:)
bukan saya tau! tapi anak kecik saya tu, lagi +-10hari nak cukup 6 bulan, saya dah stat bagi dia makan solid food which is nestum. petang tadi try bagi lagi, ayyakk banyak bazir woo..dia makan 4,5 suap je, tu pun jenuh paksa. selepas dikenal pasti, rupa2nya nak tido..mmg biasanya 'time' dia pun kalau lepas sampai umah. kekadang hangin jugak, time kita nak buat keje, time tula jugak dia nak tido, xmenyempat2..
tetiba rasa sebak :(
cepatnya masa berlalu. kenapa cepat sangat? baru semalam rasanya saya lahirkan dia. masih bersisa lagi kesakitan bersalin. tapi entah kenapa, saya masih merindui saat2 melahirkan walaupun saat tu adalah antara hidup dan mati. tapi saya sanggup! sebab indahnya saat tu...sukar nak digambarkan dengan kata2. masa tula kita akan rasa betapa kerdil dan hinanya diri kita dan betapa agungnya kuasa Dia.
ehsan cik gugel, tq cik gugel!
nestum yang dimaksudkan. beli yang biasa2 sudah..ni peringkat permulaan je. lepas ni saya cadang nak bagi homemade food. lebih khasiat dan sedap. boleh pelbagaikan resepi. tapi kena rajin sikitla. xpe, insha Allah boleh..anak first dulu boleh je..xkan yg second xboleh plak..nak ngelat skali dua kala xpe asalkan jangan selalu, betul x? =)
mudah-mudahan segalanya dipermudahkan..amin. kalau niat baik, insha Allah Dia akan tolong..
1 comment:
6 bulan? masih wangi tu... hehehe
kat kedai buku biasa ada gaks buku2 tulisan maksu, guna samaran ada, guna nama sebenar ada. hehehhehe. tapi buku novel kanak2 lah
Post a Comment