KUALA LUMPUR - Astro All Asia Networks plc membayar lebih daripada jangkaan bagi perjanjian baru dengan FA Premier League bagi hak eksklusif untuk menyiarkan perlawanan Liga Perdana England (EPL) selama tiga tahun sehingga 2012.
Sebagai balasan, Astro mendapat hak siaran secara langsung kesemua 380 perlawanan EPL di saluran ESPN, STAR Sports dan Astro Channels.
Ketua Pegawai Operasinya, Henry Tan berkata, walaupun kos penyiaran itu meningkat, Astro komited untuk menyediakan siaran yang terbaik kepada pelanggan.
Kejayaan memperoleh hak penyiaran eksklusif itu diperoleh selepas beberapa minggu pembidaan dengan antara pihak lain yang dipercayai turut berminat ialah Telekom Malaysia (TM) dan ESPN Sports.
Mengulas mengenai perkembangan itu, Kenanga Research berkata, Astro dijangka membayar 60 peratus melebihi bidaan RM500 juta yang syarikat itu belanjakan sebelum ini untuk mendapatkan hak EPL itu.
Tambahan itu bermakna kos keseluruhan mendapatkan penyiaran EPL berjumlah kira-kira RM800 juta.
Menurutnya, ia memberi kos tambahan RM100 juta setahun kepada Astro, yang akan menguasai kira-kira 27 peratus jumlah perbelanjaan kandungan syarikat itu.
Penganalisis industri bagaimanapun bersikap tunggu dan lihat mengenai pendekatan Astro untuk mendapatkan semula kos pelaburan yang tinggi itu.
Astro telah pun mengambil langkah awal untuk menampung kenaikan kos dengan mengenakan bayaran tambahan RM12 kepada mereka yang melanggan pakej sukan mulai 1 Ogos lalu.
p/s : yeke??!!! kami xlanggan pn pakej sukan tp kena je bayar rm12 tue....kalau btol la jadi mcm ni, mmg xpatut la astro mkn duit pelanggan. pakej asas pn bkn ada apa pn...balik2 ulang yg sama jgk...




No comments:
Post a Comment