Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Friday, April 5, 2013

Breastfeeding

salam!

harini saya nak bagi tazkirah pasal menyusu badan a.k.a breastfeeding. ewah, baru fully bf anak 2nd 5 bulan, ada ati nak bagi tazkirah kat orang kan..hihihi...xpe, kita sharing apa yang kita taula ye. kita sama2 belajar.

sejak saya bf, terlalu banyak benda baru yang saya belajar. bukan mudah sebenarnya nak fully bf esp untuk working mom like me :) banyaaaaakkk cabarannya. so before deliver, saya nasihatkan kawan2 supaya cari sebanyak mungkin info pasal breastfeeding ni eyh. lebih bagus kalau dapatkan kawan2 lain/mommies yang mmg sedang fully bf sebab lebih senang faham dengan betul. xdela dapat ajaran sesat ;)

ada sapa2 yang nak free consultation dari saya? ngehehehehe...

ok, dari pengalaman terawal dunia penyusuan saya, saya ingatkan menyusu badan ni sonang yoo..semudah abc. orang kata kena pam susu bagai kan, so apa yang susahnya kan..pam jela. haa..tapi rupa-rupanya tidaklah semudah yang disangkakan. tu baru isu pam mengepam, blom masuk isu nak handle susu tu pulak. cara penyimpanan, cara penyediaan untuk baby minum, cara penyucian dan macam2 lagi la..serius sangattt renyah. kalau xkuat iman alamatnya berkuburla hasrat nak menyusu anak sampai cukup umur 2 tahun.

kita xkan rasa susah senang sesuatu tu melainkan kita sendiri mengalaminya. percayalah! =)

untuk mommy yang tgh preggy, adalah sangat bagus kalau korang decide nak fully bf. tapi jangan setakat tanam azam je, kena diiringi pencarian info yang lengkap. nak senang tanya jela orang2 otai dalam dunia menyusu ibu ni, saya belum otai. hehehe, saya baru nak dapat diploma dalam dunia penyusuan bulan depan, genap anak 6 bulan, in sha Allah..

tapi janganla over pulak. over maksud saya macam buat persediaan berlebih-lebihan sampai nak beli peti ais baru semata2 untuk simpan susu. ada memang ada, mommy yang beli peti baru sebab nak letak susu tapi itu disebabkan susunya melimpah ruah. xmuat peti asal dekat umah so susu yang melimpah tu xkan nak buang pulak kan..sayang woo. so nak xnak belila jgk peti baru. sekali lagi saya tekankan, dia beli sebab nak letak susu dia yang melimpah ruah..

tapi, mommy yang tgh preggy ni yakin kah susu anda juga melimpah ruah seperti beliau selepas anda deliver? bagusla kalau yakin tapi saya nak cadangkan apa kata jangan beli dulu peti ais tu. beli pam susu sudahla. kot ye pun duit berkepuk2 xtau nak buat apa, jangan beli awal2 peti ais tu sebab dikhuatiri susu anda kurang meriah. ada cukup2 untuk baby. nanti stress pulak sebab dah perabih duit berkepuk2 untuk beli peti tapi akhirnya hanya buat tempat simpan sayur ikan je..sebabnya apa? sebab susu xbanyak mana pun. xperlu sampai beli peti baru bagai. peti sedai ada pun xberapa nak penuh sangat. rugi jekan bila dah beli peti ais baru ..rugi sangat2 sbb xguna. end up terpaksa jual...emmmm....

tapi saya tidakla melarang kalau ada yang nak beli jugak3 peti baru. terpulangla cuma saya nasihatkan berdasar pengalaman yang ada. biasanya awal2 kelahiran baby susu memang xberapa nak ada. kita memang kena rajin pam. memang tu jela ubatnya untuk kasi susu banyak. seriyes! xde ubat lain, kena banyak/kerap/selalu pam. ingat ye, selalu pam..=)

lepas tu kalau boleh, sentiasala dapatkan kata2 positif dari orang sekeliling. ada je yang akan berikan kata2 berbentuk sinis, kiasan atau apa2 jela. tp kita yang kena positif selalu. biarkan mereka bebas bercakap. itukan anak kita, kita yang berhak tentukan anak kita nak makan apa. xde manusia yang boleh cakap susu ibu adalah xbagus. sama kes macam rokokla, xde manusia yang kata merokok itu bagus. mana ada kebaikan langsung merokok ni..so begitu jugakla dengan susu ibu ye...membandingkan susu ibu dengan susu mahal dari New York skalipun, xkan mampu menandingi kehebatan susu ibu.

susu ibu tulah makanan terbaik untuk bayi.

kalau nak tanya apa2 pasal bf, boleh je tanya saya. saya akan cuba jawap yang mana saya tau. kalau saya xboleh jawap, saya akan cuba dapatkan maklumat dari otai2 yg saya kenal. kita boleh kongsi maklumat tu sama2, k..

sayonara dear!



No comments: