masuk harini, dah 3 hari saya bersantai2 kat ofis. xbuat keje apa pun melainkan yang diarahkan boss :) asik2 belek fb, henpon, blog, layan lagu raya, blog walking etc...haha, syorga! bukan apa, saya tgk org lain pon lebey kurang jek, mood raya blom habis lagi, apa boleh buat...
tp kan, bos saya semalam mmg amat2 lah menjengkelkan saya. kebetulan harini dia cuti (lega!) so sebabtu agaknya dia asik kejan saya buat itu ini. naik tensi saya dibuatnya. dahla kena sound sedas, ciss!! kata dia
" nik, dah emel dah yg saya suruh emel tu?" - blum, jawap saya
" dah cakap dah kat semua" - blum, jawap saya
" dah booking bilik mesyuarat dah?" - blum, jawap saya
"haa..abis, bila nak buat tu? taun depan??" - grrrrrr!!
saya mmg bermalas-malasanla 2,3 harini..dahla mmg malas nak kesana kemari dgn perut besar mcm ni, dia pulak suruh buat itu ini, mcm xfaham2 pulak keadaan saya. sampaikan ada kawan tegur, senangla nik bersalin nanti, asik ke hulu ke hilir je..emm, tau xpe!mintak2 masinla mulut dia..amin.
sekarang ni saya kerap ditanya bila due bersalin. kenapa agaknya ekk?? agaknya sebab perut saya ketara nampak besar kot??ntahla..tp mmg terasa kemengahannya. dan mmg diakui, saya banyak berjalan masa peknen kalini kalau nak banding dgn peknen dulu. selain peknen dulu banyak duduk je kt opis, parking pon dekat dgn opis. mcm skrg, parking pon menapak jauh, apatah lagi opis besar, tempat duduk belakang, nak ke kafe masyaAllah jauh ya hamat, pendek kata mmg banyak eksesais la. moga2 dipermudahkanla saya bersalin nanti..amin, amin ya robb..
kalau blog walking, sana sini orang dok ralit bercerita pasal kisah raya masing2. yela, mood raya masih bersisa tebal, baik diterjemahkan ke dalam blog awal2, kang kalau dah ujung2 xde nya nak semangat cerita pasal raya..kisah raya saya?? biasa2 je tp nantilah saya ceritakan kalau ada kelapangan. alah, bukan ada peminat setia pun dok tunggu entry saya hari2..so santai2 jela, take time..
saya tgh dok tanya2 cik gugel ni, resepi apa yg paling ringkas utk disediakan sempena syawal ni. mana tau kut2 ada kenalan nak dtg kenal umah. bolehla saya buat yg ringkas2. nak masak yg berat2 mmg xlarat dek non! disamping xhebat di dapur (pengakuan ikhlas), saya mmg xlarat nak masak bnyk2. kalau org dtg barang, 3,4 orang tu boleh la gagah lagi. tp kalau sampai 7,8 orang tu, aduhaiiii..seram sejuk dibuatnya. nak import pembantu, masing2 nun jauh di kampung halaman. kesian pulak nak suruh dtg semata2 nak suruh tolong masak. lainla kalau buat open house, haaa..yg tu mmg kena import khas dari kampungla..kalau buat house warming ke, jamuan kecil2an ke, bolehla, tp kalau takat kawan nk dtg sorg dua ni, xpayah kot. masak jela apa ada...ehh..terbebel plak :)
jumaat ni cuti sempena merdeka, horray! blehla rehat2 kat umah. kemas apa2 yg patut. mana tau, ada yg nak bertandang nantikan..=) so sempena cuti merdeka nanti, saya nak ucapkan
sapa bijak, sila teka apakah tema sambutan kemerdekaan tahun ni??





No comments:
Post a Comment