Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Wednesday, November 16, 2011

Gelagat Penyokong Indonesia

salam,

semalam balik keje trus bukak Astro Arena 801, nak tengok badminton final lelaki, malaysia-indonesia. masa tu, beregu pertama negara tgh berentap. malaysia mendahului.

walaupun beregu kedua malaysia menang tp perseorangan pertama, kedua dan beregu kedua kalah so malaysia kalah pada indonesia dgn mata 3-1. tapi saya nak pujila sikit semangat beregu kedua negara kita. mmg best sgt2 tgk match dorg, penuh debaran. 5kali kot xsilap beregu negara pegang mata akhir, bergilir2 dgn beregu indo tp last2 beregu negara jugak yg menang, syabas!

apa yang saya nak cite kat sini adalah, gelagat penyokong team lawan. memang hampeh! bak kata pengulas sukan, xmesra/xfriendly dengan pasukan-pasukan pelawat. maksudnya dorg ni xreti nak hormat orang luar..mmg pon! kalau tengok masa game badminton tuh, rasa nak p koyak mulut penyokong2 indon tuh. dah la ejek pasukan malaysia 'maling' (pencuri) hanya semata-mata kerana beregu malaysia mendahului mata akhir. kurang ajar kan?

provokasi melampau dari penyokong tuan rumah tu datangnya dari satu stadium! bayangkan mcm mana pemain kita nak serap tekanan sekeliling dorg. bila nak mula servis bola je, kena stop kejap sebab hilang tumpuan gara-gara terlalu bising dek sorakan dan 'boooo' penyokong indon..gerammm je saya tgk!

bila beregu malaysia menang je, mmg saya bersorak n tau apa penyokong indon tu buat? satu stadium ejek...booo...kat pemain malaysia. walaupun kita kalah tapi kita tetap melawan. kalah bermaruah. cuma cara penyokong indonesia tu, mmg saya kurang berkenan sangat2!

pemain indon mmg bagus2 belaka. saya akui tapi xperlu kot nak berlagak sangat...bila2 masa je dorg bleh jatuh. tgk mcm malaysia, dulu pasukan malaysia kuat. digeruni ramai termasuk indon tapi sekarang, malaysia masih lagi antara yg terbaik cuma bukan yg terbaik. dah banyak pasukan lain semakin meningkat prestasi mereka, lahirkan ramai pelapis2 hebat. kita ada tapi mungkin masih kekurangan. nak jumpa mcm anak2 sidek, dah susah. bermain bermati-matian utk negara. respek pada dorg.

sebagai penyokong tuan rumah, kita mmg digalakkan penyokong pasukan sendiri 100% tapi tetap kena hormati pasukan lawan. janganlah pamerkan sikap mcm pemikiran kelas ketiga. xsalah rasanya kalau kita hormat dorg, dorg pun sure suka n respect kat kita balik. mcm indon, kata serumpun la, sekapal la, sebangsa la tapi bila tiba pasukan malaysia beraksi, dorg mcm berdendam dgn org malaysia. sokong mana-mana pasukan yg menentang malaysia, boo pada pemain kita..sedangkan pasukan lain tu bukannya hebat mana pun tapi tetap xsuka malaysia.

pelikkan? dan kenapa ehh?

* saya bukan peminat fanatik badminton tapi suka mengikuti perkembangan sukan negara. ini hanyalah pandangan peribadi sahaja. harap maklum

4 comments:

a LoT oF LuV said...

EEiiii.. geramnya.. dah le dtg sini, menumpang n cari rezeki kat sini.. nak berlagak plak.. patut usir je diorg nih.. huhuhuhu..Emo sekejap.. cian ngan atlet kite.. Syabas le buat diorg..

anuar said...

betul tu zila, kalau nak kira, kita ni yg kurang cerdik sebenarnya. walau kena hentam ngan rakyat sana, masih tetap nak amik dorg bekerja cari rezeki kat sini..

sapa xhormat sapa sebenarnya?

AzlanAyu said...

yeke?ayu x tgk la kak nik smlm...period pain bagai kan nk reput tulang2 bdn sakit2 mak aii mujur ada teman yg boleh meringankan tanggujawab kat rumah tu.hehehehe

anuar said...

ayu,

bagusla abg tolong wt keje umah =)tanda sayang tu..hehehe

bkn semalam, kemarin, masa final badminton lelaki. arini lagi la, bola sepak..confirm2 malaysia kena booo...