Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Tuesday, July 28, 2009

Lengan Madonna cetus kejutan

LONDON - Amalan senaman ketat oleh penyanyi terkenal, Madonna akhirnya memakan diri apabila orang ramai tergamam apabila melihat lengan penyanyi itu yang berotot ketika dia muncul di sini kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.


Lengan penyanyi berusia setengah abad itu tak ubah seperti seorang ahli sukan bina badan.


Ketika gambar itu dirakamkan, Madonna memakai baju lengan pendek.


Penyanyi yang popular dengan lagu seperti Like A Virgin, La Isla Bonita dan You Must Love Me itu bersenam enam hari setiap minggu.


Selain itu, dia dipercayai menjalani pelbagai pembedahan plastik bagi mengekalkan wajah keremajaannya termasuk prosedur membuang kedutan pada pipi.


Namun, pembedahan itu turut tidak menjadi buat Madonna apabila wajahnya kini kelihatan gemuk berbanding dahulu.


Madonna kembali ke sini untuk berada bersama empat anaknya selepas mengadakan konsert di Eropah baru-baru ini. - Agensi


GAMBAR menunjukkan lengan Madonna penuh dengan otot dan berkedut ketika dia berjalan di London kelmarin.

p/s : eeee.........takutttnyaaaa.....cm tengkorak idup, okeyyyy...tp tgk dia cm relek je jln, x kaver langsung...mcm bangga je dpt tgn cmtu...

No comments: