BARU berusia tiga tahun, anak kepada Tom Cruise dan Katie Holmes, Suri Cruise, sudah tahu menggunakan penyepit makanan ketika makan.
Malah si kecil ini tidak akan makan jika tiada penyepit untuknya dan dia sama sekali tidak akan menggunakan sudu dan garpu.
"Suri tidak suka makan menggunakan perkakas lain selain penyepit (ni mana dapat peel gini ni...terlebih tgk cite cino kottt..). Ketika pergi ke kedai roti Le Pain Quotidien, Suri tidak akan menyentuh sandwic dan pastrinya tanpa penyepit," kata satu sumber kepada majalah National Enquirer.
Sehinggakan Katie terpaksa menyimpan penyepit kecil di dalam beg dan akan dibawa ke mana-mana sahaja untuk memastikan Suri menghabiskan makanannya.
Bagaimanapun, ia bukan satu perkara luar biasa bagi anak orang popular seperti Suri. Si kecil itu bukanlah satu-satunya anak selebriti yang mempunyai perkakas istimewa ketika makan.
Anak lelaki Gwen Stefani dan Gaivn Rossdale, Zuma, mempunyai sudu dan garpu bernilai RM12,000 yang dipenuhi dengan permata, hadiah daripada ahli kumpulan No Doubt. Perkakas perak yang ditempah khas itu direka secara eksklusif oleh Chrome Hearts.
NiCkNu@R membebel :
ni la jadinya, kalau duit dh terlampau belambak. xtau nk buat apa....sanggup bazirkan duit beli SUDU GARFU berharga belas2 ribu..gila apa!!! bagi dorg, rm12,000 tu mcm puluh2 ringgit je...fuuhhhh, dasat2!xsalah kalau kita nk manjakan anak2 dgn kemewahan tp jgn la terlampau sgt sbb kita xtau bila dorg dh besar nnt jd cmne...takut2 xjd spt yg kita harapkan...kan kecewa...sy nasihat ni, pada diri sy juga...bkn sesaja nk bebel,k!




No comments:
Post a Comment