Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Friday, October 29, 2010

It's Friday

finally, it's friday! feeling soo good. can't wait to spend my time with my family. but i wonder, where will my hubs take us this coming weekend? hopefully its not his bestfriend's house. why on earth he can't understand me that i don't want to waste my time sitting there by doing nothing but gossiping??

for those who's gov servant, we already get our salary early this week. thank u Allah, we already settled our debt, even just for this month..=) bills, car instalment, loans and etc..those all the bills that we have to settle every month, excluding baby's stuff like milk, dypers and also baby sitter. my oh my..it was a big number to spend actually..end up, number of digit in our bank account getting smaller n smaller...hehe..not just bcoz of paying debt only but spending on our 'wish list'. it is normal? did u do the same thing like us??

tonite, i'll try to finish up my job. so that, if my boss ask my frens and i; whom been instructed to finish the scanning and converting thousands of law documents, at least we have something to show. pray for me..i don't wanna be scold again by her. poor me :(

ok, i need to stop now. just a short n sweet note; happy weekend everybody!

p/s : to readers, i'm sorry if my grammatical usage was soo wrong everywhere...=) hehe..don't bother to read my blog again,ok!

My Baby

here are some of the pics of my baby..hope u enjoy it!

mama..chakk!!

don't take my pic,mama..

look at mama, darl..)=

he's already 6 1/2 months old..how fast time flies. day by day, he become more active, entertaining and smart! good boy...everytime i see he's smiling, my heart melt down =)

sorry guys, i just wanna share my moment with precious little boy up there. missing him soooo much right now =(

hope u enjoy it.

Thursday, October 28, 2010

PHD

phd aka perasaan hasad dengki. sifat yg paling susah nak buang kalau ada dalam diri. tak boleh tgk org lain lebih sikit dr kita, mulala perasaan tu timbul. sy yakin, stp drpd kita ada perasaan tu cuma bnyk @ sikit, terkawal @ hilang kawalan.

mengenangkan kisah adik sy, sy terpk, bnyk betul dugaan dia. sentiasa dikelilingi kwn2 yg penuh dgn phd. xhabis2..mcm xlekat kwn. sorg2 mcm cuba nk jatuhkan dia n cari gado ngn dia. sy akui, adik sy ni mmg jenis degil n keras kepala, kalau hitam dia ckp, hitam la. kalau putih, putih la. tp dek krn kekerasan kepala dia tula, dia berjaya. dpt anugerah dekan tiap sem. study dia mmg superb. boleh dibanggakan. cuma perangai dia, emm..myb kena jd lebih matang lg.

ok, bkn itu sbnrnya yg sy nk cite. yg sy nk share ialah, kwn2 dia yg slalu tuduh dia mcm2. mentangla2 ayah sy bg kemudahan kete kt dia utk ulang alik tmpt bljr, senang2 kwn2 adik sy ni amik kesempatan. pd pandangan sy, sume kwn2 adik sy yg berkawan ngn dia sumenya semata2 kerana nk tumpang senang. kalaula adik sy ni xpunya apa (cth xde kete, xde laptop + bodben) dah lama kwn2 dia campak dia mcm anjing kurap. setau sy pulak, kwn2 adik sy ni bkn nya dr golongan org kaya2, sume anak org sederhana n anak org kg. mak pak keje biasa je n adik bradik ramai. tp tula kan..bila dh dpt duit ptptn, sume berlagak mcm anak org kaya.

sedangkan adik sy xnak nampak terlalu ketara kemudahan yg adik sy dpt dr family kami, dia cuba sedaya upaya tolg kwn2 dia. ajak ke sana, dia ikut, ajak ke sini, dia ikut. duit minyak xpyh ckpla, 1 sen pun xpenah bg. kotla nk bg rm10 ke, tidak ok. buat mcm adik sy ni driver free dorg dgn alasan, mintak tolong...

bkn niat sy nk backing adik sendiri. dia sendiri mmg xde la baik mana pun cuma bila sy dgr cite dr dia psl kwn2 yg lgsung xberhati perut tu, sy terpk, mungkin adik sy ni silap pilih kwn. lebih sesuai, xreti berkawan. tp kalau asik kita je yg kena jaga hati kwn, dia pijak2 perasaan n maruah kita, kawan ke tu???

mujurla sy xpenah lg berjumpa dgn kwn yg jenis mcm tu..dan sy xnak pun kwn yg jenis mcm tu. sy rela xberkawan dgn sesiapa dr ada kwn tp tikam dr belakang.

Monday, October 25, 2010

'Dah lama tak jamah nasi'

KUALA LUMPUR: “Saya pun tak ingat bila kali terakhir menjamah nasi. Syukur hari ini kami berpeluang menikmati nasi lemak berlauk sambal sotong,” kata Hazmain Abdul Jalil, 28, yang tinggal di bawah jambatan Lebuh Raya Timur Barat (Metramac) bersama isteri dan anaknya berusia setahun lima bulan kerana kedaifan.


Tiga beranak berkenaan tinggal di bawah binaan konkrit itu bersama dua rakan Hazmain, Mohd Hafiz Abdul Aziz, 30 dan Chan Che Wah, 44 sejak lima bulan lalu.


Menurut Hazmain, mereka tiada pilihan lain, selain daripada tinggal di bawah jambatan selepas dihalau pemilik rumah yang disewanya dengan harga RM200 di Sungai Besi, di sini lima bulan lalu.



“Sebelum ini, isteri saya (Siti Faizah Abu Bakar, 27) bekerja di restoran makanan segera, namun dia berhenti selepas melahirkan anak. Jadi perbelanjaan hanya di atas tanggungan saya. Masalahnya saya tiada pekerjaan tetap,” katanya.

Katanya, bagi mencari rezeki halal, dia pernah melakukan pelbagai kerja termasuk kerja kontrak dan pekerja kilang kopi dan yang terakhir sebagai pencuci bangunan di pusat beli-belah terkenal di Kuala Lumpur.


“Saya hanya pekerja kontrak, apabila tiada kerja maka saya tidak mempunyai sumber kewangan. Kami juga mencatu makanan iaitu sekali sehari manakala anak pula makan apa saja seperti yang kami makan atau minum susu,” katanya yang berasal dari Sandakan manakala isterinya dari Segamat, Johor.


Nasib malang keluarga Hazmain dan dua rakannya itu mendapat perhatian Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh bersama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Seputeh dan Exco Pemuda Umno Sabah, Mohd Gasing Saling ‘turun padang’ menghulurkan bantuan.


Muhd Khairun kesal kerana tiada pihak tampil memberi sumbangan dan mengambil tindakan terhadap masalah tiga beranak itu termasuk dua rakan mereka.


“Hari ini (semalam), kami pindahkan ke asrama belia di Wisma Belia Jalan Syed Putra untuk sementara waktu sebelum mendapat rumah yang lebih selesa. Yang penting, kami tidak mahu mereka kembali ke bawah jambatan lagi,” katanya.


Katanya, Hazmain, isterinya dan anak mereka, Siti Norafidah bersama Mohd Hafiz dan Chan akan dibantu supaya diberi tempat tinggal di mana projek perumahan rakyat termiskin (PPRT), selain bantuan mendapatkan pekerjaan tetap.


“Saya meminta bantuan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Umno bagi mencarikan pekerjaan yang sesuai kepada Hazmain, Mohd Hafiz dan Chan mengikut kelayakan mereka manakala urusan rumah dan bantuan lain di bawah pengawasan Pemuda Umno Seputeh,” katanya.


Sementara itu, Mohd Hafiz, berkata, dia simpati melihat nasib pasangan suami isteri itu dan mengajak mereka tinggal bersama walau pun hanya di bawah jambatan.


“Saya yang ajak mereka tinggal bersama kerana bimbangkan keselamatan dan kesihatan Siti Norafidah yang masih kecil. Walau pun, saya berteduh di bawah jambatan ini tapi sekurang-kurangnya kami dapat berlindung daripada hujan dan panas,” katanya.


Katanya, dia tidak pernah terfikir menjalani kehidupan sebegini dan tinggal di bawah jambatan sedangkan dia mempunyai latar belakang keluarga dan pendidikan yang baik.

p/s : Sebaknya...:( ada lagi rupanya rakyat kita yg merempat di negara sendiri...kesian sgt2. mujurla pihak yg bertanggungjawab bertindak cepat. xdapat sy bayangkan mcm mana kehidupan dorg ni..syukurla sy punya tempat utk berteduh dan kerja utk makan. kdg2 kita selalu mengeluh dgn kehidupan kita tp kita xsedar, ramai lg kt luar sana yg lebih mengeluh dr kita..

Ruam Lampin

Baru-baru ni anak kesayangan saya dijangkiti ruam lampin. kesian dia, habis merah bontoit ngn bird dia. teluq pun merah :( tp mujur anak saya menten ensem..hehe. xmeragam ke apa ke..nasib baik..rasanya ruam lampin tu belum sempat sampai ke tahap over serius sbb mamanya ni cepat2 mintak petua dr rakan2 sebaya :)

cmne leh jadinya ruam lampin ni ekk?? ok, disebabkan saya dh ada pengalaman, meh sy share skit pengalaman yg saya ada.. ;)

antara sebab2 leh terjadinya ruam lampin ni ialah :
1. lambat tukar lampin
seeloknya tukar la lampin sekerap mungkin tp lau nk jimat sgt make sure bila lampin baby dh penuh tu, cepat2 tukar. jgn biar je lelama dgn alasan, dia ok je, gembira je main, jgn ok!

2. kerap bertukar jenis lampin
yg ni sy dpt info dr intenet. tp sy xbuat. sy n baby setia dgn huggies sejak dr hari pertama dia dilahirkan. ada jgk bg try pakai pet2 tp mcm kureng la..kot mana pun nak huggies jgk. so, my advices, kalau pakai 1 brand, stay je ngn brand tu ;)

kalau dh jadi, mmg seksa nak bg baik. tambah2 kulit anak sy ni sensitif sgt2. kulit baby kan dh mmg sensitif. masa kena baru2 ni, jenuh pakai krim mcm2, xbaik2 jgk smpi dh xtau nk buat apa. malu ngn pengasuh mmg ada, nmpk mcm xpandai jaga anak pulak :( tp bkn sy xusaha cuma mungkin caranya yg xbetul..

atr krim yg sy try :

1. johnson & johnson (ni krim asal yg sy guna, letak kt punggung anak)
2. dropolene
3. dermoplex - hijau (yg ni kak ipar kasi masa dlm pantang lg)
4. krim 'lupa nama' (mintak dr klinik lita alis)
5. dermoplex - pink (mintak dr klinik krjn ms bwk anak cucuk)
6. tepung ubi (bkn kategori krim tp ttp sy cuba jgk)
7. bedak agnesia (bedak yg kononnya 'tajam'..hehehe)
8. last but not least, krim candacort - terbaeeekkkk!!

krim candacort tu disuggest oleh 2-3org kwn sy. masa mula2 guna mmg xnmpk kesan. sy rasa penggunaan sy yg salah. tp bila hantar pd pengasuh, tgk2 dh baik, alhamdulillah..pandai akak yg membahasakan dirinya 'ibu' tu jaga..fabulous!

hehehe..cara penggunaan yg betul mcm ni ~

1. lps dh cuci punggung anak, pastikan lap kulit anak dgn kering. lebih elok, gunakan kain/ lampin yg baru @ 2-3kali dh guna utk elakkan jd lebih teruk.

2. kalau dh comform kering, baru sapukan krim candacort tuh. krim tu bagus, cepat meresap, xmcm krim2 lain yg kena sapu ratala konon smpi nk kena tenyeh bnyk kali kt kulit anak.

3. akhir skali, jgn lupa taruk bedak baby tu skit kt celah2 pelipat paha utk pastikan kulit sentiasa kering dan tidak berpeluh. juga utk elakkan merah2 kt celah paha dia.

tu la 3 langkah penting yg sy leh share kt sini. lau ada cr lain tu, sy xtau plak. stakat ni, cara tu sgt berkesan kt anak saya :) thank u candacort n thank u sooo much pd kwn2 yg suggest kan krim tuh..berbaloi2!

inila krim yg sy maksud kan tuh..to those yg tgh mencari, krim ni bnyk dijual kt guardian. murah2 je..rm10. happy hunting!




Friday, October 22, 2010

Pinjaman Peribadi aka Personal Loan

apa pendapat anda ttg pinjaman peribadi atau nama glams nya personal loan? baikkah? burukkah? sy pasti masing2 ada pendapat masing2 ttg personal loan. sy sendiri ada pandangan tersediri bila memperkatakan ttg personal loan.

sbnrnya personal loan ni ada kebaikkannya. alternatif terakhir apabila kita dalam kesempitan wang, inilah cara yg terbaik. bayangkan kalau kebetulan kita atau anak kita ditimpa kecelakaan, tiba2 perlu menjalani pembedahan segera utk selamatkan nyawa yg mmg sah2 kena byr duit pny, mana nk cekau?? nk meminjam berapa sen sgtla boleh dipinjam..dan mampu dikasi pinjam...betul x? so, saat2 genting mcm ni mmg inila kaedah terbaik utk atasi kekurangan wang. better la dr meminjam kt ah long bukit beruntung, kan?=)

keburukannya plak, of cos la menambahkan hutang. kalau xpandai manage hutang tu, boleh jd bankrap. kalau sikit xpela..ni kalau dh smpi puluh2 ribu, kan ke susahkan diri balik? betul x?

kami pun ada buat personal loan jgk. trend zaman skg, org wt personal loan semata-mata utk nak kawin. tu yg silap. kami sendiri rasa terbeban dgn personal loan yg dh dibuat ni. xpasal2 gaji bulanan kena potong semata2 nk byr blk pinjaman tuh. elok2 gaji tuh leh belanja brg anak2, dh kena wt byr pinjaman pulak..tp tula kan..benda dh lepas, nak xnak kena byr jgk la. masa guna dan perabiskan dulu, xingat dunia...hahaha..

so, pada readers yg ada hati nk buat personal loan tuh, silala pk patploh kali dl..jgn dh lps tu, br nk menyesal. dh xguna dh..nk bayar blk tu yg perit. pecayalah!

Idea kreatif

ada ramai x peminat eric leong di kalangan readers blog nih? sy ni bknla cintakan sgt bidang hias menghias ni tapi minat sikit2 tu adala..tambah2 pulak bila rumah sendiri mcm kena bom, mestila sy mengimpikan rumah yg nmpk kemas, bersih dan cantik utk menerima tetamu. rumah sy skrg, masyaAllah...xtau nk ckp apa. malu kalau org dtg...

bknnya kami xnak beli. selain memikirkan ruang yg sempit dlm rumah kami tu, time nk pindah rumah pun satu hal nk kena pk. so kami decide xbeli perabot. jadinya para tetamu yg dtg kena la bersila kt bwh..tradisional skit.hehe...tp kdg2 tu ada jgk masa2 nya sy teringin sgt nk beli perabot, malu jgk pd tetamu.

kalau dpt buat design yg mcm kt bwh ni pun dh kira orait, hehehe...

cantik kan korg?? tenang je...design perabot tu mmg menjadi impian asben pun. sy ok je..as long as kita pandai menghias, pakai perabot apa pun tadak hal..

yg ni plak,cmne? lawa jgk kan?ke sbb ada pokok2 yg membuatkan nmpk cantik ekk?

ok, terbukti bkn sbb pokok..yg ni pun very simple n nice. so cozy..kusyen sikit pny besaq, tetamu dtg komfem liat nk blk...hahahaha...

nk tgk rumah sy??emm..better padam kan la hasrat murni korg tu ekk. sy bkn xsudi nk share kt sini tp nnt takut lak korg xsudi nk nengok. alasan!

bab dapur lg la malas nk cite. aduii, semak btul mata sy tgk dapur sendiri. leh buat sarang tikus. dgn suratkabar lama terperuk kt tepi peti, dgn perkakas dapur yg xtersusun...tmpt ampaian yg kotor. mcm xde org duduk. hahaha.matiklah kutuk rumah sendiri.

keinginan nk mengemas tu ada tp pelaksanaannya tu yg payah sikit. tmbh2 xde moral support from asben..lg la malas. tp xkan nk kena tgu dia ada masa free br leh buat kan??hurrmmmm...

Thursday, October 21, 2010

Gelisah

cemasnya saya..blum pape dh terasa bahangnya dah...mcm mana la sy esok nnt. xnak! xnak! xnak! kenapa sy lg..huhuhu...

dh puas sy tanggung, bgla pada yg lain pulak..merasala sikit cmne kena, tidakla asik org yg sama je..

sy kena ganti p.a lg esok, sengsaranya rasa. sy xtahanla dgn bos sy..cmne nk buat ekk? kalau dia panggil rasa ketar lutut, gagap nk ckp...lg la dia bengang tahap cipan. it's not my fault,ok! if she didn't act like that, i'm not gonna turn like dis..help me plis!

serius ni, sy takut. lau ckp kt asben mesti dia ckp wtpe nk takut, tah pape je..sesapa pun mesti ckp cmtu kan. hanya org yg kena je tau...pada sapa lg sy nk ngadu. kt p.a dia pun dh puas sy ngadu, dia ngadu kt sy lg ada la...hahaha! terbalik plak...

sy nk nangis b4 kena ganti leh x?? mmg dh nak nangis pun nih..uwaa, tolonglah..kenapa sy berperasaan teruk sgt smpi mcm ni? mungkin sy trauma..sbb tu jd mcmni...

tgu jela esok mcm mana..harap2 ada sinar kebahagiaan utk sy...doakan sy

Kpli

salam readers. mgu ni rasa mcm cepat sgt berlalu, sekejapan dh hari kamis n esok plak dh jmt, lusa cutii..yeay! tp sbnrnya sy xde la happy sgt coz asben xde mgu ni. dia ke kedah utk buat sword barrel, kenduri 1 of his best fren. nape sy xikut? sbb sy malas lgpun leceh disamping nk save bajet. hahaha..combine kan sume jwpn dlm 1 phrase..sy xkisah pun xikut, lgpun dia pegi ngn kwn2 naik kete opis so mmg berbaloi2 la..janji jaga keselamatan sudahh..yela, sy pun trauma jgk ngn kejadian yg baru2 ni menimpa fmly kami..minta dijauhkan...

ok berbalik pd topik asal kita. ada sapa2 xpenah dgr pasal kpli? manala tau kan, kekadang yg baca blog kita ni, adik2 yg masih bersekolah. so tentula dorg xpenah dgr/xpenah tau pun apa itu kpli. utk sesapa yg masih blom tau, kpli tu adalah singkatan bagi kursus perguruan lepasan ijazah. kursus ni ditawarkan pada graduan2 lulusan universiti yang berhasrat utk jadi cikgu cikgi..tp..bkn senang tau nk dpt kursus ni, mcm2 kena lalui sblm berjaya bergelar cikgu. 1st skali kena amik exam yg pada sy amat susah lg menyusahkan. pastu interview pastu br la leh masuk maktab2 perguruan yg ditawarkan...

so sy ni atr ribuan graduan yg dh berkali2 mintak kpli tp xpenah dpt. huhu. kesian kan? kwn2 sy sume dh lepas dgn selamatnya tp sy sorg je tersekat kt sini...tp sy xpernah putus asa, sy trus cuba dan cuba lg. slagi kpli wujud dan bukak ambilan baru, selagi tula sy akan mohon. mana tau ada rezeki =) dan utk thn ni pun kpli masih tawarkan tmpt utk mereka2 yg berminat utk jd cikgu cikgi..tp sblm isi borang kena beli no.pin kt bsn dl tau, jgn main redah isi je..ok.

ni sy sharekan link utk isi borang kpli..mudah-mudahan kita sama2 berjaya..amin.

Borang KPLI

p/s : sy pun br nk isi borang. tgh pikiaq2 kos apa yg bersesuaian dgn ijazah yg sy ada..hurmm, susah la plak dh ada ijazah yg xberapa nk match ngn kos2 yg ditawar ni..sy amik bm jela, ajo bebudak sek. tamil ngn cina.....xdela sy diajo blk..
ekekeke

Wednesday, October 20, 2010

Tauladan

sblm kerja dtg bertimbun2, baik sy update sket. nnt xsempat plak...sy ada 1 kisah nk share kt sini dan sy hrp readers sume amik pengajaran dr kisah yg sy nk citekan ni.

sejak asben sy eksiden, sy dh stat naik bas blk. tp hny blk umah je, g keje asben sy hantar. xsempat nk naik bas sbb sy masuk 730 so adalah mustahil utk kua umah 705/710 n trus dpt bas. sy xkisah terpaksa naik bas, sbb bas skrg dh smpi awal (sbb sy kua opis kan awal) , murah pun murah so save bajet =)

apa yg sy nk citekan ialah, masa sy tgh tgu bas smlm, adalah dlm 4,5 org lg yg tgh tgu bas skali ngn sy kt bus stop tu. tgh kami dok tgu bas, tiba2 dtg 1 kete berenti btul2 dpn bas stop tu. cermin kete dibuka n sy tgk org sblh driver tu ada bercakap2 dgn org yg plg hampir yg tgh berdiri menunggu bas. sy agak, mungkin bertanyakan jalan atau bangunan kerajaan. maklumlah, sinikan pusat pentadbiran kerajaan so no wonder kalau ramai org awam dtg atas urusan rasmi. tp sy terkilan sbb org yg tgh tgu bas tu hanya geleng2 kan kepala tanpa menghampiri kete tu, hanya geleng dr jauh seolah2 xnak ditanya/xtau apa2..kurang adab kan??

sekurang2nya hampiri kete tu n tanyala dgn sopan, semestinya org tu agak kita ni kakitangan kerajaan sbb kita berpakaian rasmi baju kurung dan memakai tag! sungguh memalukan...wpun kita diluar waktu bekerja tp imej kerajaan tetap kita bawa. lgpun xkan la xtau nk bersopan sikit wpun kita xtau arahnya ke mana atau bangunan yg dicari kt mana..betul x? kalau xtau, jwp shj xtau smbil ckp minta maaf, kurang pasti..ataupun boleh bg cdgn pd org tu utk bertanyakan pd tmpt lain cthnya pak guard ke, apa ke..ini hanya gelengan yg org tu dpt! sian dia...terkulat2 sy tgk. sy nk tlg, jarak sy agak jauh pulak..ada org yg berhampiran dgn si kena tny tu pulak, siap pusing badan tanda xmau ditanya! apa tu??? adoiii...xpaham2..

so readers, amikla pengajaran ye..jgn la jd mcm budak kecik, kita ni dh besar, dh ada kerjaya sendiri, matanglah sikit...sifat malu itu bagus kerana ia perisai org beriman (lirik lagu kalau berpacaran) tp berpada-padalah!biar kena pd tempat dan waktunya...

Tuesday, October 19, 2010

Misc

xsempat plak nk spend time ngn blog kesayangan nih, asik dtg keje aje..pastu segera lak tuh. mujur sy menten cool =)

ok, express update. since fb dh xleh nk bkk kt opis, just lunch hour je dibenarkan, so mmg boring tahap cipan la..kot manapun kena hadap jgkla keje, xleh nk ngelat sgt. hehe..okla tu, ada kemajuan dikalangan warga buu (ke sy je yg terasa gitu?)

alamak, hujan nk turun dgn lebatnya! cmne ni...sy blk naik bas skg..alamak!masalah besar ni..

help!help!

Asyraf Jadi Pengacara Soal Asyraf

Sinopsis : Program Soal Asyraf ini merupakan penampilan sulung Asyraf sebagai pengacara sejak dinobatkan sebagai juara Imam Muda, Malah program bual bicara ilmiah yang unik ini sememangnya diterbitkan khas untuk dirinya. Dengan demikian, program ini diharapkan akan dapat diikuti oleh peminat Ashraf khasnya dan penonton Imam Muda amnya.


Asyraf akan memberikan jawapan yang jujur dan meyakinkan berdasarkan pemahaman melalui pengalaman, ilmu dan pendidikan yang diperoleh selama ini. Dia akan menjadi dirinya sendiri dan berinteraksi sebagai seorang sahabat untuk memberikan penjelasan kepada secara santai terhadap isu yang dibincangkan.


Asyraf

Jawapan dan penjelasan itu nanti akan dikukuhkan dengan sumber ayat al-quran Al Quran dan Hadis yang Sahih


Soal Asyraf akan membincangkan isu yang lebih universal. Untuk menarik minat golongan muda, Asyraf akan membincangkan pelbagai isu penting serta kaitannya dengan Islam merangkumi aspek sains teknologi, populariti laman sosial termasuklah hiburan dan sukan.


Pendekatan secara interaktif digunakan Asraf untuk menggalakkan penonton menyalurkan soalan dan pandangan. Mereka boleh menghantar terus ke laman Facebook, Twitter, sidang video Skype serta tidak dilupakan kiriman surat.


Turut menjadi kekuatan program ini adalah kelengkapan studio untuk rakaman program ini yang menggunakan kesan teknologi tinggi dan kecanggihan ‘sentuhan multi paparan virtual’ seperti yang dapat kita lihat dalam pelbagai program popular seperti CSI dan Tech TV.


Suntikan teknologi ini diharap dapat menarik golongan muda untuk menonton program bual bicara ilmiah keagamaan ini.


Tajuk program : Soal Asyraf
Produksi : Astro Oasis
Genre : Bual Bicara
Durasi : 30 minit
Episod : 13
Tarikh/Hari/Masa Siaran : Bermula 26 Oktober 2010
Setiap Selasa, jam 7.30 malam
Saluran : Astro OASIS (Saluran 106)


Krew yang akan terlibat:
Penerbit : Raja Ahmad Idham Raja Mohamed
Penerbit Eksekutif : Nizam Hamid
Pengarah : Muhammad Adlan Shaharir
Penulis Kreatif : Mohd Najib Mohd Amin
Pengacara : Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan

Monday, October 18, 2010

Bajet 2011

hi, lamanya xupdate blog..hehe. malas la, apa lg..asik ber'fb' je..sampai dh xlayan blog sendiri. kesian...sudah dpt gading bertuah, tanduk dilupakan. pepagi dh berfalsampah..=)

orait, mari kita ke tajuk utama. amacam korg?? bajet 2011, cun x? puas hati x? sy rasa, yg gembira mesti kaum sy, hehe..syokla pasni, cuti bersalin 90 hari tuuuu!! fuyyooo..lama gila dok umah. kebaikannya utk baby la..xdela kecik2 dh kena bg kt org jaga/anta taska. kesiannnn...=( tp cuti bersalin tu fleksibal tau, bkn stp kali bersalin leh dpt full 90 hari, so pepandaila manage ye, kawan2!

mcm sume org tau, sume penjawat awam gred 54 ke bwh dpt duit poket. firstly, kena syukur even xbnyk...sy tau. kita sume mengharapkan bonus sebulan tp apa leh buat, PM kata bajet xcukup, lau bg jgk bonus, akan melebihi perbelanjaan negara, nak ke? nnt2 kita jgk yg kena byr itu ini nk bg tampung blk belanja ngr yg dh terlebih sudah tu..pastu kita jgk yg komplen2..adussss, xpaham la! utk duit poket yg xberapa nk bnyk tu, simpan atau guna utk kerja2 yg berpekdah org kata, jgn la dpt duit tu p beli tv lcd la, beli henpon la..sekelip mata je la abis lau gitu...

sy n asben lak blom bincang lg apa nk buat dgn duit tu. alhamdulillah kami dpt la 1ribu (laki-bini) n sy sure ramai jgk yg mcm kami. bnyk tu rm1ribu, lau kena cara belanja tu, leh dpt mcm2 benda. janji kena pandai manage. so far, simpan jela kot duit tu tp emmm..mcm xsempat simpan je..haha..biasala kan..kot mana pon, mesti nk belanja utk anak. seratus dua mesti kompem pny...

sblm sy stop nk tny sket, korg tau ke tema bajet 2011 ni? ok, sesapa yg xtau tu meh sy nk share info sket. tema bajet 2011 ni - Transformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi. sy nk amik peksa ni tu yg kena hapal benda2 gini. hihi...nnt doakan sy ek.

k la, nnt sy update lg...babai.

Friday, October 1, 2010

2,162 dilepaskan bayar PTPTN

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Seramai 2,162 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memperoleh Ijazah Kelas Pertama tahun ini mendapat pelepasan daripada membayar balik pinjaman tersebut.


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia melibatkan pembiayaan berjumlah RM59.7 juta.


"Penyerahan surat pelepasan ini julung-julung kalinya diadakan oleh PTPTN untuk mendekati para penerima biaya ini.


"Ia juga sebagai satu penghargaan daripada pihak PTPTN dan Kementerian Pengajian Tinggi terhadap mereka yang telah belajar bersungguh-sungguh dan berdedikasi sepanjang tempoh pengajian masing-masing," katanya.


Beliau berkata demikian pada Majlis Penganugerahan Pelepasan Pelajar Kelas Pertama Peminjam PTPTN dan Majlis Bersama Media di sini, hari ini.


Hadir sama Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said dan Pemangku Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff.


Pada majlis itu, Khaled turut menyampaikan sumbangan zakat bernilai RM100,000 kepada pelajar miskin yang ditaja oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).


Sementara itu, Khaled memberitahu, pertukaran caj perkhidmatan pinjaman daripada tiga peratus kepada satu peratus iaitu pembiayaan secara Ujrah dijangka selesai pada Jun 2011.


Katanya, maklumat terperinci mengenai perkara tersebut boleh diperolehi melalui laman web PTPTN serta akhbar utama pada Ahad ini.


"Pihak PTPTN juga sentiasa melakukan penambahbaikan terhadap sistem sedia ada.


"Antaranya menaik taraf sistem panggilan pusat Institut Pengurusan Perhubungan Pelanggan (ICRM) kepada sistem panggilan Unit Panggilan Pusat dengan mewujudkan sistem Maklum Balas Suara Interaksi (IVR) dan menambah bilangan pegawai kepada 70 orang bagi menyelesaikan isu utama secara terus berhubung pembiayaan PTPTN," ujarnya.


Dalam perkembangan berkaitan, Khaled berkata, peminjam yang telah disenaraihitamkan oleh PTPTN tetapi masih berhasrat untuk ke luar negara perlu menghubungi perbadanan itu untuk menyelesaikan perkara tersebut.


"Seminggu sebelum bertolak ke luar negara adalah tempoh terbaik untuk mengadakan perbincangan dengan PTPTN bagi mengelak timbulnya masalah di lapangan terbang nanti," jelas beliau.


p/s : alangkah bertuahnya mereka-mereka yg terpilih ni...padanla dengan apa yang dah mereka capai..saya ni, entah bila la nak habis bayar..kadang tu rasa mcm nk jadi artis je, leh kumpul duit cepat skit, n bayar lump sum trus..haha, boleh berangan gitu?? sapala yg nk amik saya yg comot lagi selekeh ni nk jadi artis..kan?