LAGENDA pop Michael Jackson menjalinkan hubungan sulit bersama pengasuh anak-anaknya sebelum kematiannya, kata jurugambar peribadi penyanyi itu.

Percintaan antara Jackson, yang disyaki meninggal akibat serangan jantung pada 25 Jun lepas bersama Grace Rwaramba wanita kelahiran Uganda ini telah menjadi buah mulut antara kakitangan yang bekerja di bawah penyanyi ini.
Tiga orang anaknya iaitu Prince Michael, 12, Paris Katherine, 11 dan Price Michael II juga melihat Grace sebagai ibu mereka.
“Grace cintakan Michael dan Michael juga cintakan Grace. Anak-anaknya juga memanggil dia (Grace) dengan panggilan ‘ibu’,” kata Ian Barkley yang merupakan jurugambar peribadi Michael, kepada satu sumber.
Minggu lepas, bekas ketua keselamatan Jackson, Matt Fiddes mengakui bahawa bekas majikannya itu memang mempunyai kekasih secara senyap, tetapi enggan untuk mendedahkan identiti wanita berkenaan kerana wanita tersebut bukan dari kalangan selebriti mahupun terkenal.
Bagaimanapun, seorang pengawal peribadi Jackson yang enggan identitinya didedahkan berkata: “Matt merujuk kepada Grace. Hubungan mereka lebih kepada pasangan yang sudah berkahwin berbanding hubungan antara pekerja dan majikan.
ini sudah kes berat!! lepas mati baru la nk terbongkar sume cite2 dlm kelambu. err, jacko ni ada bini kan??si debbie tu,kan? ke dh cerai dh ek?? abis la pengasuh tu nnt, mesti kena ngn fans jacko. huhu...sapa soh hang p bercinta ngn mamat tu. tp pelik kan si jacko ni, hitam2 dia pn, ok apa...boley la tahan..xde la buruk giler sesangat. xbersyukur btol! kalau nk ikut, dia tu kategori ensem la bg kulit itam. tgk rappers skg, ada yg lg burokks muka dr dia, but still ramai peminat. tmbh2 yg body ketul2, mak aiiiii....chek pn cayaq! hehehe..




No comments:
Post a Comment