Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Wednesday, April 3, 2013

Kembali

harini terasa nak menulis di sini, so kita layankan jela..;)

tutup blog?

sejak bertukar tempat keje, saya jarang sangat2 nak menulis. xsibuk pun xmenulis, apatah lagi kalau time2 genting sibuk sana sini, xingat langsung pada blog. tanda2 awal untuk menutup blog?emmm...

kalau ada yang perasan, saya letak link blog baru. ye, itu adalah blog baru saya. kalau ada yang tanya, kenapa nak bukak blog baru, jawapan saya, saje suka2. nak lari sikit dari tema blog ni. janganla nak kata saya nak dpt banyak duit pulak sbb blog baru saya xletak nuffnang pung.

parlimen baru saja dibubarkan pagi tadi ;) selamat mengundi buat semua rakyat Malaysia. walaupun undi itu hak anda tapi sebelum membuang undi tu, fikir dulu betul2 ye. jangan main hentam apatah lagi ikut perasaan. fikir secara bijak!

pesanan ikhlas dari saya. saya pun sayang negara saya, macam korang jugak.

my baby

baby saya dah pun berusia 5 bulan. ye, sangat pantas masa berlalu. terlalu pantas sebenarnya. macam xpuas lagi nak belai anak masa baby tiba2 dah besar. xlama lagi dh nak jalan n lari. macam tu la kehidupan kita. setakat 5 bulan ni, alhamdulillah saya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya. mmg berhempas pulas sebenarnya nak menyusukan anak dgn SI sepenuhnya. moga2 saya mampu bertahan sampai dia umur 2 tahun. lama lagi tu. saya bertuah sebab di kelilingi orang2 yang terlalu banyak bagi dorongan n nasihat untuk terus bagi susu ibu. terima kasih sangat2.

eh, tiba2 idea nak menulis mcm mencurah2 pulak dalam pala hotak. ok, xpe, slow2 n steady. one by one..

terai pakai pb

baru2 ni saya try pakai korset premium beautiful (pb) yang sangat top lagi glemer. semuanya sbb kawan saya dtg rumah kempen kat saya suruh cuba. katanya FOC je so saya yg dh mmg lama nak merasa apa kesedapannya pakai pb ni pun terima dgn hati yang berdebar2 la jugak. sebab apa berdebar, sbb dia bagi pakai tu, adakah kena beli terus. dibuatnya lepas try dia kata kena amik sbb org lain dh xboleh pakai yg 2nd hand, mati katak saya. tapi sapa suruh saya terima kan? tula namanya gatal gelenya. mcm saya ckp la, saya teringin nak merasa. dapat pulak org kempen boleh cuba free, mestila xnak lepaskan peluang.

saya xnak review panjang2 cuma bagi saya, orang yang nak pakai pb ni kena kuat semangat =) masa 1st time saya nak sarungkan long girdle, mmg mcm bertarung nyawa. sumpah! T__T masa tu perasaan saya adalah, adakah aku sebegitu gemokk sampai susah gila khinzir nak pakai long girdle ni?? last2 saya ckp kt kawan, xboleh masuk. tp yg ajaibnya kan, kwn saya tu buat ntah mcm mana, tiba2 berjaya jgk tersarung kt pinggang saya. sungguh ajaib! tapi seriyes saya ckp, saya xberenti gelak masa dia sarungkan girdle tu kt saya sbb saya bayangkan saya adalah nangka tp bukan nangka busukla..

eh, td kata xnak review panjang..hehe..ok. mcm tula pengalaman saya menerai pakai pb. lain orang, lain pengalamannya kan.

gila perfume

sekarang saya mmg tengah gila dgn perfume. tp saya xbeli perfume besarla, saya just beli yg vials atau mini. murah dan confirm tulen! selain kecik comel, vials atau mini ni cepat sikit habis, xdela setahun atau 2 tahun sekali baru tukar perfume kan..saya masih pakai perfume hantaran kawin tau kalau nak tau. mujur sbb perfume saya tu ada 2 jenis so xdela sangap sangat nk habiskan 1 jenis sampai bertahun2. sekarang saya tgh nak try mcm2 perfume. barula tau sebenarnya kita ni suka perfume jenis mcm mana kan..dari dengar orang ckp yg ni wangi, yg tu wangi baik cuba sendiri, puas hati.

keje harian

sekarang saya tgh slow down sbb xada exam yg saya handle. tapiiii tunggula lps mengundi nanti, mesti saya xpandang punya blog ni. sebab dah banyak sangat exam yang tertangguh. semuanya gara2 nak tunggu lps PRU. kekangan bajet adalah jawapan selamat yang saya boleh bagi selain calon2 yang saya handle tu sendiri adalah dari bidang tugas penguatkuasaan macam RELA. so dah tentu2 abang2 RELA akan dipakai khidmat mereka nanti sepanjang PRU berlangsung. mintak2 nanti perjalanan exam berjalan lancar. amin.

nanti kalau saya rajin lagi, saya akan update lagi. kbai

No comments: