tersenyum sendiri bila dapat 1 komen dari sorg pengujung. keprihatinan beliau membuatkan saya rasa dihargai, terima kasih pada yg memberi komen, entah dia jenguk lg ke tidak blog picisan saya ni...;)
ada baca x entry2 sebelum ni yg saya tepek? pasal kisah rumahtangga. saya ada share pelbagai kisah rumahtangga yang kesemuanya saya cedok dari internet, bukan kisah sebenar yg berlaku pada diri saya. niat saya cuma nak berkongsi ilmu supaya kalau ada yg terbaca nanti, kot2 lah yg terbaca tu anak dara, or anak teruna, mana tau dgn ilmu yg saya kongsi tu boleh menyedarkan mereka betapa pentingnya sesebuah perkahwinan.
tapi ada sorg pengunjung blog saya yg dah tersalah faham, dia ingatkan saya jaja kisah dalam kain kat blog, siap bagi nasihat suruh rujuk pejabat agama n minta bantuan dari peguam =) mungkin dia xperasan akan link yg dah saya sertakan di bawah setiap entry...boleh rujuk situ kalau xpercaya.
mmg betul hal suami isteri xsepatutnya dikongsi dgn umum. sekalipun dah berpisah, kita dilarang untuk menceritakan kisah silam sewaktu kita bergelar suami isteri. simpan ketat2 sendiri2, xpayah nak kecoh2. bukan apa, untuk mengelakkan fitnah yg lebih besar. mana tau, ada yg dah lama dengki dgn kita, ditambah dia mmg internet bergerak, cite pendek jadi panjang, cite sikit jadi banyak, cite tak ada, diada-adakan!
kalau ada yg kurang setuju, saya mintak maaf. cuma pandangan peribadi ~
No comments:
Post a Comment