salam,
tajuk kena panjang sket, takut nanti korang ingat jemputan ke rumah terbuka saya plak, hehehe..umah saya insyaAllah tunggu umah baru siap, ahaks!tu pun kalau rezeki ada sket2, kita sharela sesama, k..so doa2kanlah saya sekeluarga beroleh rezeki yang murah supaya dapatla saya menjemput anda semua ke rumah terbuka saya nanti, insyaAllah...
setakat ni, saya n asben dah menerima 2 jemputan utk ke rumah terbuka. sabtu dan ahad. nampak gayanya minggu ni pun cuti dari masak2. minggu lepas masak hari ahad je sebab ayah saya datang dari kampung. jumaat dan sabtu lepas, makan2 di rumah terbuka aje...eh, terok ke? saya rasa x sebab kami ni bukan jenis makan banyak, lagi2 nak makan berulang. tapi sebelum tu, saya tanya jugak asben dulu, dia nak ke saya masakkan apa2 utk dia, dia kata xpayah. buat apa nak masak, kan dah ada jemputan open house, nanti membazir katanya...seeeee...bukan saya yang tanak masak kay..tapi mmg betul kata dia tu..kat open house ada pelbagai jenis makanan, rasa ini sikit, itu sikit, dah kenyang...sama je mcm makan sepinggan nasi. oh, kalau anda jenis 'makan nasi', itu masalah la sikit...=)
sabtu sebenarnya ada 2 jemputan, salah satunya buat barbeque lagik! wuiii, bestnya!! tapi, jauh la plak pastu dah tentu2 dia buat malam so xtau lagi nak pegi ke x...lagi sebuah tu umah member uitm asben, kajang sahaja so dapatla pegi. ahad plak, jemputan dari sahabat di mof, zila. zila, insyaAllah aku pegi =)
kalau korang datang open house, apa makanan yang korang idam-idamkan? kalau saya, xtentu. kadang2 hari tu rasa nak makan bihun2 je atau pun sup2 je, kadang rasa nak makan sate, ikut mood haritu la orang kata :p tapi xkisah pun kan sebenarnya, orang dah jemput datang makan tu pun dah bersyukur dah..tapi kan saya kagum betul dgn kawan2 yang setiap tahun buat open house. rajin, baik hati dan murah rezeki betul dorang nih..sebenarnya kalau buat open house ni ada jugak kebaikannya, kita pun xpenat ke sana ke sini dan insyaAllah boleh jumpa ramai kawan2 dalam masa 1 hari, betul x? kalau kita yang kena pegi umah orang, 1 hari hanya dapat pegi bape buah rumah je kan..paling kejap pun, 30 minit tapi mcm sekejap sgt 30minit tu..takut tuan umah kecik ati..hehehe...
agak2 macam mana wakil rakyat kita arrange masa utk penuhi semua undangan open house kat kawasan dorang ekkk?? ada sesapa anak wakil rakyat kat sini???;p
2 comments:
waaa.. ingatkan tak reply mgs tak dapat dtg.. datang lah.. nak bentang karpet merah ke??? huhuhu.. dtg ye.. aku tungguuuu..
haha..kena reply eyh?? aku xreply kan, lupa kot. tunggu kehadiran aku ye
Post a Comment