Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Friday, January 13, 2012

4 Tips Rumahtangga Bahagia

petang2 ni kita santai2 baca entry yang dikongsi dari website ni. banyak info2 berguna di dalamnya esp. bg yg dah berkawin atau yg akan berkawin, ;) jom kita cekidaud..

************************
Setiap pasangan suami isteri pasti mengharapkan kebahagiaan didalam perhubungan mereka. Tetapi ia tidaklah semudah yang diharapkan dan kebahagiaan juga tidak akan datang bergolek. Untuk memastikan rumahtangga bahagia, pasangan perlu berusaha keras serta memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Sekiranya hanya sebelah pihak sahaja yang memainkan peranan, pasti usaha untuk rumahtangga bahagia tidak akan berhasil. 

Antara tips yang mungkin boleh diamalkan pasangan untuk kebahagiaan mereka adalah…….


(1) Komunikasi- Komunikasi adalah amat penting didalam perhubungan. Rumahtangga yang bahagia akan terhasil daripada hubungan komunikasi yang baik. Tanpanya, pasti permasalahan yang wujud didalam hubungan tidak dapat diselesaikan.


Selain daripada itu, ia juga adalah cara paling sesuai untuk pasangan meluahkan perasaan yang terpendam. Luahan perasaan amat penting untuk mengelakkannya berubah menjadi dendam. Ia sangat berbahaya didalam hubungan. Untuk memastikan rumahtangga anda bahagia, anda juga perlu memastikan bahawa anda mampu untuk berkomunikasi dengan baik terhadap pasangan.


(2) Kejujuran- Kejujuran juga merupakan tips penting untuk rumahtangga bahagia. Ini adalah kerana tanpa kejujuran akan membuatkan pasangan anda terasa seperti dianiaya. Perkara yang sering menjadi masalah adalah apabila peranan kejujuran hanya dimainkan oleh sebelah pihak sahaja.


Keadaan pasti akan menjadi lebih buruk sekiranya segala penipuan yang dilakukan terbongkar. Sekiranya masing-masing mampu untuk jujur terhadap pasangan, pasti tiada masalah untuk menikmati rumahtangga yang bahagia didalam perhubungan mereka.


(3) Kepercayaan- Kepercayaan adalah merupakan satu proses yang perlu dibina, dan ia tidak akan wujud dengan begitu sahaja. Bina kepercayaan pasangan dengan pembuktian yang mampu anda lakukan. Apabila kepercayaan telah wujud antara pasangan, pasti tiada pemikiran negatif yang akan timbul.


Ini akan membantu rumahtangga anda bahagia. Apabila anda sudah berjaya untuk mendapatkan kepercayaan daripada pasangan, peliharalah ia sebaik mungkin. Ia kerana kepercayaan adalah merupakan satu proses yang sukar untuk dibina.


(4) Hormat-menghormati- Saling hormat-menghormati adalah merupakan elemen penting untuk rumahtangga kekal bahagia. Setiap manusia suka apabila merasakan diri mereka dihormati. Ia secara automatik akan memudahkan mereka untuk menghormati orang lain pula.

No comments: