Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Wednesday, January 12, 2011

Seo In Young obses kasut tinggi


IN YOUNG sudah terbiasa memakai kasut tumit tinggi dan memakai kasut bertapak tinggi sehingga mencecah 30 sentimeter bukan suatu masalah buat dirinya.


PENYANYI terkenal Korea, Seo In Young yang dikenali dengan kegilaannya terhadap kasut tumit tinggi mendedahkan dia memiliki kasut setinggi 30 sentimeter ketika dia muncul dalam episod kelapan program Quiz to Change the World baru-baru ini. Malah, kasut itu turut dibawanya ke situ.


Apabila pengacara program itu menyoal adakah benar dia turut memakai kasut dengan tapak yang tinggi di rumah, In Young menganggukkan kepalanya dan berkata: "Saya pakai kasut tinggi ketika memilih pakaian pada waktu pagi. Kasut paling tinggi pernah saya miliki adalah setinggi 30 sentimeter yang dibuat khas."


INILAH kasut dengan tapaknya mencecah ketinggian 30 sentimeter yang digunakan In Young di kediamannya.


Pengacara tersebut yang cuba berjalan menggunakan kasut itu bagaimanapun gagal melakukan sebagaimana In Young yang membuktikan bahawa dia sudah terlalu biasa memakai kasut tumit tinggi.


"Saya suka kasut. Ia umpama anak kesayangan saya yang dijaga penuh cermat dan kasih sayang," katanya sambil diiringi hilai tawa penonton.


p/s : agak2 lau korg, korg pakai x kasut setinggi ni lam UMAH??? lau sy la kan...tobat lillahi xmo pakai. mmg patutla dia ni obses sbb pakai kasut setinggi ni lam umah, kejadah apa kan..kot ye pun obses, xperlu kot pd kasut smpi setinggi ni, mendatangkan mudarat je..taukah anda, jika kita kerap pakai kasut tinggi, memudaratkan kesihatan tulang belakang?? so, pikir2kan la..

2 comments:

Zana Adieyza said...

tingginya kasut dia... x kuasa zana nak pakai kasut mcm tu.. kat dlm rumah lak tu.. mau tergolek!!! hahaha

anuar said...

kompem tergolek pny zana! lg 1, berat..cane nk angkat kasut yg berat kan?

lau k.nik pun, kompem xmo pakai