orang lain seronok kalau bercuti. yela, cuti kot..masa untuk rehat2kan badan, minda, santai2 ngn family. pegi sana sini. sapa yg xsuka kan? boleh balik kg kalau kg sekangkang kera je dr umah sendiri. lain org jauh mcm saya, nak balik kg, kena plan bagai. 2,3 bln b4 nak balik dh kena prepare duit siap2, dah kena simpan stok cuti. skali bercuti, kena lama sebab perjalanan pegi balik makan masa yg lama..
tapi bagi saya xsemua cuti itu menyeronokkan. tambah2 kalau bukan kehendak kita. kita dah target nak simpan cuti sekian2 banyak, skali terpaksa jgk korbankan tanpa kemahuan kita. apakan daya. kena redha dan pasrah. bak kata lisa surihani lam ombak rindu
pasrah itu menyerah
redha itu ikhlas
so, better kita redha. barula dapat pahala, kan? anda buat, anda dapat!
senin dpn, saya terpaksa sekali lg korbankan cuti saya. nak mintak asben cuti, dia baru blk dr keje luar kot, xkan dh nak cuti kan? dah la selasanya tu mmg cuti sempena hari buruh2 kasar mcm saya ni. time kaseh la PM sebab bagi kami yg bergelar pekerja ni bercuti...wpun PM sendiri rasanya xcuti kot..xpe, ketua negara kena berkorban skit utk rakyat =)
letih rasanya dijadikan kayu ukuran. kalau cuti saya lg banyak dr sesiapa, seakan mcm ada satu kesalahan. sedangkan cuti2 yg saya amik tu bukan saya pegi memana pon. habih2 pon dok umah ngn anak. thn ni, br 3hari dr cuti2 yg saya dh amik, saya gunakan betul2 utk saya. tu pun sbb balik kg. bkn nya cuti pegi mkn angin. ok, xbaik mengeluh. redha itu ikhlas ;)
tiap kali tgk kalendar, semacam seram dgn tarikh2 cuti sekolah. mcm menunggu hukuman. orang lain happy, xsabar2 nk tgu cuti sekolah tp saya tidak. dan sentiasa kena bersedia utk korbankan cuti. xpelah, pengorbanan yang mungkin berbalas di kemudian hari.
p/s : cmne nk join org jenjalan u'olls, fulus tadak!!




No comments:
Post a Comment