Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Friday, January 28, 2011

Macam-macam

salam, pagi ni saya nak share artikel2 yg sy petik dr harian metro sebagai pembuka pagi jumaat yg indah ni...bila sy baca artikel2 ni, sy tersenyum sendiri...mcm2 ragam manusia ni yg boleh membuatkan hari2 kita ceria dan penuh senyuman...layankan....:)

****************** Artikel 1**********************

Lelaki minta bantuan polis elak isteri kuat seks

BERLIN: Bosan kerana sering diminta memuaskan nafsu isteri, seorang lelaki terdesak meminta tolong kepada polis supaya melindunginya daripada wanita terbabit, kata pegawai keselamatan semalam.

Jurucakap polis berkata, lelaki keturunan Turki - tetapi bermastautin di Jerman - itu pergi ke sebuah balai polis di barat daya Jerman pada Selasa untuk mengadu masalahnya.

Kata jurucakap itu, lelaki terbabit bosan kerana terpaksa tidur di sofa rumah mereka sejak empat tahun lalu bagi menghindari isterinya. “Semuanya gara-gara si isteri yang selalu menuntut mengadakan hubungan seks,” katanya.

Hasil perkahwinan mereka sejak 18 tahun lalu, pasangan itu dikurniakan dua anak.

Kata jurucakap polis, lelaki itu nekad mahu bercerai dan keluar dari rumahnya dengan harapan dapat hidup lebih aman.“Lelaki terbabit meminta polis melindunginya untuk sementara kerana dia perlukan tidur yang cukup,” katanya. - AFP

camni pun ada jgk ke??ayoyo..manyak kesian! smpi kena libatkan polis la pulak. mujur jadi kt luar negara. kat negara kita ni xtau la ada ke x tp lau ada, rasanya elok p berubat. xpun dapatkan rawatan dari doktor. ni kes naya ni...=)

****************** Artikel 2**********************

Rina tolak aksi panas

JAKARTA: Aktres baru, Rina Diana menolak untuk tampil dengan aksi mendedahkan tubuh di depan kamera. Namun, dia tidak keberatan jika sekadar memakai bikini. Rina menceburi dunia perfileman melalui penampilan sulongnya dalam filem Rako Prijanto, Domino. Dalam filem itu dia memegang watak sebagai perempuan yang melarikan diri daripada pernikahan.

“Dia lari daripada acara pernikahannya dan tidak mahu mengahwini watak lelaki bernama Gary,” ujar Rina yang sebelum itu pernah muncul dalam sinetron komedi ‘Mariam Mikrolet’ketika ditemui di Luv Bar di Sudirman City Walk, Jakarta Selatan, semalam.

Sebagaimana artis baru lain, gadis berusia 19 tahun itu turut mendapat tawaran untuk adegan panas. Rina mengakui dia tidak keberatan melakukannya asalkan ada batasan. “Saya tidak mahu kalau diminta melakukan aksi buka-bukaan. Tetapi jika hanya pakai bikini tidak mengapa,” tambahnya.


bukankah berbikini itu sudah buka-bukaan???cmne agaknya tafsiran buka-bukaan bagi dia ekk??ishh3...pelik tol la artis2 indon nih..


****************** Artikel 3**********************

Ibu mentua kacau bulan madu

ROME: Seorang wanita Itali memfailkan perceraian sebulan selepas berkahwin gara-gara suaminya membawa ibu ketika berbulan madu. Agensi berita ANSA melaporkan, wanita berusia 36 tahun itu bercuti bersama suaminya ke Perancis pada Disember lalu.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila percutian itu turut membabitkan ibu mentuanya. ANSA melaporkan, wanita terbabit terperanjat menemui ibu mentuanya di Lapangan Terbang Fiumicino dua hari selepas berkahwin.

Apabila perkara itu diadukan kepada suaminya, lelaki berkenaan mendakwa dia tidak boleh meninggalkan ibunya sendirian atas faktor kesihatan. - AFP


kesian lelaki tu..tp myb salah dia jgk, xbagi tau awal2 kt isteri dia. dh tau isteri dia pesen cmtu..yg si isteri plak, hok olohh...kan laki dh ckp, bwk mak atas faktor kesihatan, xkan xleh konsider. sbb tu bila dh jadi pasangan suami-isteri, kita kena banyak bertolak ansur cthnya dgn perkara2 yg mcm ni la..=)

sekadar renungan bersama..

No comments: