Jumlah kematian akibat selesema babi di Mexico semalam, meningkat kepada 81 orang berbanding 68 orang kelmarin(takutnya...tetiba muncul penyakit baru.dah la nama pn semcam je). Wabak itu mula menular ke Amerika Syarikat (AS) (ya Allah...jgn la sampai Malaysia)dengan jumlah mangsa meningkat 10 orang.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan itu berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak(kena berjaga-jaga drpd skg...kena sentiasa tau status terkini wabak ni) di seluruh dunia.
Di Malaysia, orang ramai diminta segera berjumpa doktor jika ada simptom batuk, demam dan sakit badan.
Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan.
Malaysia Airports Holdings Berhad akan memantau penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS mulai hari ini.
p/s : skrg ni mcm2 jenis penyakit pelik2 yg muncul...Allah dh turunkan tanda tp kita masih lalai lg..termasukla tuan pny blog ni. so, sama2 la kita baiki diri kita...n plg penting skg, jaga2 dgn wabak ni..selesema khinzir. ishhh, xsanggup nk nyebut nya...




No comments:
Post a Comment