Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Sunday, November 27, 2011

Kelayakan Olimpik 2012

salam,

baru lepas tengok perlawanan bola sepak malaysia menentang bahrain untuk kelayakan olimpik 2012. keputusannya semua dah tau, malaysia kalah 2-3 ditangan bahrain. punyala kuciwa dengan team malaysia, tu yang terpaksa release kat blog ni :(

bayangkannnnn...

dalam tempoh masa kurang 20 minit sebelum tamat perlawanan, bahrain bleh skor 3 Bijik gol! dengan malaysia mendahului 2 Bijik gol! bayangkan kekecewaan rakyat malaysia....

okla, terpaksa trima kenyataan dan kekalahan yang kita dah kalah...tapi ralat jugakkan. orang kata, rezeki tu dah kat mulut dah, tunggu nak suap je tapi bleh terkeluar balik..gitula kononnya situasi team bolasepak kita...apa-apa pun tahniah sebab mempamerkan permainan yang sangat mantap, menyerang dan terus menyerang tanpa henti walaupun tau kelebihan pasukan lawan..syabas.

main bola ni kena kerjasama sepasukan. kalau sekor2 je nak tunjuk skil, baik xpayah main bola..silakan keluar padang, walau hebat cmne pun skil anda, khidmat anda tidak diperlukan kerana sombong dgn teammate anda.xmo passing bola, nak lari sekor2 bawak bola..cittt! konon hebatlah..

rata-rata pemain malaysia ada semangat sepasukan. cuma adalah sekor dua yang kadang2 terkena virus jangkitan bodoh sombong ni..paling geram bila terlepas peluang nak rembat gol. pemain mcm ni la yg buat penonton nak masuk padang, nak kasi penumbuk atas muka dia! wahahaha...ganas betol!

papepon, malaysia dah boleh ucapkan bye2 to sukan olimpik 2012. lama lagila malaysia nak layak masuk olimpik...huhu..punah harapan rakyat malaysia.

No comments: