ibu (pengasuh), abang, kakak, ayah (suami pengasuh), dani, sarah n aqif. bila kita selalu sebut tu, dengan sendirinya dia mcm teringat kat dorg semua..

tadi bukak nuffnang tengok traffic, mak aii, terkezutttz tengok traffic on 13/3 lepas..banyak sungguh. luar biasa! aii, xkan seme2 nak baca pasal anniversary saya yg x seberapa tu kott?? =) nway, time kaseh banyak2 juta2 lemon kat yg sudi baca entry saya yg xseberapa tuh. saya xamik gmbr la pulak hadiah yg saya bagi kat asben tu. ala, xseberapa je korang..lau korang mesti lagi gempak. janji asben suka, udah la..oh, asben ada bawak kami sefamily makan2. tekak saya ni xberani nak try restoran yg hidangkan makanan yg pelik2, daripada membazir xmakan, baik la cari restoran yg dah biasa makan. so kami ke restoran resepi rahsia sahaja..mudah dan berpatutan..dengan sepotong kek, bagi saya dah memadai sesangat..

so, tq so much again pada yg sudi wish. kalau boleh, doakan lah kebahagiaan kami selalu..=)

Tuesday, March 13, 2012

Aqel 1 tahun 11 bulan

bln depan aqel dh cukup 2 tahun..cepatnya masa berlalu..dh besar anak bujang saya, makin mcm2 ragam. mama doakan anak mama membesar jadi anak yg soleh, berguna untuk agama dan negara.

eh, xboleh ucap panjang2 nnt xtau nak ucap apa bln depan..hihihi

mama cyg aqel!

3 Tahun

13 mac 2009 - 13 mac 2012

kejapnya masa berlalu. sedar2 dah 3 tahun rupanya saya berumahtangga. terbayang2 lagi penat lelah masa majlis perkahwinan berlangsung, manisnya rasa =p

tahun ni saya teringin nak hadiahkan asben sesuatu, yela kami ni bukan jenis sambut menyambut pun, cukup dengan ucapan ringkas. hadiah xmampu kot nak bagi tiap2 tahun =) tahun2 sudah, saya xbagi apa pun, cuma hadiah kelahiran anak je..so tahun ni saya nak bagi tanda ingatan sikit utk asben. hadiah kecil2an je dan murah..and alhamdulillah nampaknya asben suka dengan hadiah pilihan saya tu. 

asben pun ada bagi buah tangan dari outstation lepas. nak tergelaknya, sama la pulak hadiahnya. same sense?? xkisahla ada ke x, dia ingat pun dah cukup bagus. mana xnya, dalam pada dia dok bizi kuar outstation sana sini, ingat jugak dia kt saya ;)

saya xkuasa nak tunggu tepat jam 12malam. bagi awal pun sama je kan? apalah sangat nak tunggu 12am tu..so saya sorokkan dalam almari baju asben. agak lama jgk dia dok lam bilik ~ maksudnya dia dok membelek la tu hadiah yg saya kasik ;) elemen surprise xditekankan pada hadiah ni tp pada kejadian lain..nanti saya ceritakan ye!

so pagi tadi masa dia nak anta saya g keje, saya ajak dia makan skali kt cafe. memula dia xnak sbb pakai suar pendek tp tah masa bila saya xpasan dia p tukar suarnya, tgk2 dh siap pakai suar panjang..bkn apa, alang2 dh anta saya dtg keje, mkn jela skali kt kafe bwh ni..bkn slalu pun. penah gk asben saya dtg mkn bwh tp masa tu blom ada anak. lepas mkn hantar asben n aqel kt kete blk, punya la meraung si kecik tu bila kete start bergerak. sblm tu bkn main lg dia membabai2 saya, masa tu kete xgerak lg la..sian anak saya...

pada kwn2 yg tau tu, tau la..n tq so much for ur warm wishes..doakan kebahagian kami berkekalan berpanjangan...amin

Hebat sangat kot

tiap kali lepas call BPP, mesti sakit hati. kenapalah kena berurusan dengan BPP. kan senang kalau berurusan dengan BPP mcm berurusan dengan bank, tp malangnya tidak =(

kalau kisah call xberangkat tu, mmg dah biasa sangat dah..dah jadi trademark dorg pun. tp kalau kisah call berangkat tp lepas dia dengar saya cakap hello je, trus letak, apa kes??? phone kau yg rosak ke, ke ko yg biadap sangat?? biadap gila kan, org cakap hello trus letak..mcm KAU bagus sangat!

nak tanya status je pon, xpayah la kurang ajar sangat. kalau rerasa dah malas nak angkat phone tu, mintak tukar jela...xpun apply exit policy, senang cite, untung duit kerajaan xpayah bayar dekat pekerja kurang hajar mcm kau.

saya dah penah hantar emel pada KPSU dorg, buat aduan tp xtau lah dorg take action ke x..sbb kita dah cukup sopan santun penuh budi bicara bercakap sekali dorg buat mcm tu, sapa x hangin kan..ikutkan hati mmg saya nak pegi kaunter je tanya direct, kalau kt kaunter, kerani kaunter tu akan cuba jgk tanya sampai dapat jwpn. saya dah pernah buat sb tu tau. tapi, larat ke tiap kali nak tanya tiap kali tu nak kena ke kaunter...sia-sia jela letak phone kt meja keje kalau xdiguna untuk buat keje, habis phone tu ko buat apa? buat hiasan?

saya faham sangat kalau dorg kata, dorg berdepan dgn mcm2 karenah setiap hari. tiap hari ada je org call tny status la, itu la, ini la..tapi, dah keje ko kan..buat jela. nak kata penat, saya call pepagi buta kot, xkan dah penat sampai semput nak menjawap call? saya pon xpaham. emel2 yg saya hantar tu siap ada signature saya dari Legal Department pun, xjalan..mcm dorg xheran pun. 

saya penah call dari tempat PA Datuk, pon sama jugak..ntah la. xreti la ngn dorg ni. banyak sangat karenah birokrasi. tu xtermasuk karenah individu yg xpenah belajar adab sopan santun. 

mentang2 la umah aku beli tu, kecik je..projek pun xmcm projek developer lain, ko buat aku mcm ni...


Monday, March 12, 2012

Menanti esok

esok tarikh istimewa buat saya dan asben. ada sesuatu yg istimewa saya sediakan untuk asben, nantila saya sharekan..

btw, sangat berdebar2 menantikan reaksi asben. ada kejutan untuk dia, kejutan yg dah xlarat saya nak sorokkan sebenarnya tp memandangkan tarikh esok tu dah spesel dah, so bertahanla jugak..huhu, seksa diri betul. 

saya akan bercuti minggu ni, balik kampung di kelantan. doakan saya n family selamat sampai ye :p xtau mcm mana perjalanan kalini, harap2 semuanya berjalan lancar..

p/s : xde selera makan~

Thursday, March 8, 2012

Instagram

pernah dengar pasal instagram? ye, ianya berkaitan upload gambar ke facebook, twitter atau flickr tetapi HANYA melalui iPhone, saya ulangi, iPhone.

so, kalau nampak kawan2 upload pict melalu instagram, means dia guna iPhone la tu..lambang sesuatu tuuuuuu... ($$$$$$)

saya baru je tau pasal instagram ni. yg mana xtau mcm saya, so ni saya dh bagitau. yg dah tau awal2, dok dendiam...

p/s : mcm sentap je buat entry mcm ni ek? hahaha...

Sweet Couple

i adore this couple, for the time being =)

salah satu my favourite picture. sinaran matahari tu menambahkan lagi kegojesan lisa and her hubby. kalau layan gambar2 honeymoon dorg, mmg boleh bikin nangis, nangis kejelesan tp dalam masa yg sama, sangat2 tumpang gembira tgk pasangan sejoli ni.

p/s : kenapa cola xnaik sama rata? xadil betul..org dok kg/desa naik tp kami yg duduk bandar ni langsung xnaik apa sedangkan kos hidup di bandar lg tinggi. daun limau purut pun kena beli, xmacam di kg, boleh petik2 je kt tepi umah..sedang membayangkan sepasang suami isteri berkerja sebagai ahli farmasi yg duduk di kg, gaji besar, duduk kg, taraf hidup rendah, duit gaji xhabis makan!

Tuesday, March 6, 2012

Sifat Riak

pernah x kita share status kt FB, kononnya kita baru je beli sesuatu brg, tambah2 kalau barang tu berharga dan bernilai mahal, yg xsemua orang mampu miliki? dengan gembiranya kita umumkan bahawa kita baru je habiskan ribuan ringgit semata-mata nak dapatkan barang tersebut, sedangkan hakikatnya orang sedia maklum bahawa kita mmg mampu miliki barang yg xsemua orang mampu beli tu, dan bukankah itu menunjukkan sifat riak tanpa kita sedari?

mungkin dia terlupa xsemua kawan2 FB dia berstatus tinggi mcm dia. tolongla jangan kata yg saya dengki dgn kebahagian org. rasanya kita ni dah cukup dewasa kot nak bezakan ayat2 berunsur riak dgn ayat2 berunsur gembira ke, bahagia ke..kita boleh nampak kot perbezaannya. xpayahla saya nyatakan contoh, pandai2la nilai sendiri. cuma saya heran, perlu ke nak cerita kat semua orang yg kita baru je beli brg sekian2 (ex : iphone, ipad, tv gergasi etc), tambah2 kalau org sedia maklum yg kita ni bergaji besar, nampak nau la kot ko nak menunjuk ko mampu..mcm org lain xsemampu ngko..masyaAllah..riak kan? dia lupa kot, xsemestinya dia lebih je dari org. ntah2 org lain lebih dari segi lain, sebab tu kita kena sentiasa rendah diri. ni peringatan utk diri saya jugak.

tapi tu la, sapa la kita ni. tambah lagi kalau yg suka riak ni, pangkatnya tinggi2 ke langit, dikatanya kita ni dengki dgn kemewahan dia pulak. katanya, kalau kita ada apa yg dia ada pun, ntah2 kita lagi teruk. eh, xminat sgt kot nak gebang kat org kata harta kita ada banyak ni, ada sesukat ni, tanah berpuluh ekar..adakah kita dah rasa kita dah betul2 berjaya kalau setakat ada harta banyak dalam usia yg muda? jgn la lupa, kalau kita ada anak, haa..anak tu mungkin dugaan utk kita. kita xtau anak kita jadi mcm mana..so xperlu rasa megah sgt kot dgn kejayaan yg ada sekarang...

peace no war!


Thursday, March 1, 2012

29 Feb - Tarikh Istimewa

walaupun tarikh tu dah berlalu semalam, tp saya baru terhegeh2 nak buat entry khas sempena tarikh tu =) semalam saya ada seminar sehari suntuk so xdpt nak update secara ringkas pasal tarikh istimewa ni.

utk yg lahir pada tarikh ni, cukup istimewa. sebab 4tahun sekali baru jumpa. tp, sangat la kesian sbb kena tgu stp 4thn baru boleh sambut hari lahir. contohnya baby yg comel-comel ni, masa dorg umur dah 4thn nanti br boleh sambut birthday kali pertama.


dah terang lg bersuluh, saya cilok dari harian metro =) sumpah comel-comel gila la baby ni, terus terasa nak ada baby jugak,hahaha

bagi yg obses dgn tarikh2 ni, pasti akan cuba utk berbuat sesuatu utk meraikan tarikh ni utk diabadikan sbg kenangan. g holiday luar negara ke, candle light dinner ke, apa2 jela..tp kalau saya, biasa je, mcm hari2 lain jgk.