Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Wednesday, November 30, 2011

Info pasal Nuffnang

salam,

mesti ramai yang nak tau pasal nuffnang ni kan. saya sendiri pon kurang ariff pasal nuffnang ni walau dah lama berblogging. yang saya tau, cek traffic ngn cek duit ada bape, kehkehkeh..malas la nak study, lagi pon kot inggeris, kawe dok pehe lah mano..

masa saya tgh carik2 info pasal nazmi faiz mansor (player harimau muda yg semakin top skrg) saya terjumpa ngn blog best ni. yg paling best, dia sharekan entry pasal nuffnang, so bolehla kita faham sikit2 mcm mana nuffnang ni berfungsi.

nak tau gak?

cekidaud kat sini.

amacam? best x? so mulai sekarang, jgn nak pepandai klik2 iklan kat blog sendiri tau. dulu2 saya penah buat keje kotor ni, hehehe..hasilnya mmg lumayan. tp sekejap je la..pastu dah insaf balik. lagipon nuffnang dah dpt detect kot. 

kalau nak duit banyak, rajin2 la lawat blog orang, tinggal jejak skit. barula masyukkk..;)

Tuesday, November 29, 2011

Ombak RIndu





Sinopsis
Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

 Versi Filem akan muncul di pawagam pada 1 Disember 2011
 

Selasa..nan bizi

salam,

kalau dah namanya hari pertama bekerja, tetap bizi sana sini. xkira hari isnin ke, selasa ke, rabu ke, khamis ke, even jumaat skalipun, kalau 1st day hari kerja, mmg masalah. serba serbi mcm ribut.

minggu ni kita keje cuma 4hari..alhamdulillah. best kan dapat duduk rumah lama2. tapi rumah tetap mcm tu jugak, xdenya nak berkemas ke apa..makin sepah adala kott..xpe, janji dapat rehat2. rehat kerrrr?? hehe. bagi saya, xde maknanya rehat. selain membizi dgn karenah anak, sang suami terchenta juga xketinggalan nak mengajak ke sana dan ke mari untuk membuang masa dan $$$ (*____________*)

hari sabtu kami berjimba menghadiri party liar harijadi anak member asben yang disambut kt kfc wangsa maju. sangat2 best! hehe..tapi kalau nak buat party cmni, kena peruntukan sejumlah $$ yg besar. kalau x, jadi mcm party yg kami hadiri ni, itu ini xcukup. cian kt orang2 yg tiba lewat. tp papepun, party tu mmg best, anak2 kami pun seronok riang kemain dpt bermain ngn kawan2. anak saya mcm biasala, luar kawalan..bayangkan dia boleh melalak wat perangai kat tgh2 org dok party tu, sama lawan ngn muzik yg kuat tp suara dia leh menang!suara dia lagi kuat..cmne tuh?? lagi satu, budak2 kalau dapat main ngn belon, mmg mcm kena histeria ekk..wakakaka..anak saya siap wt belon mcm bola, erkkk! paling xtahan, dia DUDUK atas belon, membuatkan para tetamu kegerunan menengok seorang budak kecik yg berbadan montel cuba duduk di atas belon yg comel..mujur belon sudi menampung, kalau x???

ahad saya xingat kami watpe..boleh x??? hahahaha...

then semalam...fuhhhh..hari yg meletihkan. mujurla kua umah pun dh petang, kalau x mmg patah pinggang. asben saya ajak teman ke alamanda beli sua baru sebab dia dah makin gemokk. dah tentu2 saya yg kena kontrol aqel...waahhh, itu yg membuatkan saya mcm nak fengsan. punyala hiper active! bukan apa, si aqel tu minat yg teramat sangat dgn objek bernama eskeletor. pantang nampak eskeletor, mesti tarik tgn ajak naik, turun naik 10kali pun xpe...jadi, kat dalam parkson tu kan ada eskeletor, tu yg lemah tu. nak kena jaga xnak kasi dia terlepas n naik eskeletor sendiri. bahaya tuu..budak kecik mana tau bahaya ke x..huhuhu. main lari2 celah baju tu xpayah ckp la..sy perasan gk, salesgirl kt dalam parkson tu dok tgk2, ada yg senyum2 kambing, ada yg sengih tgk keletah aqel, yg masam pon ada, mesti dia ckp - eee, aktif gile budak ni! kalau jatuh rak baju tu, habisla aku kena susun balikk..hehehe..saya pun seriau jgk tgk, apatah lagi salesgirl tu kan..

eh, ni dah lari topik ni, xsejajar dgn tajuk di atas..=)

papepun harini saya punya plan utk wt keje saya dah hancusss berkecai. saya nak kena siapkan assignment asben ni, cmne ni..nak buat kt umah mmg xdapekla..pembantu saya tu begitu mencemburui pabila saya mula memegang pen. dah bagi dia pen sendiri pun, masih nak rebutkan pen ditangan saya. nasib..nasib...

Sunday, November 27, 2011

Kelayakan Olimpik 2012

salam,

baru lepas tengok perlawanan bola sepak malaysia menentang bahrain untuk kelayakan olimpik 2012. keputusannya semua dah tau, malaysia kalah 2-3 ditangan bahrain. punyala kuciwa dengan team malaysia, tu yang terpaksa release kat blog ni :(

bayangkannnnn...

dalam tempoh masa kurang 20 minit sebelum tamat perlawanan, bahrain bleh skor 3 Bijik gol! dengan malaysia mendahului 2 Bijik gol! bayangkan kekecewaan rakyat malaysia....

okla, terpaksa trima kenyataan dan kekalahan yang kita dah kalah...tapi ralat jugakkan. orang kata, rezeki tu dah kat mulut dah, tunggu nak suap je tapi bleh terkeluar balik..gitula kononnya situasi team bolasepak kita...apa-apa pun tahniah sebab mempamerkan permainan yang sangat mantap, menyerang dan terus menyerang tanpa henti walaupun tau kelebihan pasukan lawan..syabas.

main bola ni kena kerjasama sepasukan. kalau sekor2 je nak tunjuk skil, baik xpayah main bola..silakan keluar padang, walau hebat cmne pun skil anda, khidmat anda tidak diperlukan kerana sombong dgn teammate anda.xmo passing bola, nak lari sekor2 bawak bola..cittt! konon hebatlah..

rata-rata pemain malaysia ada semangat sepasukan. cuma adalah sekor dua yang kadang2 terkena virus jangkitan bodoh sombong ni..paling geram bila terlepas peluang nak rembat gol. pemain mcm ni la yg buat penonton nak masuk padang, nak kasi penumbuk atas muka dia! wahahaha...ganas betol!

papepon, malaysia dah boleh ucapkan bye2 to sukan olimpik 2012. lama lagila malaysia nak layak masuk olimpik...huhu..punah harapan rakyat malaysia.

Thursday, November 24, 2011

Kerja

salam,

dah lama saya xupdate blog. xsempat dan sibuk 2,3 harini. maklumlaa..;) sekarang saya dah ada tugasan baru. so makin bertambah la sikit beban kerja tu..

memandangkan bos xde harini n ramai pegawai yang bercuti so saya xnak lepaskan peluang keemasan ni utk update blog..dapat update status terkini pun jadila..

baru2 ni, bahagian saya adakan meeting utk susun balik pembahagian tugas kat ofis kami. lebih kepada tugasan para kerani sebab ada sesetengah kerani yg xde kerja, ada yg berlambak2 kerja so susun balik, kasi sama rata atau sekurang2nya kerani yg xde kerja tu, ada la kerja sikit..=) beku otak kalau xde kerja, hari2 dtg main game, masalah tu...hehehe...

so mulai sekarang, saya ditugaskan utk mendalami serba sedikit ilmu kewangan. saya mmg zero la bab kewangan so mmg kena mula dari bawah. syukur jgk dapat kawan2 yg sudi bagi tunjuk ajar, sudi share info, leh la sama2 belajar. yg xtau pape, leh belajar benda baru n yg sedia tau, leh memantapkan lagi skill tu..x gitu?

tapi biasala, xsemuanya indah2 belaka. ada jgk yg kedekut ilmu. apa la salahnya kalau kita berkongsi ilmu, xluak pun ilmu tu..makin bertambah2 ada la...pelik jgk dengan manusia yg xsuka berkongsi ilmu, yg saya nampak, orang2 mcm ni, xnak orang lain lebih heibat dari diri dia. huk alohhh...

oh, sejak skuad bolasepak kita menang emas sea games baru2 ni, semangat kesukanan saya masih belum surut. hehe..hari2 balik umah lepas keje, mesti nak kena bukak channel 801 astro arena dulu. kot2 ada ulangan sea games baru2 ni yg xsempat saya tgk. bukan apa, bangga rasanya bila tgk atlet2 kita dikalungkan emas dan lagu negaraku berkumandang kt stadium sana. maruah negara tu beb! tabik pada para atlet yg berjaya mengharumkan nama negara.

banyak pending story nak share ngn korang. harap korang sudi stay tune kat blog ni =) pada yg setia menjenguk blog ni setiap hari, time kaseyyy banyak2. cayalah korang!



Wednesday, November 16, 2011

Gelagat Penyokong Indonesia

salam,

semalam balik keje trus bukak Astro Arena 801, nak tengok badminton final lelaki, malaysia-indonesia. masa tu, beregu pertama negara tgh berentap. malaysia mendahului.

walaupun beregu kedua malaysia menang tp perseorangan pertama, kedua dan beregu kedua kalah so malaysia kalah pada indonesia dgn mata 3-1. tapi saya nak pujila sikit semangat beregu kedua negara kita. mmg best sgt2 tgk match dorg, penuh debaran. 5kali kot xsilap beregu negara pegang mata akhir, bergilir2 dgn beregu indo tp last2 beregu negara jugak yg menang, syabas!

apa yang saya nak cite kat sini adalah, gelagat penyokong team lawan. memang hampeh! bak kata pengulas sukan, xmesra/xfriendly dengan pasukan-pasukan pelawat. maksudnya dorg ni xreti nak hormat orang luar..mmg pon! kalau tengok masa game badminton tuh, rasa nak p koyak mulut penyokong2 indon tuh. dah la ejek pasukan malaysia 'maling' (pencuri) hanya semata-mata kerana beregu malaysia mendahului mata akhir. kurang ajar kan?

provokasi melampau dari penyokong tuan rumah tu datangnya dari satu stadium! bayangkan mcm mana pemain kita nak serap tekanan sekeliling dorg. bila nak mula servis bola je, kena stop kejap sebab hilang tumpuan gara-gara terlalu bising dek sorakan dan 'boooo' penyokong indon..gerammm je saya tgk!

bila beregu malaysia menang je, mmg saya bersorak n tau apa penyokong indon tu buat? satu stadium ejek...booo...kat pemain malaysia. walaupun kita kalah tapi kita tetap melawan. kalah bermaruah. cuma cara penyokong indonesia tu, mmg saya kurang berkenan sangat2!

pemain indon mmg bagus2 belaka. saya akui tapi xperlu kot nak berlagak sangat...bila2 masa je dorg bleh jatuh. tgk mcm malaysia, dulu pasukan malaysia kuat. digeruni ramai termasuk indon tapi sekarang, malaysia masih lagi antara yg terbaik cuma bukan yg terbaik. dah banyak pasukan lain semakin meningkat prestasi mereka, lahirkan ramai pelapis2 hebat. kita ada tapi mungkin masih kekurangan. nak jumpa mcm anak2 sidek, dah susah. bermain bermati-matian utk negara. respek pada dorg.

sebagai penyokong tuan rumah, kita mmg digalakkan penyokong pasukan sendiri 100% tapi tetap kena hormati pasukan lawan. janganlah pamerkan sikap mcm pemikiran kelas ketiga. xsalah rasanya kalau kita hormat dorg, dorg pun sure suka n respect kat kita balik. mcm indon, kata serumpun la, sekapal la, sebangsa la tapi bila tiba pasukan malaysia beraksi, dorg mcm berdendam dgn org malaysia. sokong mana-mana pasukan yg menentang malaysia, boo pada pemain kita..sedangkan pasukan lain tu bukannya hebat mana pun tapi tetap xsuka malaysia.

pelikkan? dan kenapa ehh?

* saya bukan peminat fanatik badminton tapi suka mengikuti perkembangan sukan negara. ini hanyalah pandangan peribadi sahaja. harap maklum

Tuesday, November 15, 2011

T__T

salam,

have u ever felt, been under estimated?

i feel it right now and i couldn't handle it. most probably cause of my surroundings. the atmosphere here stuck without no reason. i can't breathe well...

ppl here and there talking about things happen lately. but me? knowing nothing is enough for me, rather than knowing something but didn't understand what it's exactly happen. nobody care about it. nobody want's to be lonely, right?

i forgot.

i'm fasting today! hahaha..


Friday, November 11, 2011

11.11.11

salam,

tarikh yang paling ditunggu2 sepanjang tahun ini =)

pastinya harini banyak kenduri kawin, xkira bangsa sume berebut nak tarikh cun mcm ni. selain cantik dilihat, ianya jugak senang diingat.

sebelum saya terlupa, pagi td saya dgr dalam MHI, akhbar NSTP ada edarkan paper 3D, wahh mcm menarik je kan? dalam paper tu ada diselitkan cermin mata 3D, then kalau kita pakai masa baca paper NSTP (paper lain xjadi kot) akan nampak gambar2 iklan dalam paper NSTP tu timbul, mcm 3D tue..so kalau sesapa ada beli/baca paper NSTP harini, boleh cuba. satu pembaharuan, syabas NSTP!

korang ada plan ke mana2 ke harini? maklum la, menyambut tarikh yg lawa harini, bkn selalu kita jumpa. rasanya kita ni bertuah sebab dapat merasa tarikh yg lawa2 bermula dari tahun 2001 dan diakhiri dgn 2012. 01.01.01 sampai 12.12.12. so pada yg merancang nak kawin tu, bolehla percepatkan persiapan kalau nak rebut tarikh lawa utk kali terakhir thn depan, lepas ni kena tgu bape ratus tahun balik utk dpt tarikh lawa mcm ni, komfem time tu dah innalillah...

kalau perasan, entry ni jugak saya post pada pukul 11.11 pagi sempena menyemarakkan lagi sambutan tarikh 11.11.11 ni..saje nak kasi meriah.

=)



Tq Mr. Mama

salam,

rabu lepas, asben saya bercuti. saje la dia amik cuti. berehat lepas seharian drive dari kelantan.

pagi sebelum pegi keje, saya tinggalkan umah dalam keadaan tunggang langgang ;) dgn beg balik kg belum berkemas, umah xsapu, xmop, dapur selerak. mmg xberkemas langsunglah! penat la baru balik dr kg, nak kena buat tu sume, sampai pon dh petang. selain penat asik duduk je dalam kete, saya jugak penat kena melayan karenah anak dalam kete sepanjang perjalanan. aqel xreti duduk diam, pantang xdapat apa yg dia nak, mesti nak cembeng, nak melalak sekuat hati. tu blom lagi dia melasak dalam kete, jenuh jgk nak pegang2 dia xnak kasi terhantuk. adoi!

sebab tu bila asben saya marah bila saya mintak tolg suruh basuhkan berak anak lepas sampai je umah dari kg, saya merajuk. serius! saya penat. bkn sengaja suruh2. 

tapi bila saya balik je dari keje, saya bukak pintu umah saya terkejut! lantai dah bermop, baju berbasuh dah siap kering berangkat dah pun, dapur bersih bercuci, siap ada cucur udang lagi! wahhhh, bestnya! serius muka saya trus bersinar2, happy. dah lama rasanya xmerasa 'sentuhan' asben saya, rinduuuuuuuuuuu...hahahaha.

asben relek je baring2 dpn tibi dok tgk game bola, malaysia-thailand. dalam pada rasa seronok2 tuh, saya rasa serba salah la jgk. kesian dia kena buat semua2 tuh tp rasa seronok pulak bila dia tolong buat, cano tuh? hahaha...papepun, time kasih bnyk2 pada asben yg menolong. mmg berbunga hati isteri kalau suami menolong. ye,ye saya tau, suami2 korang sume rajin2 belaka. selalu menolong korg buat keje rumah..korg xheran pon bila saya cite ni, kan? 

bila dgr ada kawan2 bercerita, semua keje dlm umah, suami dia yg buat, saya jadi jeles. abis ko buat apa? aku xbuat apa...kalau aku rajin, baru aku buat.suami ko xmarah ke? nak marah apanya, kalau aku malas, aku suruh jela dia yg buat, hahaha...amboi, happynya. xpela, moga2 suami dia akan kekal begitu sampai bila2, sampai dah beranak pinak. sekarang xpasti pulak apa cite dia, dah lama lost contact. 

bertuahla kalau dpt suami yg rajin. begitu jgk kalau suami yg dapat isteri rajin. semua dia nak buat. masak, basuh baju, mop umah, cuci toilet, jahit langsir, jahit baju, mengait, wahh, rajinnya. tp kalau dpt yg malas sikit tu pun, xpela..cubala saling melengkapi. jgn la dua-dua malas. tapi kalau dua-dua rajin, xpe ;)

hargai apa yg pasangan kita buat walaupun kecil. rajin xsemestinya tanda sayang, malas xsemestinya tanda benci..

Wednesday, November 9, 2011

Bengom supo berok mat yeh

salam,

agak2 arr kalau nak bergurau pon...sapa dok satu opis ngn saya tau la perangai jijik dia.grrrrr!!

masa saya tgh betul2 kan charger henset saya kt bawah meja (charger n henpon saya dah kong so mmg kena 'belai' kalau nak charge dgn cara hempas2 henset ke lantai), lalu la si tott ni. kebetulan plak saya tgh bukak web page pasal gosip artis *my fault pulak tu terpampang gambar anak pontianak tgh posing maut gilerrr nak mati..tetiba dia stop kat tmpt saya (yg saya rasa sbb dia ternampak gmbar tu) sambil bersuara,

"sapa tue....??" *benci giler, busybody!

"tuuu..sapa tu..." belum saya jawap pape dia dah menyampokk!

"ooo...yg anak pontianak tu...kenapa, IDOLA nik ehh??" sambil sengih2..

weyy! dia kata idola aku..bengom sploh ribu kali ko mung balik!saya masa tu muka dah xleh nak kaver line dah..tros muka ketat. sakit hati aku!

dia ni mmg xreti nak bergurau..kasar nak mampos kot! nama je lawyer, konon pandai tapi ngaji bab adab tatasusila failed! dia xpikir ke, gurauan dia tu keterlaluan, boleh mengaibkan or mengecilkan hati orang??

nasib la masa tu, sorg sama sorg, kalau x, malu besar saya..

pengajaran, lain kali kalau nak bergurau, tgk timing. kalau xreti bergurau, baik toksah!


Sama

salam,

ni kisah pasal balik kg baru ni. lepas attend bekwoh anak kawan ayah saya, singgah umah mak sedara saya jap. sembang sikit2 tetiba mak sedara saya tanya,

" noma dok khijo jadi kerani tu lagi ko?"

saya pun jawap dengan anggukan dan senyuman. pahit.

tiap kali balik kg, tiap kali jmp sedara mara, soalan tu la terpaksa saya hadap. kalau org lain kena soal jawap pasal anak, kawin n lain2, saya pulak kena jawap soalan yg jarang2 org tanya..

kadang2 saya menyesal dgn jalan hidup yang saya pilih sekarang. tapi bila pikir2 balik, saya seolah2 menyalahkan takdir. saya xbersyukur dgn rezeki yg Allah bagi..padahal ada lagi org yg lebih susah dari saya, nak dapatkan tempat utk cari sesuap nasi pun payah.

4tahun berkhidmat, masih tiada perubahan. sebab tu kot mak sedara saya tu bertanya.lain org, lain rezeki yg Allah bagi..kurang kot ni, lebih kot ni, lebih kot nun, kurang kot nun..gitula..kena usaha kalau nak berjaya. sume org sedar tentang hal ni..

cuma..

kadang2 terasa juga bila org tanya mcm tu..

terima kasihla pada mereka yang 'mendoakan' saya..

Friday, November 4, 2011

Bye Bye Korang

salam,

petang ni saya akan bertolak balik ke kampung :) harapnya semua akan berjalan lancar dan seperti yang dirancangkan. petang ni saya plan nak mintak keluar awal sikit, bolehla saya kemas2 pape yg patut kt umah. semalam dah siap pack yang penting2 tp mcm biasala, selagi ada masa, tetap jugak nak kena check apa2 yg tertinggal. lagipun sebelum bertolak, kami kena singgah shah alam utk ambik adik saya di sana. ambik masa jugak kan?? so better kua awal la...kalau dibenarkan :)

dalam pada tu, asben saya berkeras jgk nak singgah ipoh n stay 1 malam. saya agak, dia nak ajak saya singgah tgk keadaan boss dia yg kemalangan hari tu..boss dia koma kt spital tp dah sedar bbrp hari lepas. alhamdulillah...saya kenal boss asben saya tu, baik orangnya. masa kami bercuti ke terengganu aritu, siap ajak kami bermalam kat umah dia tapiiii...saya yang xnak. segan lorr, baru jek kenal masa tu, hehehe...wife boss asben yg saya panggil 'kak' tu pun sangat ramah tamah orangnya. dia masak sedap! ;) masa kemalangan haritu mujur wife dia tak pape n fyi, kak tu ketua nurse kt hospital besar KT. no wonderla dia xgelabah masa kejadian tu berlaku, huhuhu...dia yg tarik asben n anak pompuan dia kua dr kete yg dah berasap..call sana sini.

kami stay 1 malam kat ipoh pastu bertolak balik pukul 6pagi esok. harap2 perjalanan masa tu lancar sebab still awal lagi kan...

so utk itu, selamat hari raya aidiladha pada korang semua..have a safe journey, hati2 memandu, skrg kan musim hujan ;)

tata!

Thursday, November 3, 2011

Segalanya pantas

salam,

harini rasa pantas sangat masa berlalu. sekejap je dah nak dekat waktu rehat. bermula pagi tadi, saya memang agak sibuk dengan keje. maklumla, dekat2 nak cuti ni. kalau boleh, sume keje nak disiapkan sebelum balik cuti, barula lapang dada. bos saya pun x terkecuali. kami ni masing2 orang perantauan, bos saya org perlis, saya org kelate. so bila tiba bab cuti ni ,masing2 eksaited lebih kot =) bos saya nak cepat2 settle kan keje dia, makanya saya jugak terpaksa settlekan keje saya which is keje dia jugak :)

dalam pada tu, saya masih menunggu kata putus dari asben samada nak balik ari jumaat atau sabtu. ni sume gara2 asben saya yang buat plan terkejut last minit tetiba nak balik ari jumaat. kalau ikut plan asal, kami plan gerak awal pagi sabtu. tp dia plak nak gerak jumaat, nak singgah ipoh katanya. saya rasa idea yg kurang seswai kott...emm, pape la..

kalau ada sesapa nak stat cuti esok, selamat bercuti pada korang!=)

Wednesday, November 2, 2011

Dah nak raya balik

salam,

pejam celik, pejam celik rupanya dah nak sambut raya balik ekk kita? rasa mcm baru je habis sisa-sisa kegembiraan (gembira la sangat!) menyambut raya puasa baru ni..tetiba nak raya lagik skalik! kueh raya pon blum habis lagi kat umah, cano tuh?? 

nak kata semangat tu, xde la sgt. biasa2 je. walaupun sambutan di pantai timur di kategorikan sebagai hangat dan meriah jgk berbanding kat sini-sini tp bagi saya, depends jugak sebenarnya.ikut cara kita menyambut. tp saya akui mmg meriah sikittt la sbb kami di sana sambut mcm nak raya pose, siap buat ketupat, tapai, even kueh raya pon!

baju raya? pakai je baju raya baru2 ni, masih baru, elok dan wangi (motif?). aritu masa jenjalan kt the mines ada jgk terpandang jubah harga rm50. cantik, simple n xbnyk kerawang sgt. tp xpelah, rasa membazir je kalau beli. bukan pakai sgt pun. habih2 pon wat gilir2 pakai time ngandung. ehhh! =)

kueh raya ke, langsir raya ke, apa pun xada tukar. pakai jela mana ada. berhemah x amalan saya, ahaks! korang pon jimat2 la ehh, simpan duit tu utk g cuti2 malaysia hujung thn nanti.

asben plan ajak balik ari jumaat...alaaaaaa....nak tgk anugerah skrin!!ada ulangan x ekk?? aritu saya layan drama kemaafan yang terpendam, pergghhh, banjir umah saya tau. mmg mantop terbaekk la cite tuh. malas la nak review cite tu kt korg tp kan saya tertanya2 jgk, ada lagi x ekk isteri baik gilerr cmtu?? kalau saya, ehemmm, memberontak la jgk..kuikuikui. yela, xdpt balik beraya 10 tahun kot!! sian mak dia tertunggu2 kepulangan dia..eh, alamak, dh termelalut plak. harap2 cite tuh menang la mana2 award yg dipertandingkan. bagi saya, cite tuh sarat dgn pengajaran dan emosi. paling penting, hargailah ibubapa kita sebelum mereka tiada...

ok guys, saya nak stop dulu la. nak wt keje...=)

Tuesday, November 1, 2011

1.11.11

salam,

cantik tarikh harini..=)

bak kata sorg blogger, bulan baru, kena la ceria2. tanamkan azam untuk lakukan sesuatu perubahan di penghujung rindu tahun ni, walaupun dah hujung tahun tapi xsalah rasanya..sememangnya kita kena hargai setiap detik yg kita lalui, xgitu kawan2? *___*

pada yg ada plan harini, mmg cantik sgt lah tu, smbil2 tu leh rakamkan kenangan sempena tarikh yg comel nih. kalau yg dapat baby or nak naik pelamin plak, bertambah2 comel dpt tarikh cun mcm nih. tapi selalunya org pompuan je kot yg gediks lebih nak ingat2 tarikh bagai ni. org laki selalu wt donno je..org laki den la, org laki ekau den xmasuk campur..kehkehkeh..

* sejak nogori menang piala malaysia ni, den asik tersasul ajo cakap nogori..kahkahkah