Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Sunday, April 26, 2009

10 CARA MEMENANGI HATI MERTUA


"Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi
miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai isterinya
yang sah.Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya,
bahkan juga seluruh anggota keluarganya."

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak
menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan
keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila
memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.

Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan
beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya
bermula selepas sah bergelar isteri, seeloknya sedari awal pertunangan
lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu
kesayangan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan
dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui
telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba
sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya
dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda
membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan
sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang
disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan
dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika
sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan
mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak
mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang
pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita
dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda
bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga
harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda
cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul
berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan
belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun
Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan
sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa
hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis
untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang
yang 'mulut lepas', anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata
orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan
sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga
mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu
mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan
memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti
periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi
cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis
dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau
luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi
keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging
sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke
akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka,
pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.

sama2 la kite renungkan utk kebaikkan semua....amin!!!!

No comments: