Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Friday, August 3, 2012

Salam Ramadhan

*nasib baik tengahari ni boleh bukak blogspot, kalau x kompem sangap dok opis..

haii, lama saya xjenguk blog ni. harap2 semua ok la ye..puasa ok ke? ke ada yg dah ko? hahaha..kalau dah ko tu, sama gengla ngn saya tp saya baru tinggal 1 hari je..semuanya gara2 hampir nak pitam *rujuk entry sebelumnya

amacam persiapan nak raya? sudah mula bershoppingkah anda2 semua??? kata dapat bonus..yg gaji lebat tu, bonus komfem lebat jgk kannn..saya ni bonus seadanya aje tp tetap bersyukur..alhamdulillah, ringan sikit beban nak dekat2 raya ni. tq pada PM :)

saya dah plan nak laburkan duit bonus ke mana..ofkos la sesuatu utk kelengkapan raya tahun ni, insyaAllah..selebihnya utk topup mana2 yg patutla, huhu..baju raya pon blom cari lagi ni. kami laki bini dok pening nak cari baju raya kat mana esp saya la kan..bunyi senang, nak cari jubah tp ingat senang ke nak jumpa jubah yg bersesuaian dgn keadaan saya sekarang. almaklumlah, dah nak masuk 7 bulan sudah kandungan saya ni, alhamdulillah. sedar xsedar kan..so bukan sembarangan jubah boleh masuk dgn badan saya ni. masuk kot atas, ok, kot bawah pon ok skali sangkut tang perut pulak dahhh..terpaksa cancel mana2 baju yg dah berkenan di hati tu..

tahun ni warna tema baju raya kami sekeluarga insyaAllah, biru/turqoise atau sewaktu dengannya lah. setelah puas memikirkan pelbagai cadangan warna yg dikemukakan, akhirnya kami sepakat memilih warna biru. apa2 la yg berunsurkan biru, biru laut ke, biru gelap ke, biru hijau aka turqoise ke, janji biruu..yg dua beranak lagi tu xde masalah, shopping last minit pon xpe. tp mak buyung ni xboleh last minit, last minit..nanti xde baju raya ahkak tau..so bila agak2 cadangnya nak stat shopping ye??mungkin lepas dpt bonus kot..wahh, menempah jem tu namanya. tp kalau nk shopping sekarang, mana nak cekau duitnya??

puasa tahun ni mcm tahun sebelum2nya, kami sekeluarga lebih selesa (wahh, selesa ke??) membeli di param. bukan apa, kalau nak masak tu, mmg xdapatla. setakat balik masak nasik tu, sempatla. saya n asben balik mcm biasa, xtukar waktu bekerja. so dgn tmpt keje saya yg mmg sinonim dgn jem tambah2 lagi time puasa ni, dgn asben pulak tmpt keje jauh, lebih senang ktorang membeli juadah sahaja. saya hanya masak nasi. lauk tu pulak ktorang akan buat makan sahur sekali so xde pembaziran berlaku. standard 3 jenis lauk yg akan kami pilih so cukuplah utk bersahur nanti, alah, setakat makan berdua apalah sangat. xsalah kalau nak memasak, yg rajin tu masak la, yg malas/xsempat mcm saya tu prefer beli je kt param. cuma kena pandai2 pilih. kadang2 ada yg xsedap. nasibla kan..nak buat mcm mana...so kalau dah tau gerai yg masak sedap, better korg stick je ngn gerai tu. xpayah pening kepala nak pusing tmpt lain, ok?

panjang pulak celoteh kalini. hehe..so utk yg berpuasa, selamat berpuasa dan berbuka bersama keluarga tercinta. utk yg xpose, sila bersiap sedia untuk ganti puasa ye! hehehe..


3 comments:

Zana Adieyza said...

zana bab shopping raya semua buat sebelum puasa.. hihihi.. masa puasa ni cari keperluan tmbhn jer, kiranya x beli pun xpe.. sebabnya, zana takut shopping last minit.. nanti semua yg kita nak dah xde & keadaan masa tu sesak sgt kan..

selamat berpuasa kak nik.. mesti comel perut kak nik sekarang ni kan?

Ayu Ayunie said...

biru turqoise tema kami tahun lepas.. mmg cantik kaler tu. :)

anuar said...

zana :
soping b4 puasa pon ok..elakkan kesesakan. tp kalau time2 dekat raya ni kan, lg banyak sale. murah2, gila sekejap. hahahaha..tmbah2 kalau brg yg kita nak tu ada sale manyak...huhu, syiokkk..

ayu :
cantik mmg cantik tp agak susah rupanya nak cari kaler turqoise ni esp baju melayu..