Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Wednesday, July 8, 2009

Jawatan pengacara separuh bogel diiklan

LONDON - Agensi mencari pekerja di Britain iaitu Jobcentreplus menyiarkan iklan jawatan seorang pengacara untuk satu rangkaian lucah televisyen di laman webnya, lapor sebuah akhbar semalam.


Calon yang berminat menjadi pengacara itu perlu berumur lebih 18 tahun, bekerja dalam keadaan separuh bogel dan berbual lucah dengan orang yang tidak dikenali.


Waktu bekerja bermula dari pukul 9 malam hingga 5 pagi dan pemegang jawatan itu akan memperoleh bayaran sebanyak £220 (RM1,268) bagi setiap syif.


Namun, iklan itu mendapat kritikan daripada seorang pencari kerja iaitu Sophie Randal-Price yang berkata: "Saya bersedia untuk bekerja keras tetapi tidak bercakap kotor kepada orang yang pelik pada waktu tengah malam di televisyen kebangsaan."


Jabatan Pekerjaan dan Pencen menjelaskan bahawa agensi pekerjaan itu berhak menyiarkan sebarang iklan yang sah di sisi undang-undang. - Agensi


ada sesapa berminat???? gila la kan skg ni...mcm2 keja ada. xlama lg keje bogel kt tb plak ada. anak2 bleh tgk org bogel2 senang2 je...gilo!!

No comments: