KUALA LUMPUR: Peneroka Felda seluruh negara terus-menerus menerima durian runtuh apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengisytiharkan dividen interim 5.5 sen seunit dengan semua mereka akan dibayar RM400 seorang.
Beliau berkata, lebih daripada itu, Felda juga memperuntukkan RM360.7 juta bagi membiayai 800 unit saham milik peneroka dan mereka hanya perlu membayar RM50 sebulan sehingga pinjaman tanpa faedah itu selesai selama lima tahun. “Walaupun baru dua bulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) disenaraikan, mereka sudah dapat dua dividen iaitu daripada pegangan 800 unit saham dan dana amanah 20 peratus bernilai RM730 juta.
“Dividen saham peneroka berjumlah RM44 dan dana amanah pula RM356 menjadikan dividen interim RM400 yang akan mereka terima secepat mungkin.
“Manakala dengan keputusan membiayai unit saham itu pula, peneroka tidak perlu keluar wang sendiri atau membuat pinjaman bank,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Raya Kumpulan Felda di sini. Turut hadir pada majlis itu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
FGV disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu. Pengumuman itu sekali gus menolak tohmahan pembangkang yang mendakwa peneroka Felda akan rugi berikutan penyenaraian terbabit. Pembayaran dividen itu adalah tambahan buat 112,635 keluarga peneroka yang baru-baru ini menerima durian runtuh RM15,000.
Najib berkata, keputusan pembiayaan itu dibuat selepas Felda disenaraikan kerana kumpulan itu memperoleh dana besar hasil penyenaraian terbabit.
Mengenai prestasi FGV sepanjang tahun ini, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, prestasi syarikat itu dijangka memberi keuntungan mengikut sasaran ditetapkan.
“FGV berada pada landasan yang betul. Sudah tentu ia bergantung kepada harga minyak sawit, tetapi setakat mengikut sasaran,” katanya.
Terdahulu sewaktu berucap pada majlis itu, beliau berkata, generasi kedua Felda bakal memperoleh imbuhan durian runtuh RM5,000 pada Oktober ini.
“Dengan itu pemberian durian runtuh sehingga fasa tiga selesai, kita tepati janji,” katanya.
Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan durian runtuh RM15,000 kepada 112,635 peneroka, isteri dan anak masing-masing membabitkan peruntukan RM1.689 bilion.
Sumber : my Metro
******************************************************************************
raya kalini saya berpeluang mengenali kawasan penempatan felda. sebelum ni xpenah jejak kot kawasan felda (seingat sayalah..) bukan berlagak tp kenyataan. kawan2 saya yg asal dari felda tu ramai tp xpenah pulak saya sampai ke umah dorg. dorg pun xpenah ajak, hehehe...
tp raya baru ni asben dapat jemputan dari kawan sekolah teknik dia, nak buat reunion katanya. dia buat di rumah dia, felda gunung bongsu. jadinya asben pun angkutlah anak bini dia skali, nak kenalkan kat kawan2 =) saya pun teruja jgk sebab pes time nak kenal felda..
pertama kali jejak ke felda, tanggapan pertama saya....
wahhh...kaya2nya orang felda ni. rumah sebijik sorg, besar2 pulak tu. laman rumah luas boleh buat court badminton lagi. pastu deco2 depan umah, fulamak! terbaikk lahh!! siap ada nombor umah, nama pemilik umah lagi..ko hado??? hahahaha....felda yg saya pegi ni, ala2 macam masuk kawasan taman perumahan jgk la, dia ada blok-blok, blok 1, blok 2, blok 3 sampai blok bape saya xtau..pastu diikuti nombor umah di depan umah, dideco mengikut kreativiti pemilik umah, ada guna tayar, ada hias cantik2 mcm pagar batu tu, ada siap pintu gerbang, pergghhh, mmg mengkagumkan lahh!! bezanya cuma suasananya mmg suasana kampung tp umah terancang dan tersusun elok je..sama mcm kawasan taman perumahan.
untung orang felda ni, kerajaan banyak bantu. skrg DSN mmg jaga kebajikan warga felda, bertambah2lah beruntung. xberenti2 dapat saguhati dari kerajaan. tp yg saya sedikit pelik, ada lagi golongan yg xbersyukur. dok bising sana sini, entah apa yg dia cuba nak tegakkan pun xtau la..tp duit yg kerajaan bagi, dia amik! hahaha...mmg dasarrr...
cubalah bersyukurlah dengan apa yg ada...bagi kami2 yg bukan datang dari felda ni, hanya mampu memandang dari jauh. sekurang2nya saguhati yg diberi bolehlah ringankan beban keluarga, paling tidak pun untuk pelaburan masa depan.
PINTU GERBANG MENYAMBUT KETIBAAN PARA TETAMU YANG DATANG




No comments:
Post a Comment