LOS ANGELES - Raja Pop, Michael Jackson menerima suntikan adrenalin pada jantungnya dalam usaha terakhir doktor peribadi penyanyi itu, Conrad Murray untuk menyela- matkan nyawanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Murray dipercayai menyuntik dada Mi- chael dengan harapan dapat mengembalikan degupan jantungnya tetapi Raja Pop itu gagal diselamatkan selepas disyaki terlebih mengambil ubat penahan sakit iaitu Demerol.
Kelmarin, keluarga Michael mengarahkan bedah siasat kedua dilakukan di satu lokasi rahsia selepas pemeriksaan kali pertama menolak kematiannya disebabkan perbuatan khianat.
Murray diupah sebagai pakar jantung peribadi Michael kurang dua minggu sebelum kematiannya (baru lg la kiranya doc ni jaga Michael...boleh jadi jugak kan...perbuatan khianat, mana kita nak tau) oleh penaja konsert bergerak penyanyi berkenaan, AEG.
Dia disoal siasat Jabatan Polis Los Angeles kelmarin berhubung jenis ubat yang diberikan kepada Raja Pop itu.
Murray turut diminta memberikan penjelasan kenapa dia menghilangkan diri beberapa jam selepas kematian Michael(berani kerana benar, takut kerana salah). - Agensi
NiCkNu@R's MemBeBeL :
Kesian doc tue...xpasal2 je jadi mangsa keadaan. lau dia buat, xpela...ni lau dia xsalah, kan ke naya...mesti dia ckp, huhuhu...nyesal aku jaga jacko.hehehe, pepandai je sy ni kan...biasanya, doc mestilah nk selamatkan pesakit. autopsi memula pn dh membuktikan, jacko mati bkn sbb khianat. ni nk bedah siasat lg 4,5 kali...buat apa? seksa mayat je...kesian. lau dia non-muslim xpela, ni muslim...ish,ish..kesian,kesian




No comments:
Post a Comment