Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Wednesday, September 21, 2011

UN Isytihar Kebuluran Merebak Ke Sebuah Lagi Daerah Di Somalia


NAIROBI (Kenya): Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) berkata kebuluran telah merebak ke sebuah lagi daerah di Somalia, sekaligus menjadikan lebih separuh daripada negara itu kini menderitai masalah tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pertubuhan itu pada Isnin, empat daripada lapan daerah di bahagian selatan negara itu kini mengalami masalah kebuluran.

Kenyataan itu juga menjelaskan 750,000 rakyat berdepan risiko kematian dalam tempoh empat bulan jika bantuan yang diberikan tidak mencukupi dengan empat juta rakyatnya kini berada dalam krisis.

Somalia terjejas teruk daripada musim kemarau yang melanda seluruh Afrika Timur termasuk di Kenya, Ethiopia dan Djibouti. - mStar 

tengok Buletin Utama semalam? paparan isu kebuluran di Somalia dalam Buletin Utama semalam betul2 menyentuh hati saya, juga asben. saat melihat anak kecil yang menangis kelaparan, sedangkan ibunya xmampu berbuat apa-apa, hanya mampu menenangkan anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa...cuba anda bayangkan...kalaulah kita yang berada di tempat mereka??

ada satu paparan yang menunjukkan seorang budak lelaki yang menghidap penyakit kulit, saat kulitnya di cuci, dia hanya menahan kesakitan! pernah rasa x mcm mana kulit yg tersiat tu, kena cuci ngan ubat? pedih kan? bayangkan macam mana budak lelaki tu menahan tanpa keluar setitikpun air mata..

mereka seolah2 hanya menunggu saat-saat kematian setiap hari. sedangkan kita??? makan xsedap sikit pun, dah buang tong sampah! kalau kita baling tulang ayam pun, mereka akan berebut2..besar betul ujian yang mereka perlu hadapi..

sama-sama kita renungkan, betapa bersyukurnya kita hidup di sini, tanah air Malaysia. dan mari sama-sama doakan kesejahteraan mereka di sana. saudara seIslam kita..

No comments: