27 April 2009 - YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri telah mengadakan Lawatan Kerja ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman bermula jam 9.30 pagi. Ketibaan YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein telah di sambut oleh YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara serta YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM di Podium Bukit Aman. Turut mengiringi 'Lawatan Kerja' YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein ialah YB Dato' Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri , YB Tuan Jelaing anak Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Yang Mulia Dato' Raja Azahar bin Raja Abdul Manap, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri serta Pegawai-pegawai Kanan dari Kementerian Dalam Negeri. Selepas membuat pemeriksaan Kawalan Kehormatan di Podium Bukit Aman, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein beredar ke Auditorium PDRM Bukit Aman dan menandatangani Buku Pelawat. Seterusnya Ucapan Aluan dan Taklimat Organisasi PDRM oleh YDH Ketua Polis Negara. Satelah selesai taklimat oleh YDH Ketua Polis Negara, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein mengambil kesempatan menyampaikan amanat kepada semua yang hadir di Auditorium PDRM. Selain YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, turut hadir di Auditorium PDRM ialah YDH Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, YDH Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri serta Komandan Maktab, Pusat Latihan Polis dan Komander Briged . YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein juga meluangkan masa melawat pejabat YDH Ketua Polis Negara sebelum berlepas pulang.
|
Galeri Darurat Bukit Kepong Bukti Sejarah Keganasan Komunis Malaya
-
Galeri Darurat Bukit Kepong (GDBK) dibina khusus bagi memperingati tragedi
yang berlaku pada jam 5 pagi, 23 Februari 1950, apabila segerombolan
kira-kir...
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment