Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Monday, April 9, 2012

Berumah dan bertangga

dah baca post2 saya sebelum ni? sumenya berkaitan hal ehwal rumahtangga. jangan salah paham, xde kaitan pon dgn rumahtangga saya, kami okey2 je..happy lagik! ;)

sebenarnya saya nak share pandangan saya dgn isu ni. saya suka postkan entry yg berunsurkan perbincangan mcm ni walaupun hanya lontaran pandangan peribadi sahaja tp saya harap, kawan2 yg sudi membaca boleh sama2 berfikir jugak, mungkin sebelum ni isu ni korang lepas pandang je sbb xde kaitan tp apa kata kita sama2 cuba renung2kan..

masalah rumahtangga ni ada mcm2. yg mana dah kawin mesti dah masak dgn rencah rumahtangga ni kan? adat dalam rumahtangga, ada pasang surut. kalau mendatar je, xmenarik pulak =) tp kalau asik bergelora je, lagi parah..silap2 haribulan, boleh naik mahkamah.

ok, sekarang ni mcm dah trend pulak kita kerap dengar, isteri tanggung suami. mana xnya, isteri doktor, kawin dgn suami kerani je, dah tentu2 gaji si isteri lebih besar dari suami..untung si suami ;) tp dia sedar x sebenarnya tanggungjawab dia adalah menyara keluarga? bukan sebaliknya! tp kalau isteri tu sanggup bersusah payah nak tanggung, kita xboleh nak kata apa la..saya sendiri ada sorg sepupu perempuan bergelar doktor gigi, pilihannya lelaki biasa (lupa keje apa), katanya dia xkisah kalau kena tanggung keluarga asalkan lelaki tu boleh bimbing dia ke jalan akhirat. dia ni warak orangnya..itu pilihan dia jadi kita hormatilah..

kalau si suami tu sudahla tiada kelulusan, keje pon xmeyakinkan (jurujual misalnya), kena tanggung keluarga sebab keluarga bkn org berada, adik2 masih bersekolah rendah, dapat pulak isteri berijazah, bergaji sederhana, keluarga sederhana (xkaya, xmiskin), macam mana ekk?? agak2 mampukah si suami menyara keluarga beliau nanti? saya xpandang rendah pada orang yg berkerjaya biasa2 ni cuma dengan pengalaman xseberapa dalam alam rumahtangga, mcm sukar utk kita percaya yg si suami akan menanggung si isteri sepenuhnya, tidak dapat tidak pasti si isteri perlu juga menampung sedikit sebanyak perbelanjaan harian keluarga. tambahan kalau saat kecemasan yg memerlukan sejumlah wang dalam tangan..silap2 haribulan, perbelanjaan bulan tu ditanggung sepenuhnya oleh sang isteri..sayang punya pasal, isteri sanggup!

kalau nak bincang hal rumahtangga ni, mmg 3hari 3mlm pun xhabis..saya suka tgk rancangan semanis kurma (walaupun kadang2 xtgk sbb lupa), ustaz dan ustazah laki bini mmg banyak bincangkan permasalahan keluarga dan kita boleh ambil banyak iktibar. di samping tips2 berguna untuk kita jadikan panduan. baru2 ni topik yg dibincangkan adalah kahwin semasa belajar. sangat bagus dan panel yg dijemput jgk sangat2 tepat. pendek kata, kalau nak kawin masa belajar xsalah TAPI kena ada perancangan yg rapi, dan paling penting restu ibubapa...

nasihat saya, kalau nak kawin ni, kena penuhkan ilmu di dada, bukan lepas kawin baru tehegeh2 nak korek ilmu. sekurang2nya kita dah ada asas perkahwinan sebelum melangkah ke dunia baru. perancangan kena ada, bukan lepas kawin baru nak rancangan (tengok keadaan org muda selalu cakap), rancangan lepas kawin is rancangan lepas kawin tp rancangan SEBELUM kawin tu pun perlu ada..sedih jugak kalau kita tanya apa perancangan lepas kawin bila dijawab, belum pikir lagi, nanti2la, nak bagi lepas hal nikah kawin dulu..ohh, alangkah kesiann sangat2 orang mcm ni...

No comments: