hari ini saya ada satu cerita yang nak dikongsi bersama. cerita zaman saya remaja-remaja.time saya blaja kat melaka dulu. masa ni kalau tengok balik gambar-gambar saya memang gelak guling-guling la...maklumla, zaman-zaman baru nak belajar melawa, belajar dressing, belajar minat-minat kat boys yg ensem2...hehehe. saya pun ada crush kat sorang senior ni tp biarla rahsia!ala..lagipun apala sangat setakat minat-minat kan...bukannya couple pun. saya dulu xpenah couple tau.bersih je rekod saya...
ok, cukupla setakat tu saya mengimbas memori. saya nak letak beberapa keping gambar yang penuh nostalgia bagi saya.tempat saya menghabiskan separuh dari zaman remaja saya. jom kita tengok..
.::gambar 1 - ini adalah jalan ke maktab saya.saya pun dah lupa jalan ni tapi kalau saya ngan kawan-kawan outing, jalan ni lah yang kami dok lalu nak balik maktab. jalan kaki berpeluh-peluh nak sampai ke pintu gate maktab::.
.::gambar 2 - ni adalah masjid sebelum nak masuk ke kem terendak. kalau xsilap saya, masjid ni baru siap kot masa saya dok blaja kat sana. masa masih dalam pembinaan tu, ada kontroversi jugak la pasal kubahnya tu. saya xnak cakap, nilai la sendiri bentuk kubahnya.tapi mungkin ada simboliknya arkitek dia design kubah camtu, betul tak?::.
.:: gambar 3 - pintu masuk kem terendak!!jauh lagi ni rasanya nak masuk ke maktab saya. kalau naik teksi sapu tu, mesti kena tinggal ic driver teksi tu ataupun kitorang ngorat-ngorat abang guard kat situ soh kasi je masuk terus ke maktab sebab bukan pakcik teksi tu nak g jalan-jalan dalam kem pun. dia nak p anta kami je...kalau kena ngn abang guard muda, ok lah..kasi can.kalau tak, memang tak ahh...jangan harap pak guard nak kasi masuk tanpa tinggal ic. cewah, kalau kasi masuk, panggil abang. kalau tak kasi masuk, terpaksa la panggil 'pak'=b ::.
.:: gambar 4 - haaaa...inilah pintu maktab saya!!wahhh..rindunya...dah makin cantik rasanya pintu maktab ni. yela, saya dah meninggalkan maktab ni dah bape tahun,kn..mestila ada perubahan. sesungguhnya, pondok pak guard masih tetap di situ..jalan ada nampak sikit tu, sebenarnya jauh lagi tu sebelum nak ke jalan besar. kiranya pintu gate maktab saya ni ke dalam sket la ::.
.:: gambar 5 - asik gambar jalan je ek!!boring betul..ni pulak jalan nak masuk dalam maktab la ni, setelah melepasi kawalan pak guard maktab. jalan ni curam sket, curam ke bawah tapi xdelah curam nau..sikit-sikit je ::.
.:: gambar 6 - ini tempat saya belajar dulu. lupa la nama bangunan ni.. tapi yang saya tau, kat belah kanan tu ada foyer sains kot. tingkat atas sekali bangunan ni ada kelas-kelas. ohh, dan semestinyalah kelas-kelas tingkatan 5 adalah berada di atas ini. tu yang saya ingat sangat-sangat tu. saya dulu tingkatan 5a3. kena turun kelas sebab tak pandai. dari kelas 5a1 plak tu. malu je masa memula masuk kelas 5a3 sebab saya dengan lagi 2 student je yang kena tukar ke kelas 5a3. nasib baik ada geng. tapi kesimpulannya, saya memang kurang bijak sejak dulu kala lagi ::.
.:: gambar 7 - ni macam kaunter lobi la kot. sebab kalau nak bayar yuran sekolah sume kena melalui sini. kalau nak ambik parcel/bungkusan, amik kat sini. pejabat utama la ni. depan tu macam ada tempat parking-parking, selalu buat perhimpunan pagi kat situ. saya penah lambat masuk barisan tapi bukan saya sorang tau, ramai-ramai satu kelas. konon best la, masuk barisan lambat sebab masa tu form 5 so konon nak tunjuk bagus. padahal tak pun!! kelas saya dulu ada budak lelaki yang nakal-nakal so dorang berani la nak buat jahat ::.
.:: gambar 8 - rumah melaka. rumah ni duduk kat lain, skarang dah dipamerkan kat depan plak dah. tempat perhimpunan pagi yang saya cite kat atas. masih kekal seperti dulu. comel je. rasa macam nak masuk dalam ::.
.:: gambar 9 - surau maktab. satu-satunya surau kat maktab yang penuh kenangan. macam-macam cerita saya penah dengar pasal surau ni tapi taktau betul ke tak sebab turun-temurun dari senior-senior lepas. mungkin ada tokok tambah dari mulut ke mulut. tapi yang pasti saya pun ada kisah misteri nusantara tersendiri yang saya sendiri alami. takde versi tokok tambah. ori punya!! yang tu nantila saya cite ::.ok, cukupla buat sementara ni. sume gambar-gambar di atas bukan hak milik saya sebaliknya saya cilok dari blog kak sherrina. dia akak senior saya, batch spm 97 kot kalau tak silap. tapi saya bukan nak cakap apa la...batch-batch senior saya semua pandai-pandai dan super duper genius. nakal-nakal pun study tip top. dan kebanyakannya anak-anak orang berada. yang datang dari kampung macam saya pun ada jugak yang genius-genius.
cakap pasal kebijakan senior-senior saya ni, saya penah dengar satu kisah. adalah satu geng abang-abang senior yang memang bijak pandai lagi glamour. salah sorang tu telah jatuh minat kat ada salah sorang akak senior batch mereka ni. satu hari, abang ngan geng dia nak cuba-cuba paktik pelajaran fizik yang baru diajarla kot. dorang buat litar pintas (tak tau la panggil apa) ke saluran radio yang tengah dok syok-syok putar lagu dan abang tu telah membuat ucapan kepada aweknya. soooo sweettt!!! tapi, malangnya mereka telah terkantoi kerana pada malam dorang buat ucapan tu, ada cikgu yang tengah dok layan radio. so cikgu tu perasan 'something fishy' pada saluran radio malam tu. ok, kalau korang rasa benda tu biasa, its ok la kan tapi rasanya untuk time-time tu, benda tu kira terror dah tu. mengganggu siaran radio untuk kawasan kem terendak. tapi tula saya nak cerita, memang pandai-pandai kan senior saya dulu. so tak heran la kalau dorang sangat-sangat berjaya sekarang...congrats.




No comments:
Post a Comment