Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Thursday, January 7, 2010


PEMBANTU rumah yang dikenali sebagai Dinda (kiri) ditahan anggota polis selepas disyaki membakar rumah milik sebuah keluarga di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU - Seorang amah Indonesia yang enggan dihantar pulang bertindak liar membakar rumah milik satu keluarga yang didiaminya di Taman Murni Indah di Telaga Daim, Seberang Takir dekat sini semalam.


Selepas itu, pembantu rumah yang berusia 14 tahun yang dikenali dengan panggilan Dinda itu melarikan diri dengan membawa dua buah komputer riba milik pemilik rumah terbabit berserta duit berjumlah RM500.


Dinda dari Palembang, Indonesia dikatakan bertindak demikian kerana enggan dihantar pulang oleh majikannya. Majikan Dinda ialah kawan kepada adik pemilik rumah yang dibakar itu.


Kejadian itu berlaku pada pukul 10 pagi ketika pemilik rumah tersebut, Intan Zuhaidah Abd. Wahab, 40, tiada di rumah kerana menguruskan persekolahan anak perempuan bongsunya.


"Saya mengetahui rumah saya dibakar selepas menerima panggilan telefon daripada suami, Mazli Mohamad pada pukul 10.30 pagi," kata Intan.


p/s : haihhhhh...apala nk jadi ngn amah2 zaman skg ni...ganas melampau2. nasib baik xhangus umah tu...rasanya boleh la nk duduk lg tp menyeramkan la..abis itam2 kt dinding umah. sayang...muka cun, muda lak tu (muda sgt!), nama sedap- dinda...tp perangai hampehhhh!!! lau ko baekk sket, mesti tuan umah bekenan wt menantu...huhuhu...tp dh jadi cmni, xjadi ahhh...kang jadi menantu hantu lak!

No comments: