Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Tuesday, March 16, 2010

Tu la...

Suatu pagi seorang anak yg baru masuk Darjah 1 bertanya,'Daddy,daddy...sex tu apa, daddy..?'Terkulat-kulat si ayah.Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yg membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak2 yg masih kecil...sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yg sesuai dgn harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang & bunga,telur yg menetaskan berudu seterusnya menjadi katak,hujan serta benih yg mencetuskan tunas,diikuti dgn pembentukan bayi dlm kandungan.Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah lagi hinggalah kpd kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu.

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak.'Eh kenapa ni?'Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.'Jawapan daddy tu pjg sgt, tp tempat nak tulis jawapan ni pendek.Daddy ajalah yg tulis,waaaaa!!!!'Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yg pada muka depan tertulis...

NAME : ............
SCHOOL : ............
CLASS : ........
SEX :.....

p/s : ni sapa yg otak kuning ni?? sah2 bapak terlebih sudaa...hhahaha...tula, len kali jgn main agak je...tny betul2 dulu kt anak...nasib anak xpaham...huhuhu...

No comments: