Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Thursday, June 28, 2012

Checkup di Klinik Kesihatan

harini giliran baby bump diberi pemeriksaan kesihatan. saya ni punyala xambik kisah sampai kan org tanya dah bape bulan pun, saya tergagap2 nak jawap. last2 hentam 5bln, sedangkan saya dh nak masuk 6bln..ohoo..teruknya pregnant kalini. lagipun perut saya yg xbape nampak membuatkan org pecaya yg saya baru 5bln. tu pun ramai yg complaint perut saya kecik (complaint ke tue? hihihi) pagi tadi pun terserempak dgn akak ex-opis, tegur bape bulan n bila saya cakap dah 6bln, dia sgt2 terkezutt n ckp perut xnmpk..tp saya rasa besar je prtu saya ni..kalau time tidak berbaju tu, nampak nau kebulatan perut saya, hihihi...uppss, cencored!

so far, baby bump alhamdulillah. sihat2 aje =) ni yg sayang ni..duk bebaik kat dalam ye sayang. jgn nakal2. baby bump saya ni kuat menendang, membuatkan saya xsabar nak tau jantina dia, hehe..walaupun xkisah apa jantina skalipun tp rasa teruja nak tau tu tetap ada. tambah2 bila dia kerap menendang, membuatkan saya tertanya2, eh, ni geng si abang ke ni...abang aqel dulu pun kuat menendang, patutla kua2 dia suka main bola. itu yg saya xsabar nak tau..huhuhu. papepon, doakanla kesihatan saya n baby bump baik2 aje ye..

satu je masalah saya dari 1st preggy smpi masuk ke 2nd preggy ni, hb low. saya rasa sume org mengalami masalah yg sama. jarangla yg maintain hb smpi ke tarikh bersalin. ada tu ada tp jarang. selalunya turun naik hb ni. taktik saya tiap kali nk checkup, make sure makan seafood b4 g checkup. slalunya ok tp kalini taktik saya kurang menjadi. padahal saya baru makan sambal kerang semalam. mungkin kena makan betul2 awal pagi before ke klinik mcm yg biasa buat tu, barula hb ok...sebenarnya hb ni penting sbb kadar tinggi rendah hb ni la yg menentukan kadar oksigen yg diangkut utk disalurkan kepada baby dalam kandungan. kalau hb rendah makan kadar oksigen yg baby dapat pun rendah. kalau tinggi means baby dapat cukup oksigen. tula serba sikit kepentingan hb ni. so dear mommies, jgn pandang remeh pada kadar hb..

tetiba jadi misi xbertauliah plak..hehe...

saya tgh survey2 nak buat scan 4D. saya ada beberapa klinik yg disuggestkan n tgh pertimbangkan nak pegi bila. seelok2nya scan 4D ni dilakukan pada usia kandungan dah mencecah 28w atau 6bln ke atas. awal sangat pon xmolek sbb awal2 xberapa nak sempurna lagi pembentukan baby. kalau dah melebih2 plak contoh dekat2 nak deliver pon xdigalakkan sebab masa tu baby dah besar, dah penuh dalam kantung so kalau doc nak pusing2 cari angle yg sesuai pun dah susah. dia dah penuh muat2 dalam kantung. ada paham mommies?? lagipun scan 4D ni bagi saya mahal, ratus2 sampai...paling murah saya survey rm90 tu pun setakat murah rm10 je dari biasa..cuma perbandingan yg boleh kita buat ialah klinik mana yg bagi service bagus..ada yg bagi cadangan pegi klinik yg betul2 bagi parents puas dpt tgk baby kat dalam. layanan mesra, khidmat puashati, harga boleh ditimbangkan..kalau yg mampu, boleh la nak scan tiap2 bulan. cukup bulan masuk frame, hehehe..tp bagi saya xperlu kot. cukupla dia bagi cd ada gambar baby tgh gerak2, a few salinan gmbr baby (3-4keping) n selebihnya tu konsultansi yg memuaskan hati. penerangan pasal keadaan kesihatan baby n mama. tu pun dah cukup..tujuan sebenar kita nak scan ni ialah nak tau kesihatan baby je kan? so dahulukan yg mana wajib k!

checkup harini amat memuaskan hati saya sbb xlama sgt menunggu. utk yg xtau, klinik kesihatan presint 9 menyediakan perkhidmatan wifi ye so bolehla isi masa lapang dgn apa2 yg patut. xla sangap tgk skrin je tunggu nombor naik kan..misi pon dapat yg ramah tamah, best! mmg puas hatila kalini..tp kan ada yg xbest nya jgk tp bkn pasal klinik. lepas je elok saya parking kete, saya amik masa skit dok dalam kete sbb nak makan roti n minum air banyak2. tp lepas tu tekak rasa lain macam so saya cepat2 kua kete. tiba2 rasa nak muntah n bluwekkk, muntah sungguh2. adoii, abis kasut, kain n tudung saya kena muntah. tp sikit jela..tp tetap rasa xselesa sbb kita nk jmp misi, nanti dia nak pegang2 perut kita bagai so rasa xselesa nanti...tp nak xnak terpaksa jgk pegi...dalam keadaan yg xselesa..haiii, nasib badan. moral, jgn paksa minum air banyak2 sekaligus...

next checkup saya kena mintak surat kebenaran doc pasai nak balik kampung naik belon..camne agaknya ye...nantikan pengalaman pertama saya naik belon masa perut tgh membelon..eh!


Wednesday, June 27, 2012

Penangan 6P

kalau xpenah dgr apa itu 6P, anda mmg kesian. nampak sangat xamik tau isu-isu semasa. kalau penah dgr, syabas, anda peka. yg xpenah dgr tu, mungkin anda pekak kot..or buat2 pekak. saya sendiri xpenah nak amik tau pun pasal apa itu 6P tp saya penah la dengar. ianya berkaitan dengan pendatang asing yg terlalu bersepah2 kat negara kita ni..tp lebih2 mmg saya xtau n xminat nak amik tau pun..

tp sejak mula keje kt kdn ni, 6P agak sinonim dgn kehidupan harian saya. mana xnya, hari2 nak g cafe kena rentas lautan manusia yg dok beratur nak daftar kat kaunter2 yg disediakan. ada yg sampai duduk2 kat lantai, punyala ramai..kebanyakannya majikan chinese. sudahla cafe tu jauh, nak kena lalu pulak kt kawasan tu, mmg hazab yg amatt..kdg2 saya beli siap2 makanan utk tengahari. buat bekal utk makan lunch sbb malas nak ulang alik. tu baru cite dalam bangunan, yg luar bangunan pun ada kisahnya. parking kt kompleks d ni mmg dah sedia hazab kannn..almaklumla, semua org putrajaya tau. kalau boleh, xde sapa nak keje sini tp apa boleh buat. kalau sedara ngn ksn bleh jgk sukati nak tukar memana kan..hehehe..pastu ditambah pulak dgn program 6P, double hazab. nak kua ke roundabout (lepas ofis hour) punyala seksa. jem xhengat. dah la kete parking di kiri kanan jalan, kete lalu muat2 je. semalam saya pecah rekod sampai umah lagi 5 minit nak ke jam 6ptg. masa amik anak, pengasuh dah siap pakai tudung nak kua bawak anak dia g bangi gunting rambut...

tp saya xrasa sume org faham situasi kat sini =(

btw, xpelah. xkan kita nak suruh org pikul sama masalah yg kita tanggung, ye dok?nak mintak org faham pun, satu keje. ni kan pulak nak mintak org tanggung sama. mereka pon ada life mereka sendiri. dah berkeluarga ni, komitmen pd keluarga mmg di tangga pertama. tp komitmen keje pon xboleh ditolak tepi. kalau xboleh bagi komitmen, baik benti je kan..

ramadhan dah xlama lagi. biasanya saya tukar waktu keje, balik awal sikit. kalau ikutkan, saya xnak tukar tp xbolehla fikir diri sendiri kan. kena ikut masa pengasuh juga. mana tau dia nak ke pasar ramadhan, so kenala amik anak awal sikit. tp mampu ke sampai ke umah awal?? mesti masa tu berpusu2 org nak balik awal jgk..berebut2 nk ke pasar ramadhan. org yg bujang pon mengeluh sebab kena tempuh jem, inikan pula org yg kena berkejar2 nak amik anak..serba salah dibuatnya.

harap2 6P ni cepat2 la abis. please abg hisham, jangan dilanjutkan lagi 6P ni, stress!

Monday, June 25, 2012

Exam

ni bukan nak cite pasal saya nak amik exam ke ape tp kisah saya yg handle exam. start bulan depan unit saya sibuk nak bukak permohonan exam..oh no, sempatkah saya nak kejar semua exam2 tu dalam masa yg singkat?? dengan perut makin ke depan, saya waswas samada saya terkejar atau tidak..nak xnak, kena bagi kejar jugak sbb kalau bukan saya yg nak kejar, sapa lagi???

kadang2 sibuk yg terlampau bila di opis, sedar2 je dh tengahari, kawan2 ajak ke cafe. kadang2 tu buat2 relek je, bermalas-malasan esp bila time bos xde. ni lah bahananya kalau dapat bos yg bizi mengalahkan pak menteri. masuk bilik dia hanya utk mendapatkan sign dia je pastu pandai2 la handle sendiri. dia akan pantau dari jauh, call/sms tanya perkembangan/status terkini. dia still ada rasa tanggungjawab =) cuma yela, dia pon ada lifestyle yg dia pilih. so kena faham n belajar utk menerima. bagi saya selagi saya mampu buat, saya malas nak komen lebih2..buat jela..nanti2 adalah ganjarannya..kalau bkn dari bos sendiri, mungkin dari Dia..yg penting, buat kerja ikhlas..

oh, bercakap pasal exam, mmg best bila dpt handle bab2 exam ni. quite interesting. benda baru kan, seronokla nak explore. kalau dh lelama tu, rasa nak muntah jgk mcm ada sorg kawan saya tu, dia mmg expert la bab2 handle kursus ni..apa2 benda pun dia boleh selesai cth mcm aritu masa saya first time handle bengkel ke alor setar, dia banyak tolong saya. daripada bab deal dengan pihak hotel, buat bajet, buat minit hantar ksu sign bagai, mmg dia yg banyak tolong. sangat2 terhutang budi dengan dia. tp tula, dia ckp, dia dh sampai nk muntah buat benda ni sbb dah terlalu lama n banyak sangat dia handle kursus =) biasala tu...

eh, lately ni saya banyak cite pasal keje baru kan? perasan x? ada yg menyampah ke ekk? ehh, tapi sukati sayala kan nak cite apa pun, kata blog saya, kehkehkeh...family life biasa2 je. baru2 ni ktorang ke restoran (wah, restoran ke?) chakri, alamanda. restoran tu hidang masakan thai n so far ktorang laki bini suka la. bertambah satu lagi restoran dalam list, senang sikit nak terjah kalau2 ada nak makan2 besar..ktorang order yg simple2 je tp sajiannya tidak mengecewakan. tp macam biasala, agak pricey sikit, nak makan selalu amat tidak digalakkan...hehe

ktorang jgk ada try makanan kat cruise tasik putrajaya. bukan makan atas bot pun cuma restoran kt tepi tasik tu je, menghadap jpm.very nice view.sangat romantik. mujurla datang dgn anak skali kalau x, mesti rasa mcm pengantin baru, hahaha...ohh, makanan nya biasa2 je tp sangat pricey, biasala tempat2 mcm tu. harapkan high class je tp taste kureng...sangat privacy, so kalau yg ada skandal tu bolehla berdating slalu ke situ, oppsss!

ehh, tetiba termasuk bab restoran pulakk, adoyaiii....oklah, stop dulu ye..daa!


Friday, June 22, 2012

Bila lagi

sekarang rajin saya jenguk website spa, check status permohonan. daripada 5 permohonan, 3 permohonan sudah direject oleh encik SPA, terima kasih. entah bila la nak kuar kat paparan skrin - anda berjaya! macam hampir mustahil je saya tgk =(

tahun ni saya mohon utk exam naik pangkat. harapan? ada dan tiada. ada, kalau saya boleh jawap dengan baik dan dipanggil interview. tidak, kalau saya malas baca buku. senang cite...tp sebenarnya bukan senang nak naik pangkat melalui kpsl ni..banyak kriteria yg diperlukan sebanyak saingan yg perlu kita hadapi. so, berserah jela, kalau ada rezeki...

bila dengar ada kawan2 yg dapat panggilan interview, saya happy. baguslah kalau dorg dpt peluang utk majukan diri. kalau nak harap jawatan sekarang..ermmm...ntahlah! bukan xbersyukur tp kita kena ada peningkatan dalam hidup kan? xkan nak tunggu sampai cukup kuota tahun utk naik pangkat, barula boleh naik pangkat. xkan xnak usaha cara lain, selagi boleh? amik exam adalah salah satu caranya dan kalau mampu dan terdaya, apa salahnya kalau sambung belajar. saya rasa xde istilah tua/berkarat kalau nak sambung belajar. selagi kita ada keinginan, semuanya boleh dan mampu, insyaAllah...cuma yela, kita yg dah berkeluarga dan ada anak ni, rasa ralat sikit nak belajar balik, kan? xpe, lain orang, lain caranya...terpulanglah pada masing2 punya cara nak handle..

dah lama saya xdpt panggilan exam jauh skali panggilan interview. masa baru2 habis belajar dulu, rancak jugak tp lepas dah keje tetap ni, makin lama, makin kurang :( dulu saya cakap kat kawan, saya xnak makan gaji. tp saya rasa masa tu saya cakap xfikir kot..tp xjugak. kan saya pernah cakap, impian saya nak bukak bisnes wedding card *___* tapi kita kena redhala ketentuan Allah, takdir yg Dia tetapkan untuk kita. perancangan Dia lagi hebat dari perancangan kita..

ntah bila lagilah akan dapat peluang untuk diinterview keje. masih usaha - menunggu - dan terus menunggu~

#harapanyangtakpasti

Stay-up demi EURO

kata minat bola kan? tp sepanjang euro berlangsung ni, xpenahnya kami laki bini bersengkang mata semata-mata nak layan game bola. asben saya tu sbb dia exam, kalau x saya rasa layan jgk...dan saya pulak, kalau xde teraju utama, lagi la malas nak bangun semata2 nk tgk tb! baik aku tdo lg nikmat!hahaha...

kadang2 tu, saya terjaga juga (sbb saya tdo kt dpn tb ngan anak) bila rasa mcm ada pancaran cahaya, rupa2nya asben yg buka tb, cuak jgk kan kalau tb terpasang sendiri, ngeh3...tercongok kt sofa sensorang tp dia sopan, tgk bola xbising pon. sbb anak tgh tdo kan, gila apa nak buat bising, jaga budak tu jenuh nk bg tdo balik. walaupun begitu, saya xbangun pun teman sbb tau dia mesti nk tgk kejap je, nak lepas gian...sian kan? hahahaha...mana leh layan bola lelama, study xabes lg, sok dh nk exam. dan mmg betul jangkaan saya, dia tgk kejap je...xsmpi pun 30minit =) i noe my asben lorr...

walau mcm mana best pun game pagi tu, saya xde rasa nak tgk pon...saya rasa saya ni semangat kebangsaan kuat kot...hahaha. kalau local game tu, saya teruja jgk nk tgk. siap kalau tertido tu, cepat2 bangun balik nk tgk score terkini. xkira la team mana lawan pon. t-team ke, perak ke, lions ke, pahang ke, atm ke..i belasah aje. kalau international tu, kureng skit..bkn sbb xkenal player ke hape, saya tau depa main lg baguihhh..toksah dok agung2kan sgt la depa tu, bkn depa kenal hangpa pon..cemuihla dengaq org mesia dok gebang lebat pasai player luaq ni..cerita mcm nak reban! yg jantan tu xpa jgk, yg pompuan tu buat chek lemaih skit..bkn anti cuma nasihatt =)

so, diam xdiam, saya memasang impian utk stay-up tgh2 pagi semata2 nk tgk bola. xkesah la game lawan mana pun, nak buat air milo panas sambil cicah biskut empat segi...fuhhhh...mcm best je kan? tp partner plak xde..sob..sob...tgk bola sensorang xsyok. nk sorak pon malass, kalau berdua tu, kurang2 riuh jgk mulut. kalau sorg sokong team ni, sorg lagi terpaksa/kena sokong team satu lg..pastu kalau kalah, over pny reaction smpi berdiri2...hahaha, sapa la tu agaknya?

saya tau ramai kwn2 pompuan saya xminat bola pun. even ade je kwn asben yg xminat bola =) it's normal...tp kan aritu masa malaysia lawan indo/s'pore/team jiran tetangga, tetiba sume tb kt umah pasang bola, kan? best je rasa masa tu sbb nanti tetiba dgr sorakan goal reramai ntah dtg dari mana =) 

semangat kesukanan.

Thursday, June 21, 2012

Katil Patah & Habis Gas

harini kurang 'ong' sket...pepagi lagi dh dapat musibah. seawal 530pagi, alarm saya bunyik menandakan masa utk saya bangun memasak utk bekal anak, tiba2 bunyi 'prappp' kt bawah b**t*t saya..alamakk!! ada sesuatu yg patahkahh??? ikutkan hati saya nak sambung tdo balik sbb mengantuk lg tp bila dh jadi mcm tu, terpaksa batalkan hasrat...

bila jenguk ke bawah, yesss..memang patah! xdela patah seribu tp patah sebaris kayu. adoii..cmne ni??sebelum ni 3thn guna xpenah patah pon. tp tetiba semalam bleh patah plak. eh, korg jgnla pk yg bukan2 plak. kalau korg nk kata saya ganas sgt, habis guna 3thn b4 dis, ok je..xpenah dgr pape bunyik pon. walaupun katil saya murah, tp saya rasa kualitinya bolehla tahan. xde nmpk cacat celanya pon. asben saya kata tilam tu berat tp saya kurang setuju. aritu asben ada kemas katil tu siap angkat tilam bagai sbb katanya banyak semut. dia geram agaknya tgk kaki anak saya abis kena gigit dah buruk rupanya =| nasib la lelaki kan. pastu dia la yg gagah pegi angkat tilam tu sandarkan ke dinding n cuci sume kotoran bawah katil yg mmg malas saya nak bersihkan..huhuhu. jadi saya syak dia salah letak kedudukan tilam atau papan katil tu dh bergerak sikit sbb tilam tu diangkat letak..ke camne ekk?? sbb sblm ni ok je..xkan skrg baru nk patah bagai...xpatot2...

abis cite katil.

yg gas plak, dan2 la time ni nak abis. masa asben ada kt umah, xnak plak dia abis. dasar gedik punya tong gas! mujur sempat jugak saya masak nasi utk anak. tp xsempat goreng ayam. huhu...saya sediakan nasi ayam simple je utk bekal anak. tp tula, xsempat plak nak menggoreng ayam, mujurla ayam tu mmg dah rebus dulu kan..sup pun ujung2 api je dapat..ptg ni baru nk call org gas suruh anta. okla gas saya ni, rasanya berbulan skali kot baru tukar ;) maklumla jarang masak. xmcm korg, sebulan skali mesti tukar tong gas, tol x? rajin2...saya ni dah xingat bila last saya tukar tong gas baru, hihihihi...dasat x?

alahai, pepagi dah rasa mengantuk ni..cmne? pagini makan nasi impit ngn kuah lodeh+kacang..bolehla tahan. pagi ni jgk ada sesi ceramah "walk-in" kat dewan kt bawah ni. so kalau turun, dpt la makanan free. mcm pagi ni ada nasi lemak n air kotak soya =) murah rezeki kan? alhamdulillah...

okla, nanti smbung lagi. arini n esok bos xde lagi, ke kuantan. horrey2 lagi..

Wednesday, June 20, 2012

Ramadhan bakal tiba

lagi sebulan dah nak start puasa :) cepat kan masa berlalu. ada yg masih belum ganti puasa ke? cepat2la..kang xpasal2 kena bayar fidyah plak. ada org seram je dgr fidyah, padahal xde menda pon..nak takut apa kalau dah mmg kita xmampu nak laksanakan puasa...jgn la buat2 xmampu pulak kan...tu lain la cite.

bulan puasa nanti, saya n family bercadang nak balik kg. kalini kami nk merasa berpuasa di kedua2 belah kg, kedah n kelantan. mcm xsabar la pulak...hehehe...asben mengeluh, dh lama dia xbalik kg dia..kesian je saya dgr, saya pon last balik kg masa bln 3 aritu..pastu dh xde balik dah..org jauh mmg mcm ni, tmbh2 yg pasangannya tidak senegeri. untungla sesapa yg dikurniakan jodoh sama negeri =) jangan salahkan takdir kenapa saya kawin dgn org luar negeri, tu sume keje Allah..betul x?

dalam pada tu, asben khabarkan berita gembira yg tahun ni dia dpt cuti selepas raya, yeayyy!! dapatla kami raya bertiga buat kali terakhir tahun ni..;) insyaAllah, tahun depan kami beraya berempat sudahhh...bertambah ahli keluarga kami...makin besar kerak, makin besarla tanggungjawab...

oh, masa dah time..saya kena zass balik cepat2. lau lambat, merasa la tempah jemm melampau nk keluar dr kdn ni..

ok, daaa...

Monday, June 18, 2012

Happy Father's day

untuk semua kaum Adam yang bergelar bapa, Selamat Hari Bapa. walaupun sambutannya dah lepas (semalam - 17 Jun 2012) tapi saya tetap jugak nak ucapkan sebagai tanda menghargai jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh kaum bapa. Esp ayah saya yg tersayang..jasa-jasa beliau xdapat saya balas sampai akhir hayat saya..mohon Allah sentiasa lindungi kesejahteraan beliau setiap masa...

untuk suami tercinta, abang memang hebat!terima kasih untuk segala jasa pengorbanan yang telah abang curahkan kepada kami. Happy Father's Day to u!

bila bercakap pasal bapa ni, saya sentiasa rasa bersyukur dikurniakan seorang bapa yang sangat penyayang. walaupun dia tegas (garang sebenarnya!) tp bila dengan anak2, dia sangat lembut dan penuh kasih sayang. walau kini sudah banyak perubahan tp kenangan saya dengan dia akan kekal dalam ingatan...

walau apa pun yang terjadi, beliau tetap ayah saya sampai bila-bila. semoga Allah saja yg dapat membalas segala kebaikan beliau sepanjang hayat..

Selamat Hari Bapa!

Mengesan Jantina Bayi Dalam Kandungan


Dari blog kathyjem

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki :

  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala
 *********************************************************************************
Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan
  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur


Yang saya tau, saya suka makan buah-buahan - anggur, epal, pair. suka makan kitkat..=)

Bos cuti harini #blinkblink

wohoaaaa...bos cuti harini, komis jumaat pon bos xde, dia p bagi talk kt kuantan. haii, bestnya kalau dia xde selalu mcm ni..hihihi...serabut perut kalau bos ada kt opis kan? tp keje kena bagi jalanla, baru dia pecaya nak tinggal kita selalu kt opis..=)

pagi td saya lambat lagi =( masuk kalini dah 3kali kot saya lambat, semuanya bkn disebabkan jam tp hal2 lain, anak meragamla, kuar umah lmbt la, anak xmo kua umah la..* anak lagi

ye, mmg banyak sgt alasan saya pasal anak. sekarang musim dia meragam, bkn di hari bekerja je, di hari cuti, time p jenjalan pon meragam kaw2..sedih hati. saya tau dan percaya, dia meragam sbb nak dapatkan perhatian. mungkin perhatian terakhir sebelum dia dapat adik. nanti dia akan bawak diri dia sendiri..ohh, sebak rasanya bila teringatkan hal ni...tp masa berdepan dgn situasi tu, mmg rasa tekanan. dia menangis xhenti2, xtau nak apa, nak saya dukung sedangkan saya xboleh/xmampu, kdg2 saya gagahkan jgk wpun sebenarnya saya sakit belakang sejak mengandung kalini. kesian n xtahan tgk dia menangis sampai bengkak2 mata n xde suara..minggu ni asben outstation lg. nampaknya terpaksala saya sorg yg menggalas tugas berat ni..dgn badan yg makin hari makin kurang bertenaga, mmg mencabar sesangat. harap dipermudahkan segala2nya..

banyak keje nk kena setel harini, dari hal keje smpi ke hal2 peribadi bos. ye, saya ni kerani merangkap pa bos jugak. apa2 sume saya kena buatkan utk dia, manja tau bos i ni..lempang kang...hihihi. sikit2 sms la, call la even tengah bercuti mcm harini. so far saya masih mampu lagi layan karenah dia n nmpk mcm dia pon ok je ngn karenah saya yg kdg2 xbuat pon apa yg dia suruh sbb terlupa or xreti buat...setakat ni dia sgt tolerate dgn saya, dr hal outstation smpi ke hal keje2 pejabat. saya penah kena marah skali sbb order mkn xsmpi2 skali bila cek rupa2nya xdiluluskan...my mistake. 

ok, need to go now. take care yaa..daaa...!

Friday, June 15, 2012

Jadi Organizer

alhamdulillah...rezeki di hari jumaat =)

sejak saya duduk di tempat baru ni, rezeki sentiasa melimpah ruah...ada je kawan2 opis panggil suruh habiskan balance makanan mesyuarat. dan harini, giliran saya pulak yang jemput kawan2 opis suruh perabihkan nasi goreng kampung+telur dadar yang banyak xhabis dari mesyuarat pagi td. kenapa saya pulak yg jemput makan? sebab saya yg organize mesyuarat tu, kira jadi urusetia la...tukang panggil semua panel2 n deal dgn chairman, booked bilik mesyuarat, order makan sampai ke setup laptop and shutdown laptop. last skali, panggil kawan2 suruh habiskan makanan...=)

being an organizer...

banyak benda baru saya belajar. saya xtau la kalau ada kawan2 saya yg dah biasa jadik organizer ke hape tp untuk saya, semua ni benda baru yg saya belajar. as i mentioned before, first task saya organize bengkel kt alor setar. pergghhh, menggelabah beb! dari hal deal ngn pihak hotel, deal ngn para panel (which is i have to call each n everyone of panel, one-by-one!) nak jemput dorg ke bengkel tu, bengkel bkn sebarang bengkel, bengkel penggubalan kpsl. nak mintak panel2 ni gubal soalan utk kpsl under KDN. ada yg xboleh dtg la, nak bawak family bagai la, nak tukar tempat/hotel la..maklumla, memasing pangkat tinggi2, banyakla cekadaknya..huhu. tp best jgk layan ragam dorg ni. masa dok layan tu mmg pening pala, rasa nak hempuk kepala sorg2 ngn telepon tp bila dh selesai, bila dikenang2 rasa nak tergelak..hello, dorg PTD kot...tp sgt sempoi perangai sorg2...hahaha....

saya yakin dan pasti, lepas ni saya akan organize lebih banyak lg mesyuarat/bengkel/kursus bagai dan yg paling best, saya jadi pengawas peperiksaan. wahahahaha...never imagine yg 1 day saya sendiri akan duduk kt depan org2 yg amik peksa tu..bagi arahan bagai, edar kertas soalan, kutip kertas soalan, jaga masa, bagitau masa tinggal lagi 5 minit or watnot..korg penah imagine x? saya sumpah xpernah imagine..melainkan lau saya jadi cikgu!hahaha...oh, yg paling ohsem unit saya juga merupakan unit yg akan keluarkan soalan2 exam bagi KDN (ehem2...) sebenarnya unit ni best sbb dapat handle keje mcm ni tp yg membuatkan saya sedikit terkilan, kami masih guna old skul style, mohon exam melalui borg, submit permohonan pakai borg smpi ke nk mintk slip keputusan pon kena print out then hantar ke pemohon. no online2! sekarang barula saya terasa betapa peri pentingnya aplikasi melalui online itu...huhu. dulu masa dok tmpt lama, bos sikit2 nak online, itu nk online, ini nak online...leceh. tp kalau xonline mmg agak haru. saya rasa aplikasi online membantu kerja kita agar lebih efisien...

so far saya rasa okey je kt sini. dari segi masa, mmg ada sikit perubahan. dulu keje kt tmpt lama, saya boleh smpi umah awal tp skrg tidak lagi..paling awal saya boleh jejak umah 530pm. kalau x biasanya 535pm or 540pm, standard la tu..datang keje ok lg..saya kua 730am pun still leh smpi on time. even sebenarnya awal, 745 sy dh ada kt tmpt parking tp disebabkan tmpt parking kt sini kena amik masa 5minit nk menapak smpi ke ofis, so smpi ofis dlm 750-755am la jgk...but still awal kan? hopefully leh kekal mcm ni...balik tu xpela, nk buat mcm mana. mmg masa tu berduyun2 kete berebut nk kua ke roundabout tu..haaa...nak tau, sejak saya keje tmpt baru ni, saya rasa skill pemanduan saya semakin meningkat. bkn nak berlagak tp saya ckp betul kalau setakat berani bawak kete kt jalan straight je, anda tidak digalakkan memandu di kawasan kompleks ni..sungguh mengerikan tmpt parking dia. kalau salah ambik corner leh gesel kete orang! sbb kete parking di kiri n kanan jalan, nak xnak kena lalu jgk. saya sendiri penah terlanggar side mirror kete org tp xde la smpi tercabut side mirror tu cuma terkelepek je sikit...tu pun saya bawak slow abes dah tu...mcm tu la kiranya kengerian tmpt parking kt sini..hihihihi..oh, tp kalau anda adalah pegawai, jgn risau, anda boleh parking di basement. yg bkn gred P&P je kena parking kt tepi2 jalan n parking lot ni..kalau anda pegawai, parking anda selamat!

oh, bercakap pasal bos pulak. saya dapat bos lelaki berpangkat kpsu. first time keje ngn ptd, sblm ni asik keje ngn lawyer je kan...bos saya ni terkenal satu KDN =) sebut je nama dia, semua org tau. padahal kpsu je kot..xkan la smpi semua org kenal kan..tp tula keistimewaan dia. saya dgr mcm2 cite pasal dia b4 saya keje ngn dia, kebanyakkannya yg buruk2 belaka. tp lepas saya keje dgn dia, sebenarnya ada jgk good side ttg dia cuma mungkin org xnmpk sgt. tp setakat ni alhamdulillah, saya okey je ngn dia. xde la rasa stress melampau. lagipun saya rasa saya penah keje ngn bos yg lagi annoying lg dari dia! 

ok, rasanya cukupla dulu karangan bm saya pada hari ni. saya dh dpt arahan dari bos melalui telefon walaupun dia berada nun jauh di utara...alahai encik bos, bercutila dgn tenang...xpayah la pk sal ofis sgt...huhuhu...

ok guys, see u next time, bubbye!!

Thursday, June 14, 2012

Super Duper Bz

lamanya xupdate blog. masih ada ke yg sudi jenguk blog picisan ni?? saya xsempat sgt2 nk update, sudahla kt opis pun kena block, kat umah mmg hareemmm la kan...so di kesempatan yg xseberapa ni, saya cuba jgk nk bagi kabar berita kt kwn2 yg sudi jenguk blog saya..tq ye...

sejak saya duduk di tempat baru ni, keje mmg super duper banyak..selain saya org baru n bnyk benda kena belajar, unit saya sendiri xramai stafff...apa2 sume sy yg kena handle so mmg bnyk keje la..papehal pon, fb tatap 24 jam kt opis...hehehe...sementara dia kasi green lite ni kita gunakan sebaik mungkin...tp kena la kaver2 sket..keje tetap jalannnn...

minggu ni unit saya kena handle satu bengkel di alor setar, kedah. jauh x? my first task tp saya xdpt join :( xdapat join bererti xdpt la jgk timba pengalaman baru...xde rezeki. asben saya tgh struggle ngn exam paper so xsampai hati nak tinggal anak kt dia. sedangkan ada salah sorg dari kami pun, xlarat nk jaga inikan pulak kalau kena jaga sensorang. mana nak exam lagi, mana nak jaga anak lagi..dan saya sgt bertuah sbb dapat bos yg sgt memahami, partner pon ok. walaupun bos saya tu kdg2 ehem2 (xbaik mengumpat bos..hihihi) tp bab2 kebajikan mcm ni no. 1, i lap u la boss! boss saya yg blom kawin pon reti nk utamakan yg mana dulu, tp ada jgk org lain yg sibuk2 nk mempertikaikan ketidak pemergian saya ke alor setar tu..yg pertikaikan tu pulak dh ada family, pelik xpelik la jgk kan...manusia la katakan...

so far, okla tempat baru. masih dalam sesi penyesuaian diri. yg saya tau, saya buat keje saya. boss suruh buat apa, saya buat. benda lain, saya xmo amik tau. blom masanya. tp dalam pada tu, dtg jgk gossip2 panas ke telinga saya tp kena pandai handle la...saya duduk bebaik kt tempat pon, org dtg bercerita kt saya..xpaham!eh, enough about gossip! =)

btw, ragam aqel skrg makin menjadi2.most of d time, saya hilang sabar melayan karenah dia. tp saya xde cara lain, terpaksa. dia meragam hanya dgn saya n abahnya aje..masa parents saya dtg umah, bukan baik berjurus lagi dia...tp bila nmpk aje btg hidung saya n abah dia, trus bertukar peel jadi budak kememeh...hai la anak!

so far, my baby bump growing well :) mcm pregnant sebelum ni, xbanyak masalah. kalini saya xmkn pun ubat doc, susu anmum pon xminum. sukati je nk mkn bila, xmcm masa pregnant 1st dulu, ikut peraturan betul2..hahaha...first pregnancy la katakan...ubat kdg2 mkn, kdg x...bila jmp doc, harusla kata dh abis...hihihi. papepon, doakanla kandungan saya ni sihat walafiat sampai ke saat kelahiran dia nanti, insyaAllah...

ok, kena stop dulu, nak solat jap. nanti saya smbung lg, kay!daaaa....