Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Monday, October 26, 2009

Masalah Suami Isteri

Saya tak pandai tetapi saya seorang suami juga tak pernah menganggap semua itu beban kerana saya buat atas tanggungjawab saya selepas kahwin dan ada anak. Jika kita buat kerana Allah ta'ala tentu kita rasa senang dan tenang walaupun resah saya kerana gaji saya kecil dari isteri dan tak cukup untuk saya dan keluarga tetapi saya redha kerana saya telah menunaikan tanggungjawab saya sebaik mungkin yang saya mampu.

Perempuan semua atau isteri bising kerana mereka rasa terbeban rasanya kerana bertahun2 begitu seakan selamanya mereka begitu tidak bebas mungkin ada yang berkata cakap senang la cuba buat bagi saya buat pun boleh sebab saya tak rugi apa2 pun sebab satu hari nanti saya akan mati yang penting bagi saya ialah mati nanti.

Saya cukup takut bila mati nanti di soal dan ditarik masuk neraka bukan syurga. Kita hidup sementara je memang kerja takan habis sampai dunia kiamat tetapi jika kita buat sesuatu perkara ikhlas itu yang penting kenderaan kita untuk masuk syurga. Perempuan atau isteri senang masuk syurga kekadang saya rasa cemburu senangnya untuk mereka tetapi untuk lelaki tidak walaupun mereka lihat sekarang lelaki bebas berkuasa atas bumi tetapi tidak mati nanti.

Cuba lihat perempuan bila kahwin tanggungjawab untuk ayah ibu sudah lepas yang penting suami. Tetapi tidak untuk suami selagi ibu ayahnya masih hidup. Kekadang trauma untuk suami yang bertanggungjawab untuk memilih keutamaan siapa bila kahwin dan di sinilah suami patut paham sebab tanggungjawab mereka besar termasuk sekeling mereka selagi tidak melanggar hukum agama.

Saya sebagai suami mintalah sesangat pada isteri yang mendapat suami yang baik mungkin nakal sikit tu cubalah bertolak ansur dengan suami sebab ramai lagi isteri yang tidak nasib sebaik anda. jadi bersyukurlah kita pada Allah sebab yang saya tahu isteri bila mati di tanya pasal dirinya dan apa yang dia buat semasa hidup tidak pada suami kerana akan di tanya semuanya isterinya, anaknya, orang tuanya, jirannya dan macam2 lagi kesian lah kami suami yang baik insyaallah doakan lah suapay tidak perlu memikirkan perkara yang remeh dan isteri yang cantik dan lawa tu ingatlah anda sudah bersuami jadi jujurlah dan setia lah dengan suami jangan curang.

Saya sedih melihat sekarang ini banyak isteri curang walaupun tidak di war2 kan oleh suami sebab mereka malu jatuh kewibawaan mereka kerana isteri mereka baik masuk neraka keran isteri harap itu tidak berlaku pada isteri yang baik dan suami yang baik.JIka ada coretan saya ini menguriskan perasaan para isteri dan suami saya berbanyak pohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab kita maaaanusia selalu melakuakan kesilapan semoga Allah ampun segala kesalahan kita umat islam....... amin

p/s: isteri yang sabar dan baik, lagi beriman, tempatnya di syurga. Dunia adalah cubaan semata - mata. Akhirat kekal abadi. Yang baik datang dari Allah, dan yang buruk datang dari kita sendiri. fikir - fikirkanlah. .. Semua ada bahagian masing - masing. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami; hatta suami yang jahil sekali pun kerana jodoh itu datangnya dari Allah. Wasalam..

No comments: