Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Thursday, September 10, 2009

Nana diceraikan melalui telefon


SITI NORDIANA bersama Faizal dan anak mereka,
Muhammad Rayyan Nakhaie ketika saat bahagia.


AMPANG - Setelah lebih seminggu berdiam diri, penyanyi popular, Siti Nordiana Alias, 25, yang dikenali dengan nama Nana akhirnya mengaku sudah berpisah dengan suaminya yang juga pelakon, Faizal Yusof pada 26 Ogos lalu dengan talak dua melalui telefon.

Faizal yang mendirikan rumah tangga dengan Siti Nordiana pada 29 April 2006 sebelum ini pernah melafazkan talak satu ke atas bekas isterinya itu awal Ogos lalu juga menerusi telefon.


Menurut Siti Nordiana, penceraian yang berlaku bukan disebabkan kehadiran orang ketiga seperti yang diuar-uarkan masyarakat sebelum ini.


"Kami berpisah kerana masing-masing tidak ada persefahaman dan sering berbeza pendapat sejak awal perkahwinan lagi," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Masyhur 1Malaysia di Hotel D'Palma di sini semalam.


p/s : kesian nana n baby...plg kesian tentula baby dorg. sayang la pasangan ni, muka iras2 tp akhirnya...xde jodoh kan...iyela, org katakan, lau muka nk dekat sama tandanya pasangan yg serasi. tp dorg ni membuktikan, xsemestinya. semuanya berbalik pada jodoh. betul x? mungkin jodoh dorg takat ni je...nk tau, asben sy xabis2 dok tuduh faizal yusof tu ada affair ngn eja. ni sume gara2 tgk wadi unung. hellooo pakcik!!! eja dh selamat bersalin ye!! xde maknanya dia nk kt si faizal yusof tu...haiii, ni la padahnya, kesan buruk terlalu bnyk menonton tv. xpyh tgu kesan kt anak, bapaknya pn dh tunjuk awal2...

No comments: