Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Tuesday, April 9, 2013

Terasa tau!

tsk..tsk..

apalah nasibku. niat ikhlas nak share pengetahuan rupa-rupanya disalah tafsir pulokk. xsangka sampai begitu jadiknya..tsk..tsk..masih bersedih..

semalam saya ada share dalam fb berkenaan tips untuk memperbanyakkan susu badan. post tu dihantar oleh babysitter saya =) thanks pada beliau sbb memahami dan sangat supportive! tapi mungkinla gambar yg dipaparkan dalam post tu kurang sesuai untuk tatapan umum walaupun bagi saya, kalau saya yang menengok ni tidak mendatangkan sebarang keghairahan pun. gambar baby tengah nyonyot nenen mama dia. nenen mama sedikit dicover dengan tangan montel baby tu dan bagi saya yang seorang ibu ni, saya xheran pun ngn gambar nenen tu sebab mata saya lebih fokus pada gambar baby yang comel putih gebu tu..comel sangat!^__^ anak mat saleh la katakan so dah tentu2la mamanya pun mat saleh kannn..

tapi lepas elok je saya sharekan post tu, adalah sorang kawan saya ni pegi post kata-kata yang sangat mengguris rasa. katanya, perlu ke post gambar2 macam tu, kot ye pun OBSES sangat dengan 'benda tu' (pada fahaman saya, its breastfeeding) xperlu la nak post gambar2 macam tu..subhanallah! niat saya xlain dan xbukan cuma nak sebarkan info yang sangat2 berguna untuk para ibu2 yang fully bf, macam bagi semangat la..tp dah disalah ertikan pulak..yang buatkan saya terasa tu, elok2 je lepas saya post gambar tu, dia kuarkan statement macam tu, so xsalahkan kalau saya terasa sbb seolah2 macam memang ditujukan pada saya. mungkin bagi dia gambar tu mengganggu ketenteraman para lelaki yang melihatnya. bagusnya la hai tolong pikiaqq untuk pihak lelaki kan..xterpikir pulak saya sbb rasanya gambar2 macam tu berlambak je kat internet. kalau gambar kawan2 yang post pakai ketat2 xde plak dengar bunyik, ni post gambar macam tu, kena sound pulak..huhuhu..

redha, pasrah...
ada rasa sedikit down nak sharing info2 berguna macam tu lagi. even nak post info pasal kerohanian pun takut disalah erti jugak. takut orang cakap, macamla bagus sangat, macamla baik sangat..macamla alimmm sangat...

ada orang cakap fb dah boring. dah xde apa. tp pada saya, fb ada baiknya juga. mungkin kita berbeza golongan kawan2 (friends list) sebab tu kita berbeza pendapat. saya selalu je dapat banyak kata2 semangat, kata2 nasihat, even maklumat semasa (cth isu lahad datu) dari fb. dan bila saya share, niat saya cuma nak sebarkan pada kawan2 supaya dikongsi pengetahuan tersebut. nampaknya lepas ni, saya kena tapis2 jugakla, xboleh seme benda saya share. simpan sendiri2 sudahhh..

sebab dalam diam, ada insan yang tengah memerhati dan mengaudit perilaku kita..seterusnya menjatuhkan hukum ke atas kita!

minta dijauhkan..amin ya rabbal'alamin...

No comments: