Hai. Boleh panggil saya mieza. Saya berumur
awal 30 an. Saya telah mendirikan rumah tangga selama 6 tahun.
Mempunyai 2 org putera. Anak sulung saya telah bersekolah tadika, dan
alhamdulilah sihat. Anak kedua pula masih berumur 11 bulan dan
penghidap asthma.
Saya mintak maaf ,saya tidak ada niat untuk membuka cerita dan kisah dalam rumahtangga, tapi ,saya tidak tahu dengan siapa yang saya boleh bercakap. Saya perlukan motivasi untuk membina semula keyakinan diri saya. Refresh semula apa yang telah saya korbankan untuk keluarga saya.
Begini,saya mempunyai masalah nafkah zahir & batin dengan suami. Tetapi,biar lah saya bercerita tentang nafkah zahir sahaja. Masalah yang satu lagi itu terlalu peribadi untuk di dedahkan di sini..
Alhamdulilah saya bekerja dengan sebuah syarikat Oil & gas construction selama hampir 8 tahun. Pendapatan pula lebih tinggi dari suami .Dari awal pertunangan lagi saya tahu suami memang tidak berkemampuan dan saya yang banyak membantu beliau dari awal lagi.Saya sendiri telah memanjakan beliau dengan melunaskan dan membayar apa-apa sahaja kos yang tinggi yang tidak dapat di langsaikan oleh suami.
Semenjak kelahiran anak kedua di lahirkan, saya juga yang menangung semua kos bersalin dan perbelanjaan selama di hospital dan dalam tempoh berpantang. Apa lagi anak kedua saya pula penghidap asthma. Banyak juga kos yang perlu di korbankan di klinik dan hospital. Dan semua perbelanjaan itu di tanggung oleh saya seorang. Suami sekadar memberi puluhan ringgit yang tidak seberapa.
Masa juga telah banyak saya korban kan ketika anak sakit. Meninggalkan bidang tugas saya demi menyelamatkan nyawa anak yang tercungap cungap mahukan nebulizer. Alasan suami beliau tidak boleh meninggalkan tugasan ketika bekerja, melainkan ketika saya merayu untuk mengambil alih membawa anak ke klinik kerana saya mempunyai tugas penting di pejabat.
Setakat ini saya menggunakkan cara dengan mengugut suami,jika beliau tidak mahu berusaha menbayar 1 kos seperti yuran pendaftaran sekolah anak yang mencecah ratusan ringgit. Saya akan adukan kepada pihak pejabat agama, oleh kerana takut dengan ugutan saya .Saya nampak beliau berusaha keras mencari jalan menyelesaikan pekara tersebut,tetapi selepas itu,beliau akan berdiam diri semula.Dan buat endah tidak endah dengan perbelanjaan keluarga.
Saya jadi orang yang sangat bingung. Cukup bulan saya yang harus melangsaikan segala hutang piutang, dan saya sudah jemu dengan taktik mengugut itu. Seperti orang tidak ada pendirian. Tanggungjawab tetap tanggungjawab kan, tanggungjawab itu di bahu dia Bukan saya. Saya sekadar membantu.Tetapi skrg sudah terbalik pula.
Saya memegang tanggungjawab, dia sekadar membantu. Saya penat. Sampai bila harus begini
Saya dan anak-anak di biarkan tanpa didikan agama. Kami di biarkan tanpa landasan. Bayangkan orang lain berpuasa, suami selamba sahaja makan. Seolah olah tidak ada makna berpuasa bagi dia. Saya bingung. Solat jangan ckp lah. Tahu-tahu dan paham-paham sendiri saja lah. Sudah puas saya menegur, tolong ubah perangai demikian. Saya malu dengan anak sulung saya. Dia di asuh oleh nenek nya,dia akan jadi kanak-kanak yg konfius.
Cuma saya bersyukur, suami tidak pernah curang. Bukan kaki botol dan bukan kaki judi. Tapi,saya mahu betulkan apa yg tidak betul sekarang ini. Saya berusaha demi kebaikan keluarga saya...tetapi bagaimana ? perlu ker saya dapatkan bantuan dari pihak-pihak tertentu seperti ke kaunseling di pejabat agama. Hati saya sedih. Saya bingung. Tidak tahu nak buat macam mana.Berbincang pun seperti bercakap seorang diri. Akhir nye sy terdiam sendiri. Mungkin kah perbezaan umur 9 tahun menjadi penyebab nya.

No comments:
Post a Comment