Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Monday, October 31, 2011

Suka hati

salam,

tajuk mcm gembira tp sebenarnya bukan. tajuk tu membawa maksud, suka hati sayala nak cite pasal apa. ok? ada paham? blog wa, wa punya suka la mau celita apa maaa....:)

arini malas nak bercerita sebenarnya tp terlanjur duduk kt tmpt PA bos, utk mengisi masa lapang (sila jeles) so terpaksa la jgk hapdet blog. padahal arini saje dah dekat 20 kali view blog sendirik, hehehe...

'sahabat baik' saya akhirnya muncul juga, alhamdulillah *lompat bintang memberi jawapan yang pasti kenapakah akhir2 ini mood saya sangat2 ke laut. tak pasal2 mau marah2 sama itu apek di rumah, sikit2 tempiasnya juge terkena pada bapak apek..kesian mereka :( harap2 bapak apek dapat mempelajari sesuatu.

wiken baru ni kami ronda2 cari pasal. xde hala tuju. ikutkan saya, malas nak kuar. tp tgk asben memberi tawaran mcm nak ugut je bila dia ajak kuar *kuang3 trus saya laju2 je bersiap. g jela memana. kebetulan ada plak warehouse sale kat puchong maka ke situ la kami. xde beli apa pun, saje tgk2..

masa otw nak balik, asben salah masuk jalan/highway. tetiba nak salahkan den. den pon apo laeii, berapi laa..berangan bawak kete nak salahkan kita plak. trus senyap seribu bahasa, protes la kunun. tibo2 den nmpk susur galur masuk ke The Mines! eh, nak pegi sini ke, trus berbunga2 balik :) kalau umo anak dah 1thn stgh, adala dekat2 2thn lamanya saya xmenjejakkan kaki ke situ. ok2, saya tau korg mmg selalu ke sana. sejak dah kawin n ada anak ni, saya malas sikit nak ronda2 shopping complex. dpt ronda alamanda pun dah besar rahmat.

round2 the mines, tgk ikan keli yg sebesar peha, shopping brg aqel sket, trus ktorang cabut balik sebabnya aqel dah x terkawal. nak dukung sokmo, xlarat. nak suruh jalan xde maknanya, asyik berlari sakan!dia kan kecik, selit2 celah org dok jalan2, leh bayang x? pastu kalau kita amik nak dukung, dia wat2 lembik badan smpi terbaring atas lantai, hoih! anak sapa la tu..last2 mama ngan abah dia surrender, trus cepat2 kua...huhu.

lagipun nak smpi umah awal, nak tgk game piala malaysia pulok, ahaks!

* tahniah pada nogori, to penyu, don't cry2 k! =)

Friday, October 28, 2011

Manja si Aqel

salam,

dah lama xcerita2 pasal anak bujang saya. kalau ada yg perasan, saya kerap cerita pasal kenakalan dia =) biasala, ibu mana yg xsayang anak. senakal2 anak, tetap saya sayang.

sejak dia dah besar ni, perangai dia pun macam2 peel. org utara kata, banyak akai..blum lagi dapat mulut, kalau dh pandai cakap seksok lagi pening saya dibuatnya. itu xkena, ini xkena..sume nak kena ikut kehendak dia..sekarang ni kalau dia nak apa-apa, dia akan tunjuk ngn jari telunjuk dia yg montok tu smbil wat suara "aa...aaa.." maksudnya "nak..nakk..nak yg tue..." kalau saya salah bagi brg kat dia (bkn yg dia nak tu) dia akan hentak2 kaki smbil geleng2 pala n nangis!sabo jela..

kalau nak tido plak, nak berpeluk. adoiii!! sejak bila, saya pun xperasan tp yg pasti, lepas habis je susu sebotol, nak suruh saya peluk. ajak tido skali...alahai, baru pukul 9pm @ 930pm. awal lagi nak oiiii..tp terpaksa la jgk saya join venture tido skali semata2 nak tido kan dia. last2 skali ngan saya2 skali tertido. esoknya bangun pagi dah kelam kabut nak buat itu ini sebab semalam dh tido awal...

lagi satu, masuk toilet. saya nak mandi, dia pon sibuk nak masuk toilet jgk. bayangkan, kalau dia tgh duduk ngn abah dia then dgr saya dok mandi, melalak2 nak g kat saya, nak masuk toilet jgk. terpaksala saya kasi dia join skali. masa saya dok mandi tu, mcm2 keje la dia buat, amik gayung, masukkan lam baldi, amik wayar paip tu, curah masuk lam baldi, amik gayung, kuarkan balik dari baldi..pendek kata sibuklah!=) tu blom lagi dia siap duduk atas lantai toilet...mau x menjerit saya.

ada sorang kawan serumah saya, tgh preggy anak kedua. kami sama2 preggy anak sulung. meh la join katanya...hehe...xpela, silalah dulu kata saya. masih bersisa lagi sakit bersalin dulu, bila diingat2 balik rasa ngeri plak. saya tumpang gembira jela kalau ada kawan2 yg nak tambah zuriat, saya sokong. bagus sebenarnya, meriah sket rumah =)

eh, ni dah lari topik ni..okla, gua chioww dulu..daaaa!


Thursday, October 27, 2011

Hujan

salam,

sekarang ni tiap2 hari hujan petang. asal petang je, ujan. asal ujan je petang...hehehe...bagus jgk ujan ni, tido malam akan nikmat (bg yg xperlu bgn tengah malam nyusu anak) tapiiiii...tidak pada saya :( lagipun basuh baju kompem xkering! uwaaa....

sejak ujan petang ni, dah bape kali saya terpaksa ulang basuh sbb xbest n rasa xbersih lak terkena air ujan. tp kalau tiba waktu 'M' menyerang, kena ke, xkena ke air ujan, saya angkat jgk jemuran sbb malas dh nak ulang basuh. berlambak lagi baju/towel/suar/cadar nak kena basuh dok tgh queue...

lagi satu, kesian jgk pada penunggang2 motor. esp time nak balik keje...mesti sangkut. smpi umah pon dh lewat. tak pun, ujan2 pon sanggup redah semata2 nak smpi umah cepat. yela, kalau nak tgu ujan reda tah bila...kadang tu ujan mula2 lebat pastu renyai2 smpi ke malam..tu yg tdo syiokk tu..

tapi kena jaga2 la. ujan2 ni, cuaca sejuk so kita mudah dpt jangkitan. demam la, selsema la, batuk la..esp anak2 kecik. setakat ni alhamdulillah aqel masih bertahan. harap2 kesihatan dia akan berpanjangan sihat smpi ke akhir tahun. xmo la sakit2, sian mama dia asik kena amik cuti kecemasan je :( korang pon jaga la kesihatan ek..xmo sakit2, ujung2 tahun ni mesti nak cuti-cuti malaysia (lainla saya, cuti xbanyak - ______ -) so xbest kalau sakit2 nih..ok?

selamat cuti-cuti malaysia! (tetiba)

Tuesday, October 25, 2011

Muram saje

salam,

akhir2 ni mood saya mmg asyik spoil je..nak2 lagi kalau balik umah. saya pon xtau sebab apa. mungkin jgk penangan 'sahabat baik' yg masih blum muncul, mungkin jgk stress, mungkin jgk perasaan semula jadi...

apa-apa pun, esok cuti! huahuahua..xde kaitan langsung ngn cite di atas. bila mengenangkan esok cuti, trus saya kembali bersemangat, sikit! asyik malas dan stress je ngn rutin seharian.

satu lagi benda nak kena pk, nak balik raya aji ke x? eeee...susahnya nak buat keputusan. lagipun saya tgk asben mcm xbersemangat je nak balik kg, lagila buat saya malas nak balik. yela, turn kg saya kottt...lainla kalau kg dia kan...:(

pening la nak pk..stress.

Friday, October 21, 2011

Anak - Freddy Aguilar

Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Ikhlas tapi jauh

salam,

ada sedikit nukilan untuk tatapan kita semua :

kauku sayang,
kemahuanmu kuturutkan
kebahagiaanmu kudahulukan

namun kabahagiaanku
tidak kau pedulikan
sikap kau yang berang
membuatkan aku ketakutan

dimana kebahagiaan
hidup penuh kepuraan
bukan ini yang kuimpikan
untuk hidup berkekalan

jangan pernah bertanya
apa baktiku, apa jasaku
tanyalah hatimu
bahagiakah aku?

aku berbakti bukan paksaan
aku redha penuh keikhlasan
namun di sudut hatiku terdetik perasaan
dikau semakin jauh kulupakan..

nukilan ini saya cedok dari 1 forum, nukilan seorang isteri untuk suaminya..sayu je hati saya baca. saya suka nukilan ni sebab...emmm, adalah :) bila saya baca nukilan ni, terus saya teringat pada seseorang. Sebab tu saya share ngn korang kat sini.


Wednesday, October 19, 2011

Ku Menunggu

tetiba hati menyanyi2 riang lagu ini~

ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu

cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku

saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku

reff:

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta

hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

datang padaku, ku tahu kelak kau kan datang kepadaku

saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu

repeat reff

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu dan juga rindu
dan aku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
ku tetap menunggu

Ada apa dengan Wordless Wednesday

Gambar Hari Raya dengan Opismate

 

 Ngan Geng makan tengahari =)


 eh, apesal budak kecik ni sesat sini?? (^_____^) cayang mama ckit!


Gila bola

salam,

gara2 tgk perlawanan separuh akhir piala malaysia, saya terlepas tgk drama cinta elysa. sumenya asben punya pasal...biasalah, kalau nak bertekak ngn asben pasal bola, mmg kalah punya.

kejap2 kalih tb1, kejap2 kalih astro arena. ada 2 perlawanan serentak, tu yg terpaksa tukar2 channel. masa anak saya xtdo lagi, saya layan la jgk sbb anak saya tu pun gila bola mcm abahnya. kat umah tu ada 3 bijik bola! kecik, sederhana, besar...perghhh!! mujur xde tiang gol..hehe..

tau2 la kalau dah tgk bola, mana bleh nak tukar walaupun sekejap ke channel lain, bola kan xde iklan..dah banyak drama pending dlm list saya nih =) nak tgk kat youtube...kononnyalahhh!!!leh caya ke?

eh, asben y'all xgila bola ke?

Tuesday, October 18, 2011

Kaki TB

salam,

korg kaki drama melayu x? eh, silap2..patut kena tny, korg kaki tibi x??hihihi..sebab kalau kaki tibi, mesti kaki drama jgk kan, xkirala drama melayu ke, korea ke, indon ke, sume disapu habissss..=)

saya kaki tibi, saya ngaku =) kalau bangun pepagi je, mesti nak bukak tibi. xkirala tgk ke xtgk, apa2 rancangan pun xpe asalkan ada bunyik dr tibi, obseskan??hehe..xdela sgt. sebenarnya xtau nak buat apa kt umah tu, tu yg pasang tibi. tp kan, kat umah asben saya di kg, xbape gemor sgt pasang tibi, xtau pasai apa..jadik xkanla saya sbg menantu pilihan (pitam!) memandai nak pasang tibi pepagi butakan..

ok, sekarang kat tibi tgh panas dgn drama2 melayu yg best2..boleh dikatakan bnyk jgk yg saya ikuti. selain pelakonnya yg kuit muit, jalan cerita yg super best membuatkan rasa asik nak tgkkkk aje..jumaat lps baru je tamat cerita yg mendapat perhatian ramai, tahajjud cinta. saya follow cite ni dr mula tp tgh2 sy bnyk miss, dekat2 ending br hegeh2 nk tgk blk...1 drama yg mengangkat martabat wanita pada pandangan saya.

ptg2 lak, lepas bergembira layan upin&ipin, tgu drama soffiya lak. tp drama ni xdramatik sgt la..memula je mcm nak tercabut jantung penonton menengoknya pastu dah flat. tp saya rasa endingnya suspen kot..hihihi. saya xsuka nak predict ending cite..malas. xde masa kot nak berfikir apa ending cite tu, layan je...saya jgk xemo kalau ending xseperti yg diharapkan...biasala tu, namapun cerita je..sukati pengarahla nak buat ending dia cmne kan..=)

ramai kot yg follow cite soffiya ni. kat opis saya, kalau ada kwn2 yg miss episod, mesti ada tukang cerita yg akan cerita balik, salah sorgnya sayalah tuh..kahkahkah. tp saya pun bnyk je yg miss episod. jangan suruh saya review cite soffiya ni sudah..malas oh!

malam ni ada drama cinta elysa. follow x? drama ni pun saya bnyk miss tp tetap berminat nk follow. botak juvana tu mcm macho je..huhu. i loike! garang2 tp still lembut hati...mcm asben i la tu...kuang3..

eh, okla. dah merepek2 ni..daaa

Ada sesapa nak jadi ID saya?

salam,

kesian asben semalam. xpasal2 terkena tempias moody day saya. yang saya ni plak, bukan main hepi masa kt opis, bila blk umah trus rasa stresss, ape kes?

sumenya gara2 tension dgn dekorasi umah sendiri yg tahhapehape. sebab tu malu nak menerima tetamu, uppps! bila dgr je ada tetamu nk dtg, mulala mcm cacing kepanasan..mana nak kemas umah lagi, mana nak masak lagi...huhu. haiyyyohhh, how larrr...

jeles je bila tgk umah org ada karpet, ada frame gmbr tersusun rapi, ada meja makan, ada sofa, ada almari hiasan..umah saya ada yg ada, ada yg xde..brg plak bersepah merata2..kalau anak masuk dapur, habis diangkutnya brg2 dlm laci dapur ke depan..hohoho..penat gile nak ulang menyimpan. haritu, hampir2 saya nak beli pagar, letak kt pintu dapur tu..senang sikit. tp kang jenuh asik dgr anak melalak, last2 terpaksa lepaskan dia masuk dapur jgk..sebab kalau saya sekat dgn almari kasut pon anak saya dah melalak mcm kena lempang! uhuhu..kusut!

masuk bilik plak, mengeluh lagi..kenapala bilik serabut sgt? bknnya xpernah kemas tp tetap nmpk serabut, kenapa ekkk?? saya kot yg xpandai mengemas. lepas ni kena cari website yg leh ajarkan cara nak susun atur perabut dlm umah..saya sukakan umah yg praktikal. bkn setakat letak utk pameran dan nmpk cantik je..buat apakan? umah saya dahla kecik je..eh, lagi satu, saya tgk kan apesal umah org nmpk cam besar ekk?? umah saya nmpk sempit sedangkan xde perabot..umah org lain sofa lagi, meja makan lagi tp nmpk kemas n lapang...:(

kemas mengemas ni tugas saya je, asben xamik tau pun. maybe dia xminat kot..tah la. saya plak, bnyk masa kat umah so mestilah saya yang bertanggungjawab nak decorate2 umah ni..sebab saya rasa, kalau tetamu dtg n tgk umah xcantik, org xkan mengata si asben, org mesti mengata si wifey. tp kalau umah cantik, org xkan memuji si wifey sahaja sebaliknya org akan turut memuji si asben jgk, setuju x?

ada sesapa sudi jadi interior designer saya x?=)








Monday, October 17, 2011

Duit = Air, Air = Duit???

salam,

kalau wiken je mesti nak kuar jenjalan. sblm tuh, mesti nak kena cucuk duit kat atm. lau x, xbest lak jenjalan xde duit. nak beli tu xleh, nak beli ni xleh...grrrrr!

so smlm saya pun, draw la duit kt atm, barang seratusdua, bukan nak soping memana pun, alamanda je....beli susu anak, beli brg dapur cket2, balik umah check duit smbilkemaspurseygterkeluarduit, tengok2 tinggal seratus je :( trus rasa xnak makan, motip???

betul bak org kata, duit ni mcm air yg mengalir. takat2 p pasar tani bawak duit rm50 xde maknanya. dpt la kot beli ayam sekor, ikan 5/6 ekor, sayur mayur cket, telur sepuluhbijik...tu jela...kalau nak beli mknn siap kena wat kua lg rm50. huhu..betapa keciknya nilai rm50 sekarang...

kadang2 saya draw duit bnyk2 siap2, konon2 malas nak ulang p atm skali apa jadi? duit yg bnyk2 tu  habis dlm sekelip mata & lebih teruk, saya xtau kemana duit saya tuh dah dibelanjakan..erk!sedangkan xde pulak saya soping beli baju2 ke, tudung ke, mekap ke..tp still cepat habis. bila difikir2kan, rupanya saya guna duit tu utk beli makanan kat tmpt keje ygharganyamahalnakmampus buat beli brg dapur kalau kua ke alamanda sebabtaknaksusahkanasbenasyikkenabayarje  isi minyak kete (kadang2) n pelbagai la lagi yg kecik2 (rm10, rm20...) kalau bulan tu terasa nak beli baju baru, mesti over bajet dah..kalau musim balik kampung lak, haruslah pokai laki bini...apa boleh buat...

masa bujang2 n xde anak dulu, gagahla jgk saya ni berjimat cermat. nak kata saya ni cermat sgt tu xde la, tp okla sikit dr asben, kuikuikui...matiklah kutuk asben sendiri. tp skrg, emmm..nak jimat rm50 sebulan pon susah..banyak sgt komitmen nak kena tanggung. bkn mengeluh tapi kenyataan...so kena terima dan hadapinya.

kalaulah air boleh bertukar jadi duit, kan best..hehehe...










Wednesday, October 12, 2011

Cinta Monyet

salam,

baru lepas baca blog cikpuanzana pasal cinta monyet atr dia dan asbennya. tahniah terlebih dulu sebab berjaya mengekalkan ikatan percintaan selama 10 tahun..bukan senang nak jmp org mcm dorg ni..istimewa sgt. saya pasti antara ramuan utama dalam mengekalkan momentum percintaan mereka ialah setia. bukan senang tau nak setia pada yg satu tambah2 pulak kalau dapat jumpa org yg lebih baik dlm segenap segi berbanding org yg kita sayang. so, tahniah eh dik!=)

saya ada satu kisah pasal kawan saya masa sekolah menengah. kawan saya ni top student masa zaman sekolah, gifted gilerrr. sebab apa saya ckp dia gifted, sebab dia ni bukannya budak poyo2 study bagai, study pon memain. tp dia dianugerahkan otak yg cepat pick-up di dalam kelas, kelasssss kan? kalau org lain terkial2 nak kejar cikgu ajar dalam kelas, dia sekali tangkap je..untung betul dpt otak geliga cmtu. saya rasa mcm pernah 1 kelas dgn dia tp ingat2 lupa plak..xpe lah, lupakan. tapi saya nak cite, dia ni, sepandai2 dia ni, satu je yg dia xboleh menang, boifren. dia kena, mesti, perlu dan seangkatan dgnnya la, memiliki seorang lelaki dlm hidup dia. kalau x, dia xboleh studi. erk!

saya xrapat dgn dia sbb yela, kita ni sapa kan nak himpit2 bebudak glams camtu. tp saya dgr cite, mak pak dia penah la halang dia bercinta. tp dia kata dia xboleh kalau xbercinta. bagi dia, bercinta tu umpama semangat utk dia studi...pulak! kalau org lain dah koya2 xboleh blaja, dia sebaliknya pulak. lepas tu, si lelaki yg berjaya mencurik hati dia tu adalah seorang budak nakal dlm sekolah...huhuhu..masa tu saya terpikir, kenapala ko pilih budak cmtu. ko tu dah la pandai, comel plak tuh, bersusun org nak kat ko tp ko pilih si ayam tu jgk. kalau nakal tp pandai xpe. ini, dia top student, boleh plak si pakwe bottom student. nama manjang dok bawah. kat mrsm ni, result dipaparkan utk 1 batch tau, bkn ikut kelas. so leh bayang x, nama si makwe kat atas2, nama si pakwe kat bawah2...si makwe kelas 1st, si pakwe kelas last. wakakaka...kelakar lak kalau ingat balik.

tapi korang, yg saya nak cite sebenar2 nya ialah, dorg kekal couple dan dah pun bergelar suami isteri sekarang, alhamdulillah =) tabik spring kat depa 2orang nih...kalau nak dikira, agaknya lebih kurang sama la kot tempoh percintaan dorg ngn cikpuanzana. si makwe tuh dah tentu2 berjaya dan mmg sekarang dia seorang engineer pon tp yg menariknya yg si pakwe tu, dulu bkn main nakal tp skrg kalau xsilap saya berjaya sama mcm si makwe tu jgk. cuma saya xpasti kerja apa. agaknya semakin meningkat dewasa, kematangan fikiran pon seiring sama. paling xsangka, jodoh dorg kuat. dari hanya cinta monyet, berkekalan sampai ke jinjang pelamin ^____^

bagi saya, nak bercinta di zaman belajar tu boleh tp kena pandai handle. adik saya sendiri bertukar ganti pakwe, boleh dikata tiap tahun org yg berbeza tp result exam mantap so dari nak marah kaw2 trus cool, hehe...pokoknya, pelajaran tetap perlu diutamakan. nak bercouple ke, nak beradik angkat abang angkat ke, kena dahulukan pelajaran. kalau rasa2, dgn bercinta tu, buat korg rasa koya xtentu pasal, sikit2 nak bergayut, sikit2 nak ajak dating, udah2 la bercinta kalau gitu. tapi kalau bercinta dgn cara studi sesama, saling memberi sokongan, saling berbincang...saya pon nak! hahahaha...

tahniah sekali lagi pada cikpuanzana & kawan saya tuh!semoga Allah merahmati kehidupan anda sekeluarga, amin.

Tuesday, October 11, 2011

Kejam!

salam,

baca paper semalam? kesiaaannnnn sgt! berita pasal bapak liwat anak kecik yg baru umur 23 hari!! OMG..hilang akal apa??? dia liwat sebab mak budak tu xnak 'layan' dia. bini dalam pantang kottttt, gila s**s betol...

orang sekarang dah hilang sifat perikemanusiaan. lagi hina dari binatang, lagi busuk dari haiwan! kenapala wujud manusia mcm tu dalam dunia ni...

minta2 kita dijauhkan dari di kelilingi oleh syaitan2 yg bertopengkan manusia mcm ni..

amin.

Happy, happy

salam,

xtau nak bubuh tajuk apa, hehehe...kering idea lak sejak akhir2 ni. memandangkan mood tgh happy (xtau sebab apa) so kita bubuh tajuk berdasarkan mood la ekkk...boley? boleyla..kata blog saya keennnn...

walaupun fikiran berkecamuk dgn mcm2 perkara yg xsetel2 lagi
tapi tetap buat mentennnn...

24 okt ni ada konvokesyen adik saya di uitm shah alam. tp xpasti lagi saya dpt attend ke tidak sebabnya saya ni cuti dah tinggal nyawa2 ikan. mana nak simpan cuti utk raya haji lagi, utk kecemasan lagi, utk cuti2 ujung thn lagi..huh! tahun ni paling dasat skali cuti tahunan saya..azam nak menyimpan cuti hanya tinggal azam..harap2 thn depan dapatla saya tunaikan azam yg satu ni..so utk ke konvo adik, mungkin hanya mohon pelepasan waktu pejabat sahaja...harap2 dapatlah pelepasan.

asben saya dah selamat sampai ke umah jumaat lepas, alhamdulillah..semuanya berjalan seperti yg dirancang..asben bawak balik ole2 utk kami =) ingat jgk dia kat anak bini dia ni...hehehe...

oklah, nak p solat...masa dah time.

xoxo.

Kejar Mengejar

salam,

dah jarang update blog T_T lagipun xde apa cite menarik yg nak dikongsi. jugak kekeringan idea. seronok tgk blog org lain bertambah2 meriah. rajin dan semangat update blog setiap hari..bagus2.

saya adala beberapa keje yg nak dikejar. bukan apa, selagi xsettle2 keje2 tu, selagi tu la hidup rasa xaman tenteram. asik teringat2 je..bila nak buat keje yg ni, teringat keje yg tu. bila nak buat keje yg tu, teringat plak keje yg ni..susah hati dibuatnya. haiii...bila la nak siap.

kadang2 ada jgk saya cuba bawak balik umah, kononnya nak cuba buat kat umah tp malangnya...harapkan angan2 jela. beriya bawak beg berat2 skali kat umah xde maknanya nak buat...kenapa ehhh?? mcm susah sgt2 nak pasang laptop, on broadband n wt keje...tambah2 bila memikirkan ada bantuan yg xdiundang, melemahkan semangat nak buat keje...hehe, sapa lagi kalau bukan si budak kecik tu...

so terpaksala angkut balik ke opis. sudahnya xkemana jgk keje2 tu..terperap kat opis jgk. huhu..

kalau dpt siapkan sume keje tu, alangkah bestnya..lapang dada. emm, pelan2 la kan...nak kalut pun xkemana jgk...eh, okla, nak wat koje ni, daaa...hehe


Friday, October 7, 2011

Open

salam,

sempena pembentangan Bajet 2012 harini, saya baik hati 'bukak pintu' utk blog saya =) meh kita sesama share pape info best harini, kay!

pada yg rajin nak tunggu announce Bajet 2012, bleh klik kat sini. ada beberapa channel tv yg tayang live pembentangan Bajet 2012. pilih je yg mana nak. so sambil2 korg tunggu, sambil2 leh layan tv gitu..

info2 best yg saya dapat :

- gaji naik 15% @ 20%
- bonus sebulan gaji
- cola/ elaun ditarik 
- saguhati rm500
- xdapat pape! (ni info asben i! info lah sangatttt...xleh pakai langsung!)

so, korang tekalah yg mana satu pilihan kalbu. sape dapat teka tepat, saya bagi RM limabelassen..ok? hehehe...

p/s : jangkaan di atas hanya available utk penjawat awam sahaja..ehem2...

Wednesday, October 5, 2011

Impikan Percutian

salam,

dah lama rasanya xpegi bercuti. last kami sekeluarga bercuti masa cuti raya cina awal thn lepas. kami ke terengganu. manyak syiokkk!! tu pun alang2 balik dr kampung saya, kalau nak harap pegi dr sini, maka xsampai la ke sana...

bagi asben saya lak, balik kg itu adalah percutian. boleyhhh?? iyela, mmg la kami amik cuti masa tu tp bkn nya pegi ke tempat2 menarik pon..sesekali nak jugak pegi tgk negeri org, betul x? mcm asben sy tuh, kalau dia outstation, dia dh kira dpt jenjalan negeri org. sebab tu dia xberapa eksaited kalau saya ajak..

tapi kalau nak bercuti ni kena simpan duit siap2. lebih afdhal, 3,4 bulan sebelum bercuti tu..barula duit gaji xcepat kering. tambah2 kalau pegi ke tempat2 yg xboleh nak bawa kenderaan sendiri mcm kat pulau2, sudah semestinya kita nak sewa kereta kan..tu aje dh berapa ongkosnya. nak shopping lagi..nak2 kita yg pompuan ni, selalu aje over bajet...hehe. nk pinjam duit asben pon, skali tu xpela jgk, kalau 3,4 kali asik mintak, mau jelingan maut dapat..haha.

pegi bercuti ni bkn apa, nak hilangkan stress je. lagipun asik menghadap rutin sama je hari2, skali skala tukar angin apa salahnya. kalau dpt pegi reramai lagi seronok mcm pegi ngn family ke..tp tula, bajet pun kena la bertambah jgk. tp kalau sorg sikit pakat2 kua duit, no hal lah..kurangla skit beban kan..

xpenah pagi pulau. pulau langkawi pun xpenah smpi..org kata brg2 kt sana sama je ngn kt kl cuma coklat n pinggan mangkuk jela yg murah sket. tp tula, kalau kita beli brg dr sana nak kena tax pulak kalau nak bawak kua..satu hal lagi...so pi mai pi mai..harganya lebih kurang sama jekkk. penat ada sbb bawak jejauh nak bawak balik..tp kalau takat nak kenal tempat tu ok kot. bilala saya nak smpi sana...

pegi tmpt dekat2 pon ok jgk. mcm cameron highland ke, bukit tinggi ke, melaka ke, pD ke..jimat sket bajet. yg penting kita enjoy bila kat sana...dari haritu lagi saya sebut nak p bukit tinggi, xsampai2 lagi..dh nak dekat akhir tahun ni..huhu. banyak sgt halangannya. tahun depan kot, insyaAllah..

jom kita bercuti reramai =)

Terima kasih pada teknologi

salam,

semalam saya ber'video call' dgn asben..biasanya, tiap ptg lps sms asben gtau dh smpi umah, asben akan call atau 3G kami anak beranak di umah. nak nengok anak jantannya la..yg si kecik tu pulak tersipu2, terkulum2 mulut dpt tgk abah dia..suka la tu! hehehe..yg si mamanya ni pon xketinggalan jugekkk..kehkehkeh

asben call semalam tny password emel. kebetulan saya dah tukar password, tu yg menggagau xtau nak bukak..login pat lima kali xbuleh2..saya kata, login je emel dia, pastu kita video call..then dia ok! before tu, saya tny reti ke cari kat mana nak bukak video call bagai, al maklumlahhh..cik abg saya tuh agak buta it sket...keskeskes...mujurla dia jumpa cari. lagipun dia pinjam lappy anak buah dia..

bila dh on je video call, si kecik tu pun apa lagi.."bah..bah" windu abah dia la tu...cian dia. pastu asben saya pun suruh la dia buat mcm2, si kecik tu pun mengikutla..suruh tepuk, dia tepuk, suruh hi, dia hi, suruh flying kiss, dia flying kiss..asben saya sengih, dia pun merenyih sama...hehe..so suwitla dua beranak tu...mama dia ni xlayan dah...huhu


kitorang dpt Vcall kejap je. kejap pun jadiklah kan...wat lepas rindu. xsabar nak tunggu jumaat ni. tunggu kepulangan asben ngan pembentangan bajet 2012...wuwuwu...harap2 adala sesuatu utk penjawat awam. tapi ada yg skeptikal ngn bajet 2012. emm, kita pk positif jela..jgn la asik nak kondem kerajaan. kalau nak kondem kerajaan, jgn makan duit kerajaan (gaji), betul x? walau pandangan politik kita sebaliknya tapi jgn lupa ngn rezeki yg kita dpt tiap2 bulan utk menyara keluarga tuh..ada cara kalau nak protes. kita kan negara demokrasi. 

p/s : saya adalah pengundi atas pagar. peace no war!