HELSINKI - Satu kaji selidik mendapati wanita cantik cenderung untuk melahirkan anak perempuan lebih cantik berbanding ibunya manakala kitaran itu berterusan daripada satu generasi kepada satu generasi, lapor sebuah akhbar semalam.
Kajian oleh seorang penyelidik dari Universiti Helsinki iaitu Markus Jokela menyatakan wanita cantik melahirkan lebih ramai anak terutamanya anak perempuan berbanding wanita yang kurang cantik.
Dalam kajiannya, Jokela menggunakan data melibatkan 1,244 wanita dan 997 lelaki dari Amerika Syarikat selama empat dekad.
Sepanjang kaji selidik itu dilakukan, gambar setiap responden dirakamkan bagi menilai kecantikan fizikal mereka manakala jumlah anak yang mereka miliki turut direkodkan.
Beliau mendapati wanita cantik memiliki 16 peratus lebih ramai anak berbanding wanita yang kurang cantik.
Contoh-contoh jelas kaji selidik itu termasuk selebriti wanita yang memiliki anak perempuan yang cantik.
Model terkenal, Jerry Hall memiliki dua anak perempuan yang cantik iaitu Elizabeth dan Georgia Jagger.
Anak perempuan model terkenal, Yasmin Le Bon iaitu Amber turut memiliki wajah yang cantik.
Bagaimanapun, kaji selidik yang sama mendapati perubahan tersebut tidak berlaku kepada kaum lelaki. - Agensi
p/s: yeke artikel ni??mcm xleh caya je??? xsemestinya kan...ramai je pompuan yg kurang cantik (bkn xcantik ye! jahat artikel ni), melahirkan anak2 yg cantik, comel dan tampan...x dinafikan gen memainkan peranan ttp apa anda mahu katakan jika pompuan cantik, boleh melahirkan anak2 yg cantik juga tampan??? tidakkah dia juga tergolong dalam golongan cantik juga??hahaha...lu pikirrr la sendiri!!!




No comments:
Post a Comment