Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Wednesday, April 29, 2009

Chelsea berjaya ikat Barcelona

n3 ni khas utk asben terchenta...hehehe...dia kan penyokong chelsea,chelsea!! sy xtau la dia dh baca ke blum brita ni tp sure dia soka punya...

BARCELONA: Chelsea berjaya mengekang kemaraan Barcelona apabila mengikat pendahulu Primera Liga Sepanyol itu tanpa jaringan dalam saingan separuh akhir pertama Liga Juara-juara Eropah, awal pagi tadi.


Ia sekali gus memberi kelebihan kepada kelab Inggeris itu melangkah ke babak akhir apabila beraksi di Stamford Bridge untuk perlawanan separuh akhir kedua nanti.

Walaupun beraksi di tempat sendiri, di Stadium Nou Camp, Barcelona gagal menggunakan kelebihan itu apabila serangan mereka tidak menjadi dan gagal menembusi pertahanan lawan.

Pergerakan penyerang berbisa Barcelona, Lionel Messi turut terbatas apabila sentiasa diawasi pertahanan Chelsea yang lebih banyak bertahan.

Thierry Henry (dulu sy pun minat gk ngn dia, masa dia ngn arsenal 'the gunners' tp sejak dia tuka kelab ni, dh xamik tau dh...)mempunyai dua peluang untuk membawa Barca di depan pada separuh masa pertama, namun tendangan pemain antarabangsa Perancis itu berjaya diselamatkan Petr Cech.

Penjaga gol Barcelona, Victor Valdes juga beraksi cemerlang apabila menampan cubaan Didier Drogba yang berjaya memperdaya Rafael Marquez.

Pada separuh masa kedua, Barcelona terus menggandakan serangan menerusi Samuel Eto dan Henry, namun hampa dengan kehebatan Petr Cech.

p/s : masa sy study dl, sy pun layan gk bola2 ni, ada la hapal bbrp nama pemain...siap boleh layan smpi tgh mlm tu...tp xde la addicted melampau..biasa2 je..kalau gol pun, relek je. xde la melompat2 cm kera tu..(upppsss, jgn terasa ye...!!hihihihi)

No comments: