Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Saturday, May 29, 2010

Pasangan suami isteri ditahan dera anak hingga mati

KUALA LUMPUR 29 Mei - Polis menahan sepasang suami isteri dipercayai ibu dan bapa kepada seorang bayi lelaki yang meninggal dunia akibat didera semalam.

Penahanan pasangan itu dibuat pada kira-kira pukul 9.30 malam di kawasan Dang Wangi dekat sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, pasangan berusia 25 dan 32 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kes kematian bayi berkenaan.

**********************************************

inila yg sedang menakutkan sy!! siang mlm asik berpikir, mmg mengganggu jiwa raga. semakin lama, semakin bnyk cite2 kurang enak yg kuar kt news psl kes dera anak. dulu pandang sebelah mata je sbb xberkaitan dgn sy tp skrg tidak lg!!

kurang pd 3mgu je lg sy akan naik bekerja cm biasa. anak?? hantar pd pengasuhla, terpaksa...pengasuhnya asben sy dh cari, org di flat kami tinggal jgk. tp bkn nk buruk sangka, cuma kena berhati2...rambut sama hitam, hati lain2!!sy sendiri blum jmp lg dgn bakal pengasuh anak sy. mcm mana orgnya pun sy xtau. baik kah? garangkah? penyabarkah? papepun sy doakan yg terbaik...tawakal pd Allah.

bayi ni ada masa2nya. kdg meragam, kdg baik sgt2..yg sy bimbangkan masa dia meragam.sy tau, bb meragam mesti ada sebab. dan sy pasti sbg pengasuh, dia lg arif dr sy. cuma tahankah dia dgn ragam anak sy??senang ckp, anak org dgn anak sendiri tetap xsama...

hati ibu mana yg xrisau, serahkan anak pd org yg kita xkenal. sumenya semata2 nk cari rezeki, nk baiki ekonomi keluarga. sy bet, walau sebaik manapun seseorang pengasuh tuh, layanan anak org dgn anaknya sendiri tetap ada beza.

mak sy pun penah mengasuh dulu masa d penang. masa adik bongsu sy kecik, mak sy mengasuh anak jiran dpn yg sebaya dgn adik bongsu sy. lasak budaknya, naik letih mak sy melayan. mak sy tolak xnk mengasuh, tp kesian pulak dgn ibunya, keje kilang. sbb mak sy sendiri ada anak kecik. last2 mak sy terpaksa jgk trime..tu pun mak sy amik rm150 je sedangkan pengasuh lain amik rm200-rm250. tolong jiran tetangga...

mintak2 anak sy diserahkan pd pengasuh yg betul...yg sygkan anak sy mcm anak sendiri (wpun xsepenuhnya) yg akan didik anak sy dgn didikan yg betul...insyaAllah!

No comments: