Ketika ini rata-rata pasangan melangsungkan perkahwinan pada usia
pertengahan 20-an. Selalunya bila usia mencecah 25 atau 26 tahun
selepas tamat pengajian atau sudah memiliki kerjaya yang stabil.
Jarang
muda-mudi yang berusia awal dari itu mahu melangsungkan perkahwinan.
Kalau ada pun ramai ibu bapa yang akan membantah dan meminta mereka
berfikir seribu kali sebelum bernikah. Malah tak kurang juga dikatakan
‘sudah gatal’ hendak berkahwin.
Tak bolehkah berkahwin
pada usia muda jika keinginan dan persediaannya sudah mencukupi?
Perlukah menunggu tiga atau empat tahun lagi sebelum melaksanakan
hasrat itu? Sebenarnya individu yang masih muda juga boleh menggalas
tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri. Bagi pasangan muda yang
berada dalam dilema ini, ikuti beberapa perkara mengenai perkahwinan di
usia muda yang boleh anda jadikan panduan.
1. Berupaya Galas Tanggungjawab
Berkahwin
di usia muda mencipta tanggungjawab yang lebih besar buat suami. Apa
tidaknya, mereka perlu menyara anak orang dengan menyediakan tempat
tinggal yang selesa serta makan pakai yang mencukupi.
Sebab
itulah suami wajib mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap bagi
menyediakan semua yang diperlukan. Inilah perkara paling utama dan
perlu diberi perhatian. Namun, sekiranya suami bekerja sendiri maka dia
harus pastikan bahawa pendapatan hasil dari perniagaan yang dijalankan
stabil untuk tempoh beberapa bulan. Barulah semuanya berjalan lancar
seperti yang diharapkan.
- sangat2 setuju!! zaman sekarang bukan mcm zaman dolu2, dikk!! lau xde kewangan kukuh/kerjaya menjamin, nak sara anak dara org ngan apa? pasir?
2.Periksa Status Kewangan
Sebelum
mengambil keputusan untuk berkahwin, periksa dahulu status kewangan
anda. Adakah mempunyai simpanan wang yang tetap untuk masa satu tempoh
yang panjang atau sekadar cukup-cukup makan sahaja.
Berdasarkan
kajian yang dijalankan, pasangan yang ingin berumah tangga perlu
memiliki sekurang-kurangnya tiga bulan simpanan wang perbelanjaan
harian dalam mana-mana akaun simpanan harian. Seandainya syarat
tersebut dipenuhi maka tidak salah untuk kalian membina mahligai
bahagia yang diidamkan selama ini.
- bkn nak suruh jadi mata duitan tp perlu terima hakikat zaman sekarang, serba serbi guna duit, lau xde duit, sendiri mau tau la...
3.Matang Membuat Keputusan
Salah
satu elemen penting yang perlu ada dalam diri pasangan muda ialah
berfikiran matang. Ingat, perkahwinan bukanlah mainan atau bahan uji
kaji untuk mengukur sebuah kebahagiaan. Suami terutamanya perlu miliki
sikap kepimpinan dan bijak membuat keputusan. Oleh itu mereka perlu
berfikiran lebih matang dari usia sebenar agar bahtera yang dilayari
tidak jauh terpesong dari arah yang sepatutnya.
Ini
kerana, kehidupan rumah tangga mempunyai banyak cabaran dan dugaannya.
Susah untuk di ramal apa yang akan berlaku di hari mendatang. Jadi
sentiasalah berfikiran jauh sebelum memutuskan sesuatu perkara.
- ofkos la..lau perangai mcm bebudak, ada ati nak bela anak orang, lupakan la..yg pompuan pon jgn la 'cerdik' sangat pilih laki yg perangai cm bebudak xcukup akal..
4. Dapatkan Restu Orang Tua
Kata
orang, restu ibu bapa sangat penting untuk mencapai sebuah kebahagiaan.
Tak kiralah hidup sendiri atau berkeluarga, redha mereka memberikan
lebih tenaga dan semangat untuk mencipta sesuatu yang lebih bermakna.
Tidak dinafikan, ada segelintir ibu bapa yang menentang keras apabila
anaknya ingin berumah tangga tetapi bila keperluan kewangan,
tanggungjawab dan bijak membuat keputusan ini dipenuhi nescaya mereka
akan merelakan hubungan tersebut sepenuh hati.
- 200% setuju!! dikk, kawin xdapat restu makpak, idup ko xbahagia, dikk, percaya la cakap ahkak! ko kawin ngn jutawan pon, comfirm xbahagia, kawin ngn salesman lg la xbahagia,kan? sila dapatkan restu makpak lu ehh??
5. Tolak Ansur Kunci Bahagia
Dalam
rumah tangga, sikap saling memahami dan bertolak ansur adalah satu dari
berpuluh rencah mencapai kebahagiaan. Hidup bersendiri tidak perlu
memikirkan orang lain tetapi bila berdua sedarlah bahawa ada hati yang
perlu dijaga. Kawal kemarahan dan janganlah cepat melatah bila ada
silap dan salah.
- musti la..xkan asik kena dgr cakap asben jerkk, wifey xleh bagi pendapat? xleh bersuara? jadi kuli jela ko, dikkk!!
6. Sentiasa Berfikiran Positif Pada Pasangan
Amalkan
sentiasa berprasangka baik terhadap pasangan setelah mendirikan
perkahwinan. Cemburu boleh tetapi kata orang biarlah berpada. Bukankah
itu tandanya sayang. Jadi, apabila ada permasalahan atau curiga tentang
sikapnya maka berbincanglah secara baik. Maklum sahajalah, risiko untuk
cemburu buta itu tinggi kerana masing-masing masih muda, perjalanan pun
jauh lagi. Sebaiknya, dapatkan nasihat dari individu yang lebih
berpengalaman untuk tunjuk ajar yang lebih berkesan.
- ini utk kebahagiaan bersama. jangan dok syak yg bukan2 tp xtanya sendiri..dok sendiri pendam..bikin susah diri sendiri.
source : usratty
2 comments:
remaja skrg ni fikir enjoy jer kan.. ilmu di dada ttg berkahwin masih kurang tapi sibuklah ajak bf kahwin.. adoiii..
semua panduan ni mmg patut dijadikan pengajaran utk yg belum berkahwin.. tggjwb dh kahwin ni bukan cikit2..
dorg ingat kawin ni senang, elak fitnah je semata2 tp padahal xpk benda lain yg lagi besar menanti..
Post a Comment